MIMPI MUHAMMAD QASIM KEPADA IMRAN KHAN (4 NOVEMBER 2019)


BismillahirRahmanirRahim. Assalamualaikum wbt.

 

Muhammad Qasim berkata bahawa aku melihat di dalam mimpi ini, terdapat sebuah bangunan besar dan Imran Khan hadir di dalamnya dan terlibat dalam beberapa kerja penting.

 

Aku juga hadir di tempat ini dan aku terkejut kerana aku datang ke sini dekat dengan Imran Khan.

 

Kemudian aku berfikir ia adalah peluang yang baik untuk memberitahu Imran Khan tentang mimpiku yang telah datang kepadaku tentang dia tetapi aku tidak mendapat peluang sepanjang hari untuk memberitahunya mimpiku dan hari akan menjadi malam.

 

Kemudian aku melihat bahawa ia adalah waktu petang dan dia sedang melancarkan satu program. Kemudian aku berkata bahawa, "dia tidak akan berjaya seperti yang dia mahukan dan dia tidak boleh melakukan apa-apa kerana dia melakukan syirik."

 

Kemudian aku melihat bahawa apa yang dia mahu lakukan tidak benar-benar dilakukan dan selebihnya tidak dilakukan juga. Kemudian dia kelihatan sangat letih dan kecewa dan dia pergi ke biliknya pada waktu malam.

 

Selepas itu aku pergi ke sebuah bilik dan melihat ada seorang lelaki di sana, dan kemudian aku berkata "sudah malam dan Imran Khan telah pergi ke biliknya, sekarang bagaimana aku boleh pergi kepada Imran Khan? Mengapa aku tidak memberitahu mimpiku kepada lelaki ini sahaja dengan suara yang kuat supaya suaraku juga sampai ke Imran Khan."

 

Kemudian aku melakukan perkara yang sama dan aku mula menceritakan semua mimpiku tentang Imran Khan kepada lelaki ini dengan suara yang kuat.

 

Aku ceritakan semua mimpiku tentang kesyirikan Imran Khan dan kegagalannya. Kemudian aku melihat bahawa bunyi itu sampai ke bilik Imran Khan dan dia mendengar semua mimpi.

 

Apabila dia mendengar ini, dia keluar dari bilik dan tertanya-tanya siapakah yang telah bermimpi tentangku dan mimpi itu berakhir di sini.

 

Waalaikumussalam wbt.

 

 #MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)