MASJID BESAR DAN SOLAT NABI MUHAMMAD ﷺ (25 FEBRUARI 2015)


Bismillahirrahmanirrahim Assalamu’alaikum.

 

Pada tanggal 25 Februari 2015, Muhammad Qasim melihat sebuah mimpi.

 

Dalam mimpi ini Rasulullah keluar dari rumahnya selepas mengambil wudhuk untuk solat. Dia sudah tua dan menggunakan tongkat untuk berjalan.

 

Dia bertanya, “adakah ada orang yang boleh membantu aku ke masjid?” tapi tidak ada yang mempedulikan. Dan semua orang terikat dengan pekerjaan masing-masing.

 

Dia menjadi sangat kesal dan mula berjalan menuju masjid terdekat. Ketika dia sampai di Masjid tidak ada yang menunggunya. Dan solat itu pun sudah selesai.

 

Dia menjadi semakin kesal dan tertekan kerana tidak ada yang menunggunya. Dia mula berjalan menuju ke rumahnya dan sekali lagi tidak ada yang menawarkan bantuan. 

 

Aku baru saja selesai mengerjakan pekerjaan yang sulit. Dan bertemu Nabi Muhammad di rumahnya.

 

Dia berkata, “Qasim kamu datang kepadaku ketika solat pun sudah selesai. Apa gunanya sekarang tidak ada yang mendengarkan aku atau membawa aku ke masjid.”

 

Aku berkata, “Jangan risau, ada masjid besar jauh di depan sana di mana solat belum dimulakan. Bagaimana kalau aku menghantarmu ke sana?” 

 

Dia berkata dengan nada sedih, “Qasim, kamu tidak boleh membawa aku ke masjid yang dekat, bagaimana kamu akan membawa aku ke masjid yang lebih jauh dan dapat solat tepat waktu.”  “Kamu juga tidak ada kenderaan jadi tinggalkan saja aku, Qasim. Aku akan solat di rumah saja.”

 

Aku berkata kepadanya “jangan bimbang, aku akan sampai di sana lebih awal. Kalau begitu aku akan membawa kamu ke masjid tepat waktu.

 

Dan Allah   bersama kita jadi aku akan membawamu ke masjid dengan bantuan  Allah.”

 

Maka baginda berkata, “Jom kita cepat pergi ke masjid.” Kemudian aku menjadi bimbang.

Aku malah tidak tahu jalan dan aku juga tidak ada kenderaan. Sekarang hanya Allah yang boleh menolongku.

 

Maka Allah berfirman di telinga kananku “Qasim angkat Muhammad dan berlarilah. Aku akan menghantarmu ke masjid.”

 

Maka aku mengangkat Muhammad di pelukanku dan berlari. Aku mula berlari di udara dengan rahmat Allah.

 

Dia sangat gembira ketika melihat sebuah masjid besar di depan kami. Dia berkata tentangku, “Inilah dia anakku yang membawaku ke masjid dengan bantuan Allah”.

 

Orang-orang berdiri untuk solat ketika kami masuk dan Muhammad mengimami solat. Sedangkan aku tidak masuk masjid kerana aku belum berwudhuk.

 

Aku berkata pada diriku sendiri, kalaulah aku telah ada wudhuk maka aku akan dapat solat dengan mereka.

 

Masjid itu sangat besar. Jadi waktu aku selesai berwudhuk, pasti solatnya pun sudah selesai. Dan jika aku berwudhuk sebelum datang ke sini pasti Muhammad akan melambatkan solatnya.

 

Yang penting adalah Muhammad sampai ke masjid tepat pada waktunya dengan bantuan Allah.

 

Aku bersyukur kepada Allah dan melihat Muhammad solat.

 

 #MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)