LUKISAN YANG MENAKJUBKAN (DISEMBER 2015)


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wbt.

 

Qasim mendapat mimpi pada bulan Disember 2015, iaitu: Aku melihat ada sebuah ruangan besar di mana ada papan lukisan besar pada dinding.

 

Dan di situ ada pelbagai jenis cat warna dan berus lukisan. Dan aku melihat ada tiga atau empat ekor lembu yang sedang meragut rumput.

 

Kemudian tiba-tiba Allah memerintahkan aku untuk melukis sebuah lukisan seperti yang Dia tunjukkan pada aku di dalam mimpi.

 

Aku mula melukis dari satu sudut dan aku melukis seperti yang Allah inginkan.

 

Kemudian aku perlahan-lahan mulai semakin penat selepas aku menggunakan banyak tenaga. Akhirnya aku hanya melukis setengah papan sahaja.

 

Aku berkata pada diriku sendiri "Kenapa aku tak dapat lukis lebih dari ini?". Aku sangat penat.

 

Aku hanya dapat menyelesaikan separuh lukisan itu. Tapi separuh lagi masih tersisa.

 

Dengan putus asa aku pun meninggalkan lukisan itu. Dan aku pun berjalan ke sudut lain bilik itu di mana di sana ada pintu. Aku melihat sekali lagi sekilas lalu ke arah lukisan yang telah aku buat.

 

Aku berkata pada diriku sendiri, “Aku telah berusaha sebaik mungkin untuk mentaati Allah tapi aku tidak dapat menyelesaikan tugasan yang Dia berikan kepadaku.”

 

Kemudian, pada ketika itu juga, Allah memerintahkan lembu-lembu itu untuk menghabiskan lagi separuh lukisan itu.

 

Dan dengan kagum aku melihat lembu-lembu itu mengambil berus dengan salah satu kaki depan mereka dan mula melukis. Aku keliru, berfikir bagaimana lembu-lembu ini boleh menjadi begitu pintar.

 

Aku berlari ke arah mereka tapi mereka melukis begitu cepat dan selesai melukis ketika aku sampai dekat mereka.

 

Dan kemudian mereka kembali meragut rumput. Bila aku cuba berbicara dengan mereka, mereka tidak membalasku.

 

Lukisan itu begitu indah. Kemudian lukisan itu menjadi terkenal di seluruh dunia. Orang ramai memuji aku dengan berkata Qasim adalah seorang seniman yang hebat.

 

Aku katakan, Tidak, semua pujian adalah milik Allah. Dan Dia adalah Perancang Yang Terbaik.

 

Dan kemudian Allah sendiri membuat sebuah lukisan yang besar dan hebat, Tidak ada yang pernah membuat lukisan seperti itu sebelum ini.

 

Dan kemudian Allah menulis namaku di sudut lukisan. Orang ramai tidak mempunyai kata-kata untuk mengungkap itu kecuali "SUBHANALLAH, Maha Suci Allah".

 

Orang ramai menyangka aku adalah pelukis yang luar biasa. Dan media bertanya dari mana aku mendapatkan idea ini.

 

Aku hanya diam tetapi di dalam hati aku tahu bahawa Allah yang telah membuat lukisan ini. Dia ingin memuliakan aku dengan memberi aku kredit (kepujian) untuk itu.

 

Dalam mimpi itu, ketika aku melihat sahaja lukisan itu, aku sendiri tidak ada kata-kata kecuali "SUBHANALLAH".

 

Mimpi itu pun berakhir di situ.

 

#MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)