KERETA BERHIAS (2018)
BismillahirRahmanirRahim.
As-SalaamuAlaikum wbt.
Dalam
mimpi ini Muhammad Qasim memberitahu bahawa; aku berada di rumahku di dalam
bilik, mandi dan memakai pakaian baru.
Rumahku
sangat tua, rosak dan berkarat dan aku memikirkan tentang mimpi-mimpiku bahawa,
"Berapa banyak mimpiku telah menjadi kenyataan?
Dan di
manakah diriku jika berdasarkan mimpiku?"
Kemudian
aku memikirkannya dan aku berkata bahawa, "Mimpiku berkaitan dengan orang
yang aku temui menjadi kenyataan setakat ini dan orang-orang ini lebih baik
daripadaku, mereka boleh melakukan kerja keras dan aku tidak dapat melakukan
kerja yang cepat dan keras kerana kelemahanku. Jika kelemahanku boleh hilang,
aku akan melakukan kerja seperti yang mereka lakukan."
Kemudian
aku berkata "apa-apa pun, jom lah pergi, mungkin lebih banyak mimpi akan
menjadi kenyataan tidak lama lagi."
Kemudian
aku keluar dari bilik dan pergi ke jalan di hadapan rumahku dan aku melihat
pemandangan.
Kemudian
aku melihat kereta lama kami datang dan kereta itu berhenti betul-betul di
hadapanku.
Dan 2
orang budak lelaki keluar, seorang berumur lebih tua dan seorang lagi lebih
muda.
Apabila
aku melihat kereta dan budak-budak lelaki itu, aku berkata "oh ini kereta
lama kami, ya, kami perlu membaikinya dan kini ia dapat berjalan semula dengan
pertolongan Allah.
Dan
sekarang orang muda dan bekerja keras memandu kereta ini."
Budak
lelaki yang lebih tua bercakap dengan budak yang lebih muda bahawa, ‘’kita
perlu menghias barang-barang untuk kereta ini supaya kereta ini akan kelihatan
lebih baik.’’
Yang
bongsu berkata, "Ya, lelaki itu akan datang tidak lama lagi untuk menghias
kereta ini."
Mereka
memunggah hiasan dari kereta dan meletakkannya di garaj. Selama itu aku tidak
bercakap dengan mereka.
Aku
hanya memandang mereka sambil terfikir "apa yang mereka lakukan?"
Kemudian
mereka pergi ke rumah yang sama dari tempat aku berasal. Kemudian aku berkata
"Ya, kami sekali lagi menyertai di satu tempat, kami tinggal di tempat
yang berbeza.
Sekarang
kami berkumpul di rumah lama kami dan tidak lama lagi lebih ramai orang akan
mengenali kami dan mereka akan menyertai kami tidak lama lagi."
Kemudian
aku masuk ke dalam rumah untuk melihat apa yang mereka lakukan di dalam rumah.
Aku
melihat kira-kira ada 4 hingga 5 orang termasuk budak-budak muda ini, mereka
sedang merancang sesuatu sambil berkata "kita kena buat kerja dengan lebih
baik".
Aku
melihat mereka dan aku berkata bahawa "biarkan mereka membuat rancangan
dan jangan ganggu mereka."
Selama
itu aku tidak bercakap dengan sesiapa dan sekali lagi aku pergi ke luar.
Apabila
aku pergi ke garaj, sekali lagi aku melihat seorang lelaki yang menyusun
hiasan. Apabila aku melihatnya, aku berkata "Aku pernah melihatnya sebelum
ini di satu tempat tetapi aku tidak ingat siapa dia".
Jadi aku
bertanya kepadanya, "siapa kamu dan apa yang kamu buat di sini?" Aku
tidak memberitahunya bahawa aku pernah melihatnya sebelum ini.
Dia
berkata "Saya seorang lelaki yang menghias kereta dan saya datang ke sini
kerana seseorang meminta saya menghias kereta ini."
Aku
berkata "Ya, saya nampak seorang budak lelaki bercakap tentang kamu".
Kemudian
aku bertanya "adakah kamu pandai melakukannya, maksud saya, adakah kamu
seorang profesional?"
Dia
berkata, "Saya sudah menghias banyak kereta sebelum ini, kereta yang kamu
lihat di jalan raya, saya yang menghiasi itu semuanya, jadi jangan risau saya
akan menghias kereta kamu secara profesional".
Kemudian,
aku mula bekerja dengannya supaya tidak ada satu kesalahan pun yang tinggal
dalam menghias kereta ini, kerana apabila orang lain melihat kereta kita,
mereka sepatutnya berasa gembira melihat kereta kita.
Terdapat
sebuah kotak dan dalam kotak itu, terdapat warna dan berus dan ia adalah warna
dan berus yang cantik.
Aku
tidak pernah melihat jenis warna itu sebelum ini pada mana-mana kereta lain.
Kemudian
aku melihat beberapa warna dan berus telah hilang dari dalam kotak, dan aku
bertanya kepadanya, "mengapa ia hilang dan di mana ia?"
Dia
berkata "ini semua hiasan yang saya ada dan budak-budak itu telah ambil
semuanya dan dia berkata, tinggalkan saja"
Kemudian
aku berkata, "Tunggu, biar saya cari dari tempat bahan hiasan lain,
mungkin mereka ada di tempat lain".
Kemudian
aku melihat semua hiasan dan aku berkata kepada Allah ﷻ, "Tolonglah saya
mencarinya".
Dan
kemudian aku temui 3-4 warna dan aku berikan kepadanya dan dia berkata, ''Bagus
kamu jumpa beberapa warna.''
Kemudian
aku berkata, ''kira-kira 4 warna masih hilang dan kereta itu tidak akan dihias
dengan baik''.
Kemudian
dia berkata, "Saya akan menghiasinya supaya tak ada siapa yang akan
menyedarinya".
Kemudian
dia mula menghias kereta itu, dan dia berkata "apabila sudah siap, orang
akan bertanya tentang kamu; bagaimana kamu buat ini dan kami tidak pernah
melihat kereta berhias seperti ini sebelum ini.”
Dan
mimpi itu berakhir di sana.
#MimpiBenar
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment