KEPENTINGAN PERIBADI & FOKUS IMRAN KHAN (30 JANUARI 2021)
BismillahirRahmanirRahim.
Assalamualaikum wbt.
Dalam mimpi ini,
Muhammad Qasim melihat Imran Khan sedang berucap kepada orang ramai di satu
tempat. Dalam ucapannya, dia terus memuji dirinya sendiri dan pemerintahannya
bahawa mereka telah menyelesaikan banyak pencapaian sejak berkuasa.
Dia mendakwa “Ketika ini
situasi negara adalah lebih baik daripada sebelumnya dan kami terus bergerak ke
arah yang positif.” Melihatkan ini, aku berkata bahawa Imran Khan menipu rakyat
Pakistan.
Kemudian aku melihat
Imran Khan mula bercakap tentang pembangkang dan memanggil mereka pencuri dan
mereka telah merompak negara dan bagaimana dia tidak akan memberikan NRO
(National Reconciliation Ordinance) kepada sesiapa pun.
Aku katakan bahawa Imran
Khan masih terperangkap dalam egonya sendiri dan mencari salah pembangkang. Dan
dia melakukan semua ini untuk menyelamatkan kemasyhuran dan kedudukannya.
Di sebalik segala kegagalan, Imran Khan tidak
pernah mengaku malu kerana tidak mengotakan janji yang dibuat kepada rakyat
Pakistan. Sebaliknya, dia memberi tumpuan kepada memuji pasukannya dan dirinya
sendiri dalam keadaan orang ramai menderita.
Penguasa yang cuba menyelamatkan ego dan
kemasyhurannya akan melupakan masalah sebenar bangsanya, dan kemudian baik
rakyat mahupun isu negara tidak akan dilihat olehnya. Pemimpin seperti itu
hanya bekerja untuk memenuhi kepentingan diri dan tujuan diri mereka.
Kemudian aku mengisytiharkan bahawa terdapat
peristiwa besar dan peperangan seperti Ghazwatul Hind akan datang dalam masa
terdekat. Dan Imran Khan tidak berminat dengan masalah negara mahupun rakyat.
Aku kemudian terus berjalan, dan aku terserempak
dengan orang terkenal yang duduk berdekatan. Satu ilham datang kepadaku bahawa
aku mesti berkongsi dengannya realiti keadaan, bahawa Imran Khan sedang
memimpin negara ini ke arah kemusnahan.
Aku duduk bersamanya dan mula menerangkan keadaan
kepadanya. Aku perhatikan pada mulanya, dia tidak begitu mempedulikanku dan
sibuk, tetapi aku tidak berkecil hati dan terus bercakap.
Aku mengatakan bahawa orang yang dipanggil Imran
Khan sebagai pencuri telah meninggalkan negara, jadi keadaan Pakistan
sepatutnya lebih baik hari ini daripada apa yang ditinggalkan oleh orang-orang
terdahulu.
Tetapi sejak Imran Khan telah berkuasa, hari ini ia
lebih teruk daripada sebelum ini. Dan sehingga hari ini, Imran Khan tidak
berasa segan silu dan gagal menunaikan janji-janji yang dibuatnya kepada
rakyat.
Daripada bercakap tentang kesukaran rakyat, Imran
Khan meneruskan tumpuannya kepada pembangkang dan hanya bercakap tentang
bagaimana dia tidak akan memberikan mereka NRO.
Imran Khan juga memuji kerajaannya atas dasar yang
telah mereka laksanakan di Pakistan, tetapi ia tidak benar-benar wujud.
Semakin cepat Imran Khan berundur, semakin sedikit
penderitaan rakyat Pakistan. Terdapat peperangan besar yang akan berlaku dalam
masa terdekat. Pakistan adalah istana terakhir Islam dan Pakistan mesti
berjuang pada Ghazwatul Hind.
Keadaan semasa Pakistan ada di hadapan kamu.
Inflasi dan pengangguran berada di kemuncaknya hari ini. Dan Imran Khan tidak
berminat dengan isu-isu negara seperti itu. Fokusnya hanya pada satu perkara
iaitu pembangkang.
Sekurang-kurangnya beliau mesti mengawal inflasi
dan memberi kelegaan kepada rakyat. Dan dia patut memberi perhatian yang teliti
kepada Angkatan Tentera dan bagaimana dia boleh menguatkannya untuk
kejadian-kejadian akan datang.
Pakistan perlu memainkan peranan penting pada masa
hadapan. Kita bukan sahaja perlu berperang di dalam Ghazwatul Hind tetapi kita
juga perlu menyelamatkan Islam.
Dan situasi Pakistan adalah sedemikian rupa
sehingga Ghazwatul Hind adalah jauh dari kemampuan kita, bahkan kita tidak
dapat melancarkan perang kecil pun dengan India.
Aku perhatikan di sini bahawa orang yang terkenal
ini berminat dengan apa yang aku katakan kerana ia adalah realiti, dan dia
memandang ke arahku dengan tumpuan.
Jadi aku terus menerangkan bahawa bilangan tentera
simpanan India adalah lebih daripada keseluruhan tentera Pakistan. Tentera
Pakistan hanya ada 550,000 orang yang aktif.
Ramai anggota tentera kita sudah pun terlibat di
sempadan. Dan majoriti besar tentera juga memainkan peranan penting dalam
menjalankan kerajaan Imran Khan.
Sebagai perbandingan dengan ini, seluruh musuh
Pakistan mempunyai tentera yang berasingan untuk pertahanan. Jadi bagaimana Pakistan
akan mencapai kejayaan dalam kejadian yang akan datang?
Hari ini, Imran Khan hanya melihat dan melayani
kepentingan dan masalahnya sendiri, sama seperti pembangkang dan pencuri negara
yang lain.
Apa yang telah dicapai oleh Imran Khan setakat ini?
Dia tidak melakukan apa-apa fakta. Dia melantik seorang lelaki ke wilayah
terbesar Punjab yang tidak tahu apa yang perlu dirancang atau dilakukan untuk
masa depan.
Dalam keadaan sedemikian, beritahu padaku, jika
Imran Khan ikhlas dengan Pakistan. Jika dia ikhlas kepada negara, dia akan
mengakui kesilapannya dan dia akan berkata aku tidak dapat berbuat apa-apa
kerana sistem itu tidak betul.
Dan aku akan pergi hari ini kerana kegagalanku.
Sebaliknya dia membawa rakyat dan negara ke arah kemusnahan hanya untuk
menyelamatkan kemasyhuran dan egonya.
Selepas mendengar dariku dengan teliti, orang
terkenal ini mengatakan bahawa aku telah bercakap benar, dan realiti semasa
negara ini. Dan dia berkata bahawa dia mesti melakukan sesuatu.
Kemudian orang ini bertindak dan mengambil tindakan terhadap dasar Imran Khan dan kerajaannya.
Dan mimpi ini berakhir di sini. Waalaikumussalam wbt.
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment