KETIKA HATI NURANI IMRAN KHAN TERBUKA (18 OGOS 2020)

 

BismillahirRahmanirRahim. Assalamualaikum wbt.

 

Di dalam mimpi ini aku melihat bahawa aku sedang duduk di sebuah ruangan besar di mana orang lain juga berkumpul.

 

Aku mula menceritakan mimpiku tentang Imran Khan dengan suara yang lantang di sana dan beberapa orang mula tertarik dengan apa yang aku katakan, kerana keadaan Negara Pakistan mirip dengan mimpi-mimpiku.

 

Beberapa orang mula mengatakan bahwa janji-janji yang dibuat oleh Imran Khan itu tidak dapat dipenuhi olehnya. Tetapi apa yang berlaku adalah berlawanan dari janji-janji itu.

 

Ketika peristiwa itu sedang berlangsung, pintu ruangan terbuka, dan Imran Khan masuk ke dalam keadaan marah. Dia berkata kepada orang-orang itu bahawa dia telah menjalankan pemerintahan dengan benar, dan dia melakukan apa pun yang sesuai untuknya.

 

Aku mula berbicara dengan lebih kuat ketika ini, dan bertanya kepada Imran Khan, “Apa yang terjadi dengan janji-janji yang kamu buat ketika pilihanraya?

 

Janji-janji untuk membantu orang-orang miskin, mengurangkan kadar korupsi dan mengawal kenaikan harga?” Imran Khan menjadi semakin marah setelah mendengar ini dan berkata, “Aku menjalankan negara dengan baik, dan biasanya begitulah caranya negara diuruskan.”

 

Dia kemudian mula menceritakan tentang prestasi-prestasinya di Pakistan. Imran Khan kemudian berjalan ke pintu, dan kemudian aku berkata dengan kuat, bahawa “Kamu telah memberi contoh sebagaimana Sayyidina Umar r.a, bahawa walaupun seekor anjing tidur di sebelah sungai dalam kehausan selama satu malam, Umar r.a perlu menjawabnya di hadapan Allah ”.

 

“Sejak kamu menjadi Perdana Menteri Pakistan, begitu ramai orang yang tidur dalam keadaan lapar setiap hari, adakah kamu tidak akan diminta

pertanggungjawaban ke atas mereka?”

 

Kamu sendiri telah berkata bahwa ada seorang rakyat biasa mempersoalkan kepada Sayyidina Umar r.a tentang dari mana dia mendapat pakaiannya?

 

Jadi jika Sayyidina Umar r.a boleh ditanya, kenapa kamu pula tidak boleh dipersoalkan?” Setelah mendengar ini, Imran Khan berhenti seolah-olah dia baru tersedar.

 

Aku berkata bahawa, “Kamu telah gagal di Pakistan tetapi kamu tidak mahu menerima kenyataan ini, dan kamu juga tahu bahawa mimpi-mimpi yang aku lihat tentang kamu semuanya adalah benar”.

 

“Aku telah melakukan yang terbaik untuk menyampaikan pesanan dari mimpi-mimpi ini kepada kamu”. Mimpi-mimpi ini menunjukkan sebab-sebab kegagalan kamu, dan juga supaya kamu dapat menyelamatkan diri dan pemerintahan kamu dari bencana.

 

Aku telah bekerja keras, dan telah mencuba yang terbaik untuk mewujudkan mimpi-mimpi ini kepada kamu, tetapi aku tidak dapat menarik perhatian kamu atau menjangkau kamu.”

 

Aku melihat Imran Khan sangat menyesal kerana mendengarkan ini, dan kemudian dia meninggalkan ruangan tersebut. Ketika dia telah sampai di luar, aku keluar dan mencuba menahannya dan ketika aku melakukan ini, aku berkata, “Jika mimpi-mimpiku tentang kamu menjadi kenyataan, maka mimpi-mimpiku tentang perkembangan Pakistan dan kebahagiaan bagi rakyat Pakistan yang akan datang juga akan benar.”

 

Imran Khan berhenti dan berbalik untuk melihatku. Aku melihat harapan di kedua matanya dan aku mendengar dia berkata “Jika mimpi-mimpinya mengenai diriku adalah benar, maka Pakistan pasti akan berkembang dan makmur sesuai setiap mimpi-mimpinya. Dan walaupun jika aku gagal, sekurang-kurangnya akan ada kebahagiaan di Pakistan.”

 

Mimpi Berakhir. Waalaikumussalam wbt.

 

 #MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

 

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)