KEMURKAAN ALLAH ﷻ DAN KEKACAUAN DI PAKISTAN (28 DISEMBER 2018)


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wrt.

 

Muhammad Qasim melihat mimpi ini pada 28 Disember 2018.

 

Ketika itu Allah sedang menjelaskan sesuatu kepada umat Islam tetapi mereka tidak mendengarkan.

 

Kemudian Allah   marah dan berkata kepadaku, “Qasim, tuliskan pesanan-Ku dan sampaikan kepada mereka bahawa jika mereka tidak memperhatikan mimpimu, maka kemurkaan-Ku akan menimpa mereka”.

 

Allah   berbicara dengan nada marah dan aku tiada pilihan lain selain menulis pesanan itu.

 

Allah   mula berfirman, “La Ilaha illAllah Muhammadur Rasulullah” ertinya; bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah   dan Muhammad adalah utusan Allah ”.

 

Selepas itu, Allah   mengatakan sesuatu yang aku tidak ingat.

 

Allah   marah dan berbicara dengan suara yang keras tetapi kemarahan ini bukan untukku dan aku terus menulis.

 

Kemudian beberapa orang datang kepadaku dan mereka tahu bahawa Allah   telah menyuruhku untuk menulis pesanan-Nya dan aku terus menulisnya dan menyampaikannya kepada orang ramai.

 

Kemarahan dan kemurkaan Allah   tetap kekal dan berterusan sehingga aku menjadi takut untuk menulis lagi.

 

Aku berkata pada diriku sendiri, “Mengapa Allah memintaku untuk menulis pesanan ini dan aku tidak mempunyai pilihan lain selain melakukannya”.

 

Kemudian aku memberitahu orang-orang yang bersamaku untuk menulis pesanan yang tersisa.

 

Aku memberitahu mereka bahawa “Apapun yang Allah   katakan kepadaku, aku akan sampaikan kepada kalian dan kalian perlu terus menulisnya”.

 

Salah satu dari mereka berkata, “Ya, baiklah, kami akan menulisnya”. Allah   mengawasi semua ini dan apabila orang-orang itu sudah bersedia, maka Allah   mula berbicara.

 

Aku mendengarkan perkataan Allah , lalu menyampaikannya kepada orang-orang itu dan mereka terus menulis.

 

Kerja ini kemudian menjadi sangat bagus. Kemarahan dan kemurkaan Allah   bukan untuk mereka ini dan aku berkata kepada diriku sendiri bahawa “Orang-orang ini cukup berani untuk menulis semua ini.”

 

Ketika Allah   telah menyelesaikan pesanan tersebut, salah seorang dari mereka mengatakan, “Pesanan yang telah disampaikan oleh Allah   sangat berbahaya dan menakutkan.

 

India juga akan menduduki beberapa bahagian di Pakistan.”

 

Lalu aku berkata kepada mereka, “Ya, tetapi ketika Allah   membantu kita, maka kita akan mendapatkan kembali bahagian itu.”

 

Kemudian akan berlaku gempa bumi dan keadaan akan menjadi lebih teruk selepas itu.

 

Kemudian ada gempa bumi dengan intensiti rendah, tetapi kita tidak sedar bahawa gempa bumi itu adalah gempa ancaman Allah   yang di tunggu-tunggu.

 

Kemudian muncul berita bahawa orang-orang yang menguasai dua wilayah besar itu telah meninggal dunia akibat gempa yang meruntuhkan tempat tinggal mereka.

 

Aku memberitahu diriku sendiri bahawa “Ini adalah gempa yang sangat ringan tetapi telah meruntuhkan rumah-rumah mereka.”

 

Keadaan menjadi lebih buruk selepas gempa itu dan tiada siapa yang tahu apa yang terjadi dan bagaimana mengendalikan kekacauan tersebut.

 

Kekacauan di mana-mana dan itu terjadi sama seperti yang Allah   telah ingatkan kepadaku di dalam mimpi bahawa kegelapan ada di mana-mana.

 

Kemudian aku melihat diriku memakai beberapa pakaian yang dapat bersinar dalam kegelapan sehingga orang-orang dapat melihatku dari jauh.

 

Mimpi berakhir di sini.


#MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)