KUDA-KUDA HITAM | KEHADIRAN RASULULLAH ﷺ KEMBALI (13 OGOS 2015)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wbt.
Pada tarikh 13 Ogos 2015, aku melihat sebuah
mimpi. Dalam mimpi ini kita (umat Islam) tinggal di sebuah tempat kecil yang
penuh dengan kegelapan. Bangunan Islam yang utama kita telah dikuasai oleh
pasukan anti-Islam.
Dan kemudian Allah ﷻ mengirim Muhammad ﷺ kepada
kita dengan rahmat-Nya. Kita semua menjadi sangat bahagia kerana Allah ﷻ telah mengutus Muhammad ﷺ lagi
sekali kepada kita. Dan sekarang sudah tiba masanya kita menjadi umat yang
bersatu lagi dan merebut kembali Bangunan Islam kita.
Muhammad ﷺ berkata kepadaku, “Qasim, pergi dan ceritakan kepada semua pemimpin
muslim tentang (kedatangan)ku. Bahawa Muhammad ﷺ telah
datang kepada kita lagi sekali untuk membebaskan Bangunan Islamnya dari pasukan
anti-Islam dan membangunnya kembali.”
Aku berkata kepada Muhammad ﷺ, “Ya, aku akan pergi sekarang dan menyampaikan pesananmu kepada
mereka semua.” Muhammad ﷺ berkata kepadaku, “Aku akan
menunggumu.”
Tetapi ketika aku pergi menemui para pemimpin
muslim itu dan menyampaikan pesanan Muhammad ﷺ,
mereka tidak mempercayaiku. Lalu aku katakan kepada mereka bahawa “Apakah
kalian hanya mencintai Muhammad ﷺ di
mulut saja?" Siapa pun boleh mengatakan perkara yang hebat dengan
lidahnya. Kalian semua perlu menunjukkan rasa cinta kalian kepada Muhammad ﷺ dengan tindakan kalian dan tidak hanya melalui perkataan
kalian. Muhammad ﷺ sedang menunggu kalian
semua.”
Kemudian mereka berkata kepadaku bahawa: “Qasim,
jangan membuang masa kami dan kami tahu apa yang benar dan apa yang salah. Dan
apapun yang kami lakukan, kami melakukannya untuk berkhidmat kepada Islam.”
Lalu aku memutuskan untuk kembali tapi dalam
perjalanan pulang aku menjumpai kuda hitam yang kuat. Jadi aku bawa mereka
bersamaku. Dan setelah kembali aku menceritakan semuanya kepada Muhammad ﷺ. Dan aku katakan kepada Muhammad ﷺ bahawa aku akan pergi sendiri untuk membebaskan Bangunan
Islammu.
Kemudian Muhammad ﷺ berkata, “Tunggu anakku, aku akan pergi bersamamu.” Kemudian
aku berkata, “Baiklah, tapi aku memiliki kuda yang sangat kuat untukmu, ya Rasulullah
ﷺ dan tunggangilah kuda ini.”
Muhammad ﷺ lalu
menyuruh orang yang lain untuk menunggu beliau ﷺ di
sini. Lalu kami berdua pergi ke tempat bangunan utama kita berada. Dulu kami
tinggal di bangunan ini tapi pasukan anti-Islam telah menguasai bangunan ini.
Dan mereka membunuh orang-orang muslim yang ada di dalam dan juga menghancurkan
Islam.
Aku dan Muhammad ﷺ mula
memerangi mereka tapi jumlah mereka terlalu banyak. Dan kemudian aku melihat
bahawa beberapa pasukan jahat menyamar diri mereka sebagai pasukan muslim,
padahal sebenarnya mereka bukan muslim dan mereka malah menyebabkan lebih
banyak kerosakan kepada Islam.
Kemudian aku berkata kepada Muhammad ﷺ, “pasukan ini terlalu banyak! Engkau duduklah di sini dan
berehatlah dan muliakanlah nama Allah ﷻ dengan
puji-pujian. Aku akan melawan kekuatan ini sendirian dengan bantuan Allah ﷻ”
Dan kemudian aku mula melawan pasukan-pasukan
anti-Islam itu dengan cahaya Allah sambil memohon kepada Allah ﷻ dan Muhammad ﷺ
berdoa, “Tolonglah Qasim ini.” Dan kemudian semua kekuatan jahat hancur dan
hanya tinggal orang-orang yang mencintai kedamaian. Tidak ada pasukan munafik
yang dapat tegak berdiri di hadapan cahaya Allah. Dan kita semua kembali
membangun Islam lagi.
Tapi Bangunan Islam itu telah rosak teruk dan aku
memberitahu Muhammad ﷺ bahawa kita perlu
membangunkan kembali bangunan ini. Sekarang, Muhammad ﷺ menjadi sangat gembira kerana telah berjaya mendapatkan kembali
bangunan tersebut.
Dan kemudian Muhammad ﷺ berkata kepadaku bahawa: “Qasim, tunggullah di sini sementara
aku pergi untuk memberitahu umat Islam yang lain.”
Dan kemudian Muhammad ﷺ memberitahu umat Islam yang lain. “Kita telah merebut kembali
Bangunan Islam kita dan setiap orang mesti pergi ke sana. Qasim ada disana
(maka ikutilah dia) dan mainkan peranan
kalian masing-masing dalam membangunkan kembali Islam yang sejati (seperti
Islamku dulu).” Dan mimpi itu pun berakhir.
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment