MALAIKAT JIBRIL A.S (2013)


Bismillahirrahmanirrahim Assalamu’alaikum wbt.

 

Dalam mimpi ini aku sedang duduk di atap rumahku, dan berbicara dengan Allah . Aku berkata, “Ya Allah, izinkan aku untuk berjalan di jalan Muhammad dan izinkan aku melihat taman rahmat-Mu.”

 

Kemudian Allah berfirman, “Baiklah, Qasim. Aku telah menghantar Jibril a.s ke tempat yang bersih di hadapan rumahmu.

 

Dia akan membawamu ke tempat dimana kamu boleh berjalan di jalan Muhammad dan dari sana kamu akan sampai ke taman rahmat dan berkah-Ku.” 

 

Aku menjadi sangat gembira dan aku pergi kepada abangku. Aku berkata kepadanya bahawa Allah akan menghantar Jibril a.s kepadaku sekarang juga. Ketika abangku mendengar itu dia berkata, “Qasim, apa yang kamu cakap? Untuk apa Allah menghantar Jibril?”

 

Dia tidak percaya kepadaku jadi aku pun meninggalkan rumahku. Tiba-tiba di taman dekat sini, aku melihat ada sebuah cahaya datang dari tanah. Abangku melihatku dari jauh dan berfikir, “Apa yang telah terjadi pada Qasim?”

 

Selepas beberapa saat, aku melihat Jibril a.s turun dari langit. Sayapnya putih kemilau dan ada cahaya yang memancar darinya. Ia terlihat seperti awan-awan yang lembut. Dan sayap-sayap itu sangat putih sehingga bahagian belakang sayap boleh dilihat dari depan.

 

Dan semua sayap itu bergerak dengan cepat sekali. Ini adalah pemandangan yang menakjubkan bagiku. Jibril a.s datang kepada aku dan keindahannya luar biasa. Aku merasa bahawa dia adalah salah satu diantara malaikat yang mula-mula diciptakan.

 

Aku berkata kepadanya, “Allah berkata kepadaku bahwa engkau akan membawaku ke satu tempat.”  Dia berkata, “Ya, Allah baru saja memberiku perintah.

 

Pegang tanganku dan kau akan terbang bersamaku.” Aku memegang tangannya dan aku berkata pada abangku, “Tengok! Ini Jibril a.s dan dia datang untuk membawa aku.”

 

Abangku menjadi terkejut kerana aku berkata benar. Dia berlari ke arah Jibril a.s tapi dia tidak tahu ada cerun di depannya. Dia terjatuh, tetapi Jibril a.s menangkapnya dan meletakkannya di tanah.

 

Lalu dia membawa aku jauh-jauh dan meletakkan aku di darat. Dia berkata, “ini adalah tempat yang aku telah diperintahkan untuk membawamu.” Aku  berkata, “Baiklah,” dan aku berjalan agak jauh. Jibril a.s pun pergi. Dan aku tak tahu di mana aku berada tapi kemudian aku melihat jejak tapak kaki Nabi Muhammad .

 

Aku mengikuti jejak tapak kaki itu sampai aku mencapai tempat yang menakjubkan. Tempat itu memiliki kebun dan berbagai jenis pokok dan tanaman.

 

Belum pernah aku melihat taman seperti itu sebelum ini. Ada aroma manis yang indah yang belum pernah aku bau sebelum ini. Dan ada hembusan angin yang tenang yang terasa menakjubkan di badanku.

 

Aku merasa ketenangan yang luar biasa dan menjadi sangat bahagia. Itu bercampur perasaan suka, lega, dan puas yang sangat luar biasa. 

 

Kemudian aku melihat ada seorang sedang membaca surah Ar-Rahman dengan suara yang sangat indah dan menenangkan. Melodinya tidak pernah aku dengar sebelum ini.

 

Aku terus terpikat dan duduk di tepinya dan mendengarkan bacaannya. Dan aku merasa kenikmatan yang sangat luar biasa setiap kali dia membaca ayat: {فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ}

“Maka nikmat Tuhanmu manakah yang kamu dustakan?”

 

Aku melihat ke taman dan berkata, “Sesungguhnya kita tidak dapat menafikan nikmat Allah.” Kemudian aku bangun dan di depanku, aku melihat Cahaya Allah.

 

Aku merasa mengantuk dan berbaring di sana. Aku bersyukur kepada Allah kerana telah membawaku ke sini dengan rahmat-Nya dan kerana telah membawaku ke tempat yang tak pernah aku bayangkan. Dan aku tertidur dengan tenang.


#MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)