MEMBAWA KERETA BERSAMA NABI MUHAMMAD ﷺ (FEBRUARI 2017)


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum.

 

Ini adalah mimpi Qasim pada Februari 2017. Aku melihat bahawa kita adalah generasi terakhir umat manusia dan sekarang adalah giliran kami menggunakan sebuah kereta untuk mencapai tujuan.

 

Tetapi kami kecewa kerana kami mendapati bahawa generasi sebelum ini telah menzalimi kereta itu.

 

Semuanya sudah berkarat dan hampir hancur. Kerusi itu seperti sampah dan enjinnya sudah rosak. Tayarnya sudah pancit habis. Dan kereta itu tidak boleh dihidupkan langsung.

 

Lalu aku dan beberapa orang yang bersamaku mula membaiki kereta itu. Dalam mimpiku yang lain pada bulan Februari, kami membaiki lebih banyak bahagian lagi. Aku dan orang-orang yang bersamaku bekerja sangat kuat. Contohnya, dalam satu mimpi, kami mengeluarkan enjin dan menggantinya. Dalam mimpi lain, kami mengganti badan kereta itu.

 

Dalam satu mimpi, kami akhirnya dapat menghidupkan enjinnya ketika ia masih rosak teruk. Kami cuba untuk menaikinya. Tapi kemudian kami mendapati bahawa kereta itu tidak ada brek. Kemudian kami menghentikan kereta itu dan melakukan banyak kerja untuk memperbaikinya.

 

Pada 11 Februari 2017, aku melihat Muhammad sedang berjalan berhampirannya. Baginda nampak sangat penat dan risau, dan perkara itu membuatkan kami bekerja dengan lebih kuat dan lebih cepat. Dan akhirnya, kereta itu sudah cukup bagus untuk dipandu tetapi ia bergerak sangat lambat.

 

Aku pergi memberitahu Nabi Muhammad bahawa kami telah dapat membuat kereta ini dapat berjalan tetapi ia tidak boleh bergerak laju. Kemudian Nabi Muhammad dipenuhi dengan kebahagiaan yang sejati.

 

Ketika baginda datang mendekati kereta itu, baginda berkata ini kereta lamaku dan sekarang kita dapat memandunya sekali lagi. Di bahagian belakang kereta ada aku, Nabi Muhammad , seorang perempuan dan tiga orang lain. Dan di depan ada seorang pemandu yang muda. Dan aku berkata, kita sedang menuju takdir kita dengan rahmat Allah .

 

Dan mimpi itu berakhir di situ.

 

#MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)