MENCARI TAFSIRAN MIMPI (29 SEPTEMBER 2018)


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wrt.

 

Dalam mimpi ini aku sedang duduk di sebuah ruangan dengan beberapa orang lain.

 

Aku menceritakan satu mimpiku kepada mereka dan kemudian aku bertanya kepada mereka tentang takwilannya, akan tetapi mereka tidak dapat memberitahuku tafsir yang tepat dari mimpi tersebut.

 

Dalam mimpi itu, aku meninggalkan rumah sekitar jam sebelas pagi, teriknya sinar matahari sangatlah tinggi tetapi aku harus sampai ke satu tempat dalam keadaan apa pun.

 

Orang Islam juga melihatku dalam perjalanan, hanya saja sangat banyak dari mereka yang mengabaikanku sama sekali dan sangat sedikit sekali orang yang menyertai bersamaku.

 

Dan sehingga petang hari tiba, kemudian petang berlalu dan tibanya malam.

 

Pada malam hari, kami sampai di sebuah rumah dan kemudian setelah malam yang panjang dan gelap, bermula pagi hari.

 

Setelah mendengar mimpi ini mereka mengatakan bahwa apakah yang boleh menjadi maksud dari mimpi ini, mereka memberitahuku tafsiran dari mimpi tersebut tetapi aku tidak berpuas hati dengan takwilannya.

 

Sehingga satu orang menyebutkan mimpiku yang lain dan memberitahuku tafsirnya, tetapi aku mengatakan kepadanya bahwa “Ada banyak mimpi, tetapi kita tidak boleh yakin tentang takwilan mereka.”

 

Kemudian aku pergi dari situ dan aku melihat ada seseorang sedang melukis sesuatu di dinding.

 

Ketika dia melihatku, dia memanggilku untuk datang lebih dekat dan

dia menggambar satu lukisan di dinding untuk menunjukkan tafsir dari mimpi-mimpi tersebut.

 

Dia menjelaskan tafsir mimpiku dan mimpi-mimpi lainnya dengan lukisannya di dinding.

 

Ketika aku melihat lukisannya di dinding, aku berkata pada diriku sendiri bahwa “Lukisannya sangat bagus dan dia telah melakukan suatu pekerjaan yang sangat sukar.”

 

Aku mendengar semua penjelasannya, namun aku masih tidak berpuas hati dan selalu berpikir apa yang boleh menjadi tafsir dari mimpi aku.

 

Aku pergi dari sana selepas bercakap dengan orang itu selama beberapa waktu.

 

Ketika aku kembali ke ruangan tadi, maka orang-orang sedang berbincang sesama mereka bahawa “Apakah yang telah terjadi dengan mimpi-mimpi lain yang telah Qasim kongsikan?

 

Bilakah mimpi-mimpi itu akan menjadi kenyataan?”

 

Orang-orang tersebut cukup khuatir dengan mimpi-mimpi itu.

 

Seseorang mengatakan bahawa, “Kita mesti bertanya kepada orang istimewa dan pakar tentang mimpi-mimpi ini kerana ia mungkin dapat menerangkan tafsiran mimpi ini dan juga beritahu kita bilakah mimpi-mimpi itu akan menjadi kenyataan.”

 

Sejurus selepas aku mendengar tafsiran mereka, kemudian tiba-tiba aku mengetahui tentang tafsir dari mimpi-mimpi tersebut, seolah-olah Allah telah menyinari hatiku dengan tafsiran mimpi itu.

 

Dan aku berkata kepada mereka bahawa, “Dengarlah dariku dengan teliti, aku akan memberitahu anda tentang tafsiran mimpi ini.

 

“Apabila aku keluar rumah pada waktu pagi pukul sebelas pagi, inilah masanya Allah dan Nabi Muhammad menyuruhku untuk berkongsi mimpi-mimpiku.

 

Keamatan teriknya sinar matahari bererti bahwa pekerjaan ini tidak mudah, walaupun orang Islam membaca mimpiku, tetapi kebanyakan mereka tidak percaya pada mimpiku.

 

Aku terus berjalan dan beberapa orang terus menyertaiku, dan dengan pertolongan Allah pada waktu malam, akhirnya kita sampai di rumah dimana kita berada sekarang.

 

Ini bermakna bahawa mimpi-mimpiku yang utama adalah untuk dikongsi, kita juga telah berkongsi segala-galanya dan kita juga telah berkongsi dengan orang-orang besar dan kenamaan.

 

Siang dalam mimpi itu melambangkan saat dimana orang Islam boleh bersatu jika mereka mahu, dan pada masa itu keadaannya tidak terlalu buruk bagi orang Islam.

Cahaya matahari yang kuat bermaksud walaupun dalam keadaan yang susah dan sukar, orang Islam boleh bersatu, bererti mereka boleh merancang sesuai dengan mimpi tersebut.

 

Tetapi kemudian petang hari datang, selepas petang dan akhirnya malam tiba, bermakna bahwa Allah bukan sahaja telah memperingatkan orang Islam tentang apa yang akan berlaku, tetapi jauh sebelum waktunya Allah telah memberi amaran supaya mereka boleh mempersiapkan diri.

 

Tetapi orang Islam telah membuang masa dan tidak melakukan apa-apa pun sehinggalah sekarang waktu malam, bermaksud tiba masanya untuk perpaduan telah hilang dan orang Islam telah terperangkap dari semua arah.

 

Sekarang orang islam tidak akan dapat melihat dan memutuskan jalan mana mereka harus pergi dan bagaimana untuk keluar dari kegelapan ini.

 

Tidak kira apa yang telah berlaku dirancang oleh orang Islam untuk keluar dari kegelapan itu, tidak ada yang akan dapat keluar dari kegelapan itu dan kuasa-kuasa jahat akan membunuh mereka dan mereka tidak akan data berbuat apa-apa dan mereka akan terus dianiaya dan ditindas.

 

Lihatlah dunia di sekeliling anda hari ini, anda akan mendapati bahawa orang Islam semakin banyak tertindas dan mereka akan tinggal di dalamnya kegelapan.

 

Apabila orang Islam ditindas maka selepas itu baru mereka sedar sudah tiba masanya Allah akan memerintahkanku bahawa “Qasim! Pergilah dan ubahlah kegelapan dunia ini menjadi terang dengan izin dan pertolongan-Ku.”

 

Jadi dengan pertolongan Allah, aku akan mengakhiri kegelapan dunia ini dan selepasnya dunia akan menjadi sangat terang-benderang sehingga tidak akan ada cahaya matahari yang panas atau sejuk, bermaksud akan muncul kedamaian dimerata tempat.

 

Ini adalah tafsiran dari mimpiku.” Setelah mendengar tafsiranku, mereka menjadi sangat gembira kerana kami begitu rapat, sedangkan kami berfikir sebaliknya.

 

 #MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)