KEMATIAN NAWAZ SHARIF (2 MEI 2018)
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wrt.
Dalam
mimpi ini, aku melihat bahawa bekas Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif,
telah hilang kelayakan dan dia sedang mengadakan perhimpunan besar di seluruh
negara dan membantah dengan slogannya yang terkenal, "Mujhe kiyu
nikala", yang bermaksud "mengapa anda menghilangkan kelayakanku?”
“Ini
adalah ketidakadilan dan ini bukanlah cara anda mengendalikan negara atau tanah
air. Aku sedang menjadi sasaran satu rancangan yang rapi, tetapi aku tidak akan
berputus asa".
Anak
perempuannya, iaitu Maryam Nawaz, juga bersamanya dan turut membantah dengan
cara yang serupa.
Ramai
orang mempersendakan ucapan-ucapan Nawaz Sharif dan mereka mentertawakannya.
Mereka
juga menentang pendiriannya dan mempersembahkan naratif balas terhadapnya,
tetapi Nawaz Sharif tetap tidak mengundur.
Kemudian
aktiviti politik Nawaz Sharif dihadkan dan ucapannya tidak disiarkan langsung.
Ramai
orang meninggalkan parti politik mereka sehingga menyebabkan lebih banyak
masalah dan kesukaran yang timbul kepada mereka.
Oleh
sebab itu, Nawaz Sharif mengalami banyak tekanan dari segi mental dan tidak
dapat mencari jalan keluar dari situasi yang sukar ini.
Nawaz
Sharif semakin kehilangan kuasanya, tetapi dia terus membantah dan mengadakan
protes yang lebih daripada sebelumnya.
Kemudian
Nawaz Sharif mengasingkan diri di rumahnya dan mula merakam bantahannya dari
situ, dengan meluahkan bahawa, "ketidakadilan sedang berlaku
kepadaku."
Nawaz
Sharif mengatakan, "Tiada siapa yang boleh menghalangku. Dan lihatlah,
walaupun aku duduk di rumah, namun aku masih boleh menghantar mesejku ke
seluruh dunia."
Dia
berkata lagi, "Mereka tidak melakukan perkara yang betul dengan
mengehadkan aktivitiku."
Anak
perempuannya berdiri di sisinya melalui semua itu dan menyokong penuh pendirian
ayahnya itu.
Terdapat
banyak orang bercakap-cakap tentang Nawaz Sharif, dan akibat dari tekanan
mental, kesihatan Nawaz Sharif juga mula merosot.
Aku
sentiasa memerhati semua situasi ini dan kemudian aku melihat Nawaz Sharif
pergi ke biliknya. Dan anak perempuannya, Maryam Nawaz, sibuk menghantar mesej
melalui internet.
Beberapa
pihak berkuasa mengambil kesempatan daripada keadaan ini. Kemudian aku melihat
beberapa penjenayah pergi ke kediaman Nawaz Sharif.
Aku
berkata kepada diri sendiri, "Ada yang tidak kena," kemudian aku mula
berlari ke arah kediaman Nawaz Sharif.
Ketika
tiba disana, aku melihat beberapa penjenayah di sebelah rumahnya, dan kemudian
aku menggunakan pintu masuk yang berbeza untuk masuk ke dalam rumahnya.
Aku
melihat terdapat sebuah dewan besar, dan ia mempunyai laluan yang berbeza-beza,
dan aku mula mencari laluan yang akan membawa aku terus ke bilik Nawaz Sharif.
Kemudian
aku melihat beberapa Komando Tentera datang dari satu sisi dan kelihatannya,
tentera juga cuba membantu dan melindungi Nawaz Sharif.
Ketika
aku melihat semua ini, aku berkata kepada diri sendiri, "jika sesuatu
perkara terjadi pada Nawaz Sharif, maka keadaan akan menjadi tidak
terkawal."
Dan
mungkin, itulah sebabnya tentera juga berada di sini untuk melindunginya.
Komando
tentera juga sedang menuju ke bilik Nawaz Sharif, kemudian tiba-tiba tersebar
berita bahawa Nawaz Sharif telah meninggal dunia.
Selepas
aku mendengar berita ini, aku berkata kepada diri sendiri,
"tentera-tentera ini mungkin lambat tiba di tempat kejadian."
Selepas
berjalan di sekeliling, aku sampai di sebuah bilik besar dimana Maryam Nawaz
berada di situ dan dia sedang menangis, dia berkata, "ada seseorang telah
membunuh ayahku!"
Selepas
melihat situasi tersebut, aku menyatakan kesedihanku dengan apa yang terjadi
itu, kerana apa yang berlaku itu adalah sangat buruk. Kemudian aku beredar dari
situ.
Aku
kemudian melihat beberapa penjenayah, tetapi aku berjaya melarikan diri dari
tempat itu.
Dan
berita tentang kematian Nawaz Sharif mula tersebar ke seluruh negara dan
berlaku huru-hara di merata tempat.
Musuh-musuh
Pakistan cuba mengambil kesempatan dari situasi ini dan mula menyebarkan
kekacauan dan anarki di merata tempat sehingga keadaan menjadi tidak terkawal,
malah tentera juga tidak dapat menanganinya.
Kejadian-kejadian
dalam mimpi ini sangat menakutkan dan mengganggu. Ketika malapetaka mula
menimpa Pakistan, keadaan menjadi lebih buruk lagi.
Dan
peristiwa-peristiwa itu akan terungkap seperti yang telah aku sebarkan melalui
mimpi itu.
Dan
ketika orang ramai memberi kesaksian bahawa peristiwa yang berlaku itu adalah
sama seperti yang aku lihat di dalam mimpi dan sama sebagaimana yang aku telah
sebarkan mimpi-mimpi itu kepada mereka, maka mereka mula mengikuti
mimpi-mimpiku dan lebih mempercayainya.
Mimpi
berakhir disitu.
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment