KEMARAHAN IMRAN KHAN TERHADAP AMERIKA SYARIKAT (27 OGOS 2018)
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wrt.
Dalam
mimpi ini aku telah melihat bahawa Imran Khan sedang berada dalam perbualan
dengan orang-orang Amerika dan dia sedang berbual dengan mereka.
Di dalam
perbualan itu, mereka saling bertelingkah dengan bahasa yang keras, dan Imran
Khan menjadi marah dan dia mula bercakap dalam keadaan marah.
Dalam
keadaan itu, reaksi yang sama turut ditunjukkan oleh orang-orang Amerika.
Kemudian
perbualan menjadi lebih hangat dan saling memberi ancaman daripada kedua-dua
belah pihak.
Imran
Khan berkata kepada orang Amerika bahawa “Kami bukan hamba!”
Dia
bangun dan mula berjalan dalam keadaan marah seperti yang aku lihat dalam
mimpi-mimpi aku yang lain.
Dalam
keadaan terdesak dia berkata, “Apakah ada seseorang yang boleh membantu
menyelesaikan masalah ini?”.
Aku
melihat semua ini sambil berdiri di tepi ketuharku dan bersiap sedia untuk
melakukan sesuatu. Aku berkata, “Ini adalah keadaan yang sama,”
Dan
selepas itu aku melakukan sesuatu itu yang aku tidak ingat.
#MimpiBenar
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment