KOTA AJAIB (10 FEBRUARI 2014)


Bismillahirrahmanirrahim Assalamu’alaikum.

 

Pada tarikh 10 Februari 2014, Aku (bermimpi) melihat diriku menyelesaikan perjalanan yang sangat panjang dan meletihkan. Dan aku sampai di tempat di mana aku melihat ada bangunan tinggi.

 

Aku naik ke atapnya dan berkata pada diriku sendiri, “Di sinilah aku sepatutnya berlari ke tepi atap bangunan ini dan kemudian aku akan terbang di udara dengan rahmat Allah .

 

Maka, aku melihat sekeliling untuk melihat adakah semuanya baik. Tapi ketika aku melihat ke arah langit, aku melihat ada beberapa pasukan (jahat) telah membentangkan jaring di sana untuk mencegah orang-orang terbang.

 

Ini benar-benar mengecewakan hatiku. Aku pun berfikir, apa yang patut aku lakukan sekarang? Jika aku berlari ke tepi atap bangunan ini dan aku tidak boleh terbang, aku mungkin akan jatuh kerana ada jaring di atas.

 

Lalu aku berkata pada diriku sendiri: “Tidak, Qasim! Allah yang memberitahuku bahawa Dia akan melindungiku dan Dia tidak akan membiarkan aku gagal.

 

Aku tidak ada pilihan lain kecuali untuk membuat lompatan dan meletakkan seluruh kepercayaanku kepada Allah . Kerana jika tidak, maka aku tidak akan pernah mendapat kejayaan.”

 

Maka, aku meletakkan seluruh kepercayaanku kepada Allah dan aku berlari kencang ke tepi atap, kemudian aku melompat dan aku pun mula terbang tinggi ke atas.

 

Dan kemudian Allah merobek jaring-jaring tadi dengan rahmat-Nya. Aku berjaya lepas dari jaring itu dengan sangat mudah. 

 

Dan kemudian aku melihat ada orang-orang di bawah sana yang terlihat masih sangat sibuk dengan pekerjaan mereka. Tetapi ada beberapa orang melihat aku dan berkata bahawa Qasim terbang di udara.

 

Dan beberapa orang berkata, “Ke mana tempat yang dia pergi, itulah tempat yang berisi berkah dan rahmat dari Allah ". Dan orang itu berkata, “Jom, kita ikut dia!”

 

Dan kemudian orang-orang itu meninggalkan rumah-rumah dan pekerjaan-pekerjaan yang mereka cintai dan mula berlari ke arah yang sama dengan yang aku lalui. Aku terbang jauh sekali dan kemudian aku sampai di tempat di mana ada sebuah kota yang sangat indah. 

 

Kota itu sangat maju dan dirancang dengan sangat baik, dan ada binaan arkitektur yang indah yang belum pernah aku lihat sebelum ini.

 

Ada bangunan-bangunan dan rumah-rumah yang indah dan jalan-jalannya pun menakjubkan. Kota itu dihiasi dengan warna-warni yang menakjubkan. 

 

Bahkan bangunan-bangunannya pun sangat bersih. Tidak ada kata-kata yang dapat menjelaskan keindahan kota itu, dan belum pernah ada orang yang dapat membayangkannya sebelum ini.

 

Rasanya seperti kota ini adalah sebuah keajaiban.

 

Kemudian aku berfikir, Siapakah orang-orang yang telah Allah mampukan mereka untuk membangunkan kota yang sedemikian hebat dan indah? Dan alangkah cerdasnya mereka!

 

Dan kemudian Allah berkata dari langit: “Qasim, kota ini adalah kota yang akan dibangunkan oleh kamu dan orang-orang yang bersama kamu, dengan Rahmat dan Pertolongan-Ku.”. Kemudian mimpi itu pun berakhir disana.


 #MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)