KESAKSIAN RASULULLAH ﷺ (14 JULAI 2015)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wrt.
Pada 14 Julai 2015, aku melihat mimpi
di mana Muhammad ﷺ
memberitahuku bahawa, “Jangan risau Qasim, apabila Ketua Tentera Pakistan dan
Imam Masjidil Haram akan mengetahui tentang mimpi-mimpi kamu, maka selepas itu
aku akan memberikan kesaksian untukmu kepada mereka.”
“Aku akan memberikan kesaksian kepada
Ketua Tentera Pakistan (bahawa), "Anakku Qasim bercakap benar kepada semua
orang tentang mimpi-mimpinya, dia tidak berbohong tentang mimpi-mimpinya dan
perkara-perkara akan berlaku sama seperti yang Qasim lihat di dalam mimpi-mimpinya."
“Qasim, aku juga akan memberikan
kesaksian kepada Imam Kaabah untuk kamu”.
Aku tidak mempunyai pautan untuk
menghubungi Ketua Tentera Pakistan atau Imam Masjid Al Haram, jadi aku tidak
tahu bila Ketua Tentera Pakistan dan Imam Kaabah akan tahu tentang mimpi-mimpiku
dan berapa lama masa yang diperlukan. Hanya Allah yang lebih mengetahui.
Ramai orang memanggilku penipu atau
meminta bukti daripadaku. Aku tidak ada sebarang bukti tentang mimpi-mimpiku
dan aku tidak berdusta, hanya Allah sahaja yang menjadi Wakeel-ku.
Aku tidak mahu apa-apa daripada
sesiapa, Allah dan Muhammad ﷺ memberitahuku di dalam mimpi-mimpiku untuk berkongsi dengan
orang lain dan aku hanya melakukan apa yang disuruh, jadi jangan salahkanku.
Aku hanya mahu menjadi sahabat Allah dan tidak lebih (dari itu).
Allah berjanji dalam mimpiku bahawa
Dia akan menyelamatkanku, jika seseorang akan membunuhku maka Allah akan
menyelamatkanku, walaupun seorang yang berkuasa (Dajjal) cuba membunuhku, maka
Allah akan menyelamatkanku daripadanya. Itulah sebabnya aku mula berkongsi
mimpi-mimpiku dengan orang lain dan Allah dan Muhammad ﷺ memberitahuku untuk berkongsi
mimpi-mimpiku, dan aku tahu bahawa Allah bersamaku.
Setiap Muslim tidak perlu percaya
kepadaku, setiap Muslim perlu percaya dan mendengar Muhammad ﷺ dan apa yang Muhammad ﷺ maklumkan kepada kita tentang
Hari Kiamat dan apa yang akan berlaku sebelum Kiamat.
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment