MEMELIHARA RUMAH NABI MUHAMMAD ﷺ (28 SEPTEMBER 2015)


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wrt.

 

Pada tarikh 28 September 2015, aku melihat sebuah mimpi. Aku pergi ke satu tempat di dalam kegelapan malam dan aku tidak tahu ke mana sepatutnya aku pergi.

 

Ketika aku terus berjalan, aku melihat Nabi Muhammad yang sedang berbaring di atas tempat tidur berbumbungkan langit. Aku berlari kepadanya dan kemudian duduk di tempat tidur itu, aku bertanya kepada baginda , “mengapa tuan berbaring di sini? Mengapa tuan tidak tidur di rumah?”

 

Lalu Nabi Muhammad berkata, “Anak, rumah yang mana satu? Rumah yang aku bina telah diambil alih oleh beberapa orang.

 

Dan orang-orang yang berada di rumahku telah melarikan diri dalam kumpulan-kumpulan. Dan orang-orang yang telah mengambil alih rumahku merosakannya dengan teruk.”

 

Ketika itu, untuk pertama kali dalam hidupku, aku menatap mata Nabi Muhammad . Ketika mataku menatap mata Nabi Muhammad , mataku terpaku kepada baginda dan tidak dapat berpaling.

 

Aku merasa seolah-olah Allah telah memenuhi semua cahaya-Nya di dalam mata beliau . Itu saat yang luar biasa bagiku. Aku melihat bahawa mata Nabi Muhammad basah.

 

Nabi Muhammad berkata kepadaku: “Anakku, bebaskanlah rumahku dengan pertolongan Allah dari orang-orang itu dan bina kembali rumahku dan pimpin umatku dan satukan mereka semua menjadi satu umat sekali lagi, supaya rumahku kembali dihormati di dunia seperti ketika ia dihormati sebelum ini.

 

Dan janganlah takut kerana Allah bersamamu. Dia akan membantu kamu dalam segala keadaan. Kamu adalah anakku dan tidak mungkin Rahmat Allah tidak diberikan kepada anakku.”

 

Aku melihat mata Nabi Muhammad yang basah itu dan berkata, “ Aku tidak peduli betapa berbahayanya perkara itu, aku akan melakukan pekerjaanmu ini dengan bantuan Allah.”

 

Setelah mendengar ini, mata Nabi Muhammad dipenuhi dengan kebahagiaan. Dan Nabi Muhammad mula memohon kepada Allah, “Tolonglah anakku!”

 

Kemudian aku pergi dari situ dan cahaya Allah menunjukkan jalan ke rumah Nabi Muhammad dan ketika aku sampai di rumah Nabi Muhammad , aku berkata pada diriku sendiri: “Qasim, ini adalah rumahmu sendiri.”

 

Lalu aku melihat ada beberapa orang bersenjata di atas atap rumah dan sedang mengawasi rumah itu sehingga tidak ada yang boleh masuk ke dalam.

 

Tiba-tiba aku melihat cahaya Allah lagi di jari telunjuk kananku. Dan dengan cahaya Allah ini aku menghancurkan mereka. Dan kemudian aku masuk ke rumah dan aku melihat bahawa seluruh rumah telah berubah menjadi gua.

 

Dan aku menjadi sangat sedih kemudian aku mencari orang-orang muslim sambil tertanya, “Di mana mereka semua? Dan bagaimana aku dapat memanggil mereka semua?”

 

Lalu aku berkata “Allahu Akbar, Allahu Akbar”. Dan beberapa muslim mendengar panggilanku dan berkata, "Siapa yang melaungkan suaranya dari rumah Nabi Muhammad ?"

 

Dan mimpi itu berakhir di sana.


 #MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)