MENCEGAH DARURAT KETENTERAAN (8 OGOS 2017)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wbt.
Aku melihat mimpi ini pada 8 Ogos 2017. Aku sedang berada di satu
ruangan besar, Ketua Tentera Pakistan dan beberapa orang sedang bercakap di
sebuah meja bulat. Aku berdiri dekat pintu keluar.
Mesyuarat ini dibuat secara mendesak untuk membahas satu isu yang
bahaya, masalahnya ada beberapa orang yang sedang merancang untuk membuat
kekecohan dan mengganggu kestabilan negara.
Orang-orang ini memakai pakaian biasa.
Setelah ketua tentera mendengar rancangan mereka itu, dia menjadi
sangat marah.
Dia berkata, “Jangan lakukan perkara itu! Kalau kalian masih tetap
melakukannya aku akan menetapkan undang-undang di bawah ketenteraan!”
Kemudian orang lain berkata, “kamu tidak mungkin dapat menghalang kami
dan kamu juga tidak dapat buat apa-apa setelah mengambil alih (kerajaan).”
Maka ketua tentera terdiam.
Kemudian dia berkata, “Aku telah beri amaran pada kalian, jangan
lakukan itu.”
Tetapi mereka mengabaikannya dan meneruskan juga membuat rancangan.
Dengan kemarahannya, ketua tentera berjalan ke arah pintu keluar di
mana aku sedang berdiri. Ketika dia semakin dekat dengan pintu keluar, dia menyedari aku ada di situ.
Dia datang kepadaku dan berkata, “Qasim, tolong kami! Hentikanlah
mereka itu, jika tidak, negara kita akan hancur, dan tolong beritahu kepadaku
jika kau sudah selesai.”
Aku berkata, “Baik! Aku akan cuba menghentikan mereka.” Kemudian dia
keluar dari ruangan itu.
Lalu aku berkata, “Kalau seorang ketua tentera pun tak mampu
menghentikan mereka, bagaimana pula aku?”
Tapi kemudian aku meletakkan kepercayaanku kepada Allah ﷻ dan aku menggantungkan urusanku kepada-Nya.
Aku berjalan ke arah meja bulat itu dan melihat mereka telah mula
menjalankan misi mereka.
Untuk seketika aku memerhatikan dulu apa yang sedang mereka lakukan, dan kemudian aku mula berkata
kepada mereka, tapi aku tidak ingat apa yang aku katakan.
Tetapi pada akhirnya, aku dapat menghentikan mereka.
Kemudian aku pergi ke ketua tentera dan memberitahu kepadanya bahawa
aku telah dapat menghentikan mereka.
Maka ketua tentera menjadi gembira dan berkata, “Kau telah membuat
tugasanmu dengan sangat baik.
Sekarang, tetaplah bersama kami sehingga kita dapat membangunkan
semula negara kita, dan kemudian kita akan menjadi sangat kuat dan menyebarkan
kedamaian dan kasih sayang.”
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment