LETUPAN DEMI LETUPAN (17 DISEMBER 2016)


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wbt.

 

Di dalam mimpi ini aku mendapati diriku sedang berada di sebuah tempat yang terlihat seperti Pakistan yang belum membangun. Dari kejauhan aku melihat ada beberapa bangunan dan rumah-rumah yang cantik.

 

Aku berkata, “Aku mesti pergi ke sana kerana tempat itu lebih baik daripada sini.”

 

Kemudian aku pergi ke sana dan melihat bangunan-bangunan yang cantik, rumah-rumah dan ramai orang.”

 

Tiba-tiba aku terdengar bunyi letupan dan aku terasa panas. Orang ramai menjerit meminta tolong dan Allah menyelamatkan aku dengan rahmatNya.

 

Ketika aku turun kepada orang ramai untuk menolong mereka, aku melihat ramai yang sudah meninggal, dan orang-orang yang terluka menangis meminta bantuan. Badan mereka meleleh cair.

 

Aku tertanya, “letupan apa ini?" Ketika aku memegang tangan seseorang, tangan itu  terpisah dari badannya kerana badannya meleleh. Aku tertanya, “Apa yang berlaku ini?"

 

Ramai sekali  yang meninggal dan orang-orang yang terluka tidak ada harapan untuk sembuh dan mereka menderita kesakitan.

 

Seorang yang terselamat berkata kepadaku, “Qasim, Keluar dari sini! Tempat ini tidak selamat”.

 

Kemudian aku terdengar letupan yang lain. Dan letupan demi letupan berterusan. Aku berkata, “aku tidak dapat menolong sesiapa pun dalam keadaan ini.”

 

Kemudian aku berlari dari tempat itu ke tempatku yang awal tadi dan berkata, “Walaupun tempat ini tidak membangun tapi tempat ini masih lebih baik daripada tempat yang sudah maju tadi.”

 

Kemudian aku terfikir, “Siapa yang membuat letupan-letupan itu? Bila dan bagaimana untuk ia dapat dihentikan?”

 

Dan mimpi itu pun berakhir.


#MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)