MENDAPAT SEBUAH PEKERJAAN (FEBRUARI 2019)

 

BismillahirRahmanirRahim. Assalamualaikum wbt.

 

Aku melihat diriku berada di dalam rumahku. Aku berkata pada diri sendiri “Aku tidak mempunyai sebarang pekerjaan yang harus dilakukan.

Kehidupan apa ini? Apa tujuannya? Dan kehidupan seperti apa ini?” 

 

Ada sebuah syarikat yang sangat besar sedang mengiklankan jawatan kosong sebagai seorang pengurus. Mereka tidak mengumumkan siapa pun sebagai pengurus selama beberapa tempoh.

 

Mereka ingin melantik seseorang dan mula mengiklankan lebih banyak iklan. Mereka mengiklankan sebuah kaji selidik di TV dan menunggu untuk melihat siapa yang dapat memberikan jawapan terbaik.

 

Aku berkata pada diri sendiri “Kelayakanku tidak terlalu tinggi dan ini adalah syarikat besar. Peluang untuk aku mendapatkan pekerjaan tersebut adalah tipis.” 

 

Soalan kaji selidik itu terdapat di laman web syarikat tersebut dan aku merasa dapat menjawapnya dengan mudah. Aku menulis jawapan-jawapannya, dan sesudah menjawapnya, aku memasukkan jawapan-jawapan tersebut ke dalam sampul surat dan menyerahkan sampul itu ke kaunter pertanyaan syarikat tersebut.

 

Petugas di kaunter pertanyaan itu memberitahu kepadaku bahawa esok akan diadakan sesi temuduga. Orang-orang di situ menjadi hairan bagaimana dia boleh mendapatkan sesi temuduga itu dan aku pun menjadi terkejut “Mengapa mereka menghubungiku (untuk temuduga)?”

 

Aku mempersiapkan pakaianku untuk esok pagi. Aku menggosoknya dan membuat persiapan-persiapan yang lain. Ketika waktu pagi telah tiba, aku meninggalkan rumah.

 

Aku melihat seorang gadis dan aku menyukai gadis itu dan aku ingin menikahinya. Aku mengikuti gadis itu dan kemana pun dia pergi, aku mengikutinya dan mengejarnya hampir sepanjang hari.

 

Kemudian waktu malam tiba dan aku tidak mendapatkan gadis itu juga pekerjaan tersebut dan aku menjadi sedih. Aku berfikir bahawa syarikat yang sedang memerlukan seorang pengurus itu pasti telah melantik seorang pengurus sekarang.

 

Aku harus memeriksa siapa yang telah dipilih, tetapi tidak ada yang muncul. Aku berkata pada diri sendiri bahawa “Jika aku pergi untuk sesi temuduga pada waktu yang tepat, aku mungkin adalah seorang yang beruntung tersebut.”

 

Kemudian aku tertidur, ketika aku bangun di pagi hari aku menjadi gelisah untuk mengetahui siapa yang mendapatkan jawatan itu. Aku pergi keluar untuk melihat siapa yang berjaya mendapatkan pekerjaan tersebut.

 

Aku memeriksa laman web syarikat tersebut tetapi tidak ada apa-apa di situ. Aku pergi ke pejabat itu, tetapi (ketika) aku melihat pakaianku ini tidak rapi dan tidak begitu bersih, aku berkata pada diri sendiri jika aku keluar dalam keadaan seperti ini mereka tentu tidak akan memilihku.

 

Bagaimanapun, aku mandi dan setelah selesai, aku melihat ada pakaian baru yang muncul entah darimana. Dengan pakaian-pakaian baru ini aku dapat pergi ke sesi temuduga. Aku menukar pakaian, bersiap-siap dan bertolak ke pejabat syarikat tersebut.

 

Di kaunter pertanyaan aku melihat seorang wanita sedang duduk di sana sambil mengagihkan sampul surat. Dia berdiri dan mengucapkan salam dan menyapaku dengan hormat dan berkata, “Selamat datang encik.”

 

Seolah-olah mereka sedang menungguku. Banyak orang lain yang mengucapkan salam kepadaku dan mereka semua juga menyambutku.

 

Mereka telah mengatakan kepadaku bahawa mereka akan mengadakan sesi temuduga dan bahawa aku telah terpilih. Aku bertanya “Bagaimana aku boleh dipilih?”

 

Aku ingin berjumpa dengan pemilik syarikat ini untuk mengetahui bagaimana (aku boleh terpilih)? Mereka menunjukkan aku arah ke pejabatnya dan aku menuju ke sana. 

 

Aku sangat terkejut dan kehairanan bagaimana aku terpilih untuk jawatan ini. Aku segera pergi ke ruangan tersebut dan meluru masuk tanpa izin.

Pemilik syarikat sedang duduk di situ, dia berkata, “Kemarilah Qasim, aku sedang menunggumu dan aku memilihmu sebagai pengurus.”

 

Aku berkata, “Saya hanya datang untuk temuduga.” Pimpinan syarikat ini berkata, “Aku ingin melihat siapa yang dapat memberikan jawapan-jawapan terbaik tersebut dan aku telah melihat bahawa tidak ada orang lain yang sudah memberikan jawapan-jawapan yang cukup baik.

 

Kemudian aku tertanya-tanya siapa orang yang memberikan jawapan-jawapan yang begitu baik. Aku tertanya-tanya mengapa dia tidak datang untuk temuduga, dia pasti sedang menghadapi masalah atau sedang ada urusan.”

 

Lalu aku berkata pada diri sendiri, (sebenarnya) aku telah keluar dari rumahku dan aku mengalami masalah di luar. Pemilik syarikat ini berkata

 

“Pergilah ke pejabat kamu, di sana ada sebuah ruangan yang telah disediakan untuk kamu. Kami akan menjelaskan secara ringkas kepada kamu bagaimana cara melaksanakan tugasan ini.” Aku berkata “Aku serba sedikit telah faham tentang apa yang harus dilakukan.” 

 

Aku bertemu dengan beberapa orang, dan mereka memperkenalkan produk syarikat ini kepadaku. Aku bersyukur kepada Allah . Aku melihat pejabat syarikat ini dan pejabat itu adalah sebuah pejabat yang mewah, ada kamera-kamera dan monitor-monitor.

 

Aku melihat ke sebuah monitor dan aku bertanya, “Di manakah keretaku?” Kereta itu adalah kereta berwarna putih dan aku telah melihatnya di paparan tersebut. 

 

Aku terfikir bahawa aku mesti keluar dan bertemu dengan pekerja lain. Aku melihat ke sebuah cermin dan melihat bahawa rambutku sudah lusuh dan kusut dan aku mesti menyikatnya.

 

Aku perlu menambahkan gel untuk membuat diriku kelihatan lebih tampan. Aku mesti bertanya kepada pemilik syarikat ini apakah mereka mempunyai gel rambut agar aku boleh merapikannya. 

 

Aku pergi bertemu dengan pemilik syarikat ini yang sedang berada di ruang legar dan sedang berbicara dengan orang-orang. Aku meminta gel rambut kepadanya agar aku boleh bertemu orang-orang.

 

Pemilik syarikat ini tidak memperhatikan rambutku dan memberi aku gel lama yang agak kering. Aku fikir “Baiklah, aku mesti menggunakan ini,” dan aku meletakkan gel tersebut dan rambutku masih juga tak rapi.

 

Aku berkata pada diri sendiri bahawa pemilik syarikat besar ini sepatutnya memberiku gel yang lebih baik supaya aku boleh bekerja lebih baik. Apa yang akan diperkatakan oleh orang-orang kelak?

 

Tapi dia tidak menyediakannya. Kerana marah aku menjadi kesal dan membersihkan gel ini (dari rambut) dan aku membuang gel tersebut. Aku berkata, “jika pemilik syarikat ini sendiri tidak peduli dengan penampilan pengurusnya, maka biarlah”.

 

Aku pergi dari situ dan mengambil keputusan bahawa aku mesti pergi untuk bertemu orang-orang dalam keadaan begini saja. Ketika aku memikirkan semua itu, tiba-tiba mimpi ini berakhir (kerana terbangun dari tidur). 


#MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)