KEPUTUSAN IMRAN KHAN UNTUK MENJALANI HIDUP SEDERHANA (03 FEBRUARI 2021)


BismillahirRahmanirRahim. Assalamualaikum wbt.

 

Di awal mimpi ini, aku melihat Imran Khan sedang berbicara kepada rakyat Pakistan.

 

Dia mengatakan, “Harga elektrik dan petrol sedang naik akibat inflasi. Perkara ini terjadi kerana ketidakmampuan pemerintah sebelum ini”.

 

“Tapi masa sukar ini akan berlalu pergi. Ekonomi kita semakin pulih tetapi akan mengambil masa.

 

Setiap orang perlu mengamalkan kesederhanaan dan menggunakan elektrik, gas dan petrol secara berhemah.

 

Dan jangan gunakannya jika tidak perlu.” Lalu aku berkata “Apa yang sedang terjadi?” 

 

Dalam mimpi lamaku pada tahun 2018, aku teringat pada beberapa lelaki dari Angkatan Tentera meminta rakyat Pakistan untuk mengamalkan kesederhanaan.

 

Tetapi sesuatu yang lain telah berlaku di sini. Dan aku kecewa melihat ini. Kemudian aku mengikuti Imran Khan, tertanya-tanya mengapa dia berkata demikian.

 

Selepas berjalan agak jauh, aku melihat Imran Khan memberitahu rakan-rakan rapatnya bahawa “Kami sedang mengejar pembangkang dan kami belum memberi perhatian kepada ekonomi dan syarikat-syarikat besar.”

 

“Disebabkan itu, kami kehilangan empat atau lima bilion rupee. Dan sekarang kami tidak memiliki dana.”

 

“Jadi, sekarang aku telah memberitahu rakyat untuk berjimat dan mengamalkan kesederhanaan kerana kami tidak mempunyai penyelesaian lain dan kami telah gagal.”

 

“Kami tidak dapat melaksanakan seperti yang telah kami janjikan kepada negara.”

 

Kemudian, masih dalam mimpi yang sama, aku melihat Imran Khan pada kesempatan yang lain, berbicara kepada masyarakat.

 

Imran Khan mengulangi narasi yang sama bahawa: “Ekonomi kita sedang pulih, ia adalah waktu yang sedikit sukar tetapi anda perlu bertahan sedikit dan aku tidak akan meninggalkan para pencuri ini”, dan kemudian dia mula memuji kerajaannya.

 

Aku terkejut mendengar semua ini dan mengatakan bahawa “Tidak beberapa lama sebelum ini Imran Khan mengaku kegagalannya kepada rakan-rakannya tapi sekarang dia tampil di hadapan orang ramai dan mengatakan bahawa kami melakukan pekerjaan yang sangat baik.” 

 

Selepas ucapannya, aku melihat Imran Khan kemudian pergi ke ruangan yang sama dan berkata kembali bahawa “kami telah gagal”.

 

Jadi aku berkata “Kenapa dia menipu orang? Jika dia telah gagal, dia seharusnya tampil ke hadapan dan mengakuinya.

 

Kenapa perlu menipu orang dengan cara sebegini?

 

Dan mimpi ini berakhir di sini. Waalaikumussalam wbt.

 

 #MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

 

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)