MIMPI PERTAMA QASIM (1980/1981)

 

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wrt.

 

Aku melihat mimpi ini ketika umurku 4-5 tahun, aku berada di dalam rumahku dan abangku Javed datang dari luar.

 

Dia berkata: “Ada penjual belon! Belilah belon kamu sebelum dia pergi! Kalau tidak, nanti kamu mesti akan menangis.”

 

Maka aku pun mendapatkan wang dari ibu lalu pergi keluar. Aku memesan sebuah belon dan penjual belon itu berkata, “Ok”.

 

Sambil mengisi belon (dengan gas) dia berkata, “Qasim, kamu tahu tak bahawa ada tangga di atas atap rumah kamu yang menuju terus ke langit?”

 

Aku sangat terkejut dan gembira karena aku selalu ingin tahu ke mana belon-belonku terbang di langit.

 

Aku pun berlari ke atas atap rumahku dengan penuh gembira. Aku sampai terlupa membawa belon itu bersamaku.

 

Ketika sampai di atas atap, aku melihat tangga yang sebenar. Mirip seperti tangga Kerajaan Mughal.

 

Anak tangganya dibuat dari batu bata merah yang melingkar naik menuju ke langit. Aku gembira sekali melihat tangga itu. 

 

Aku mula menaiki tangga dan naik sangat tinggi. Ketika aku melihat ke bawah, semua rumah itu terlihat kecil.

 

Melihatkan keadaan itu, aku jadi semakin gembira dan naik lebih tinggi. Aku sampai boleh menyentuh awan dan aku merasa sangat bersemangat.

 

Kemudian tiba-tiba aku terfikir, ibuku mungkin mencariku. Jadi aku memutuskan untuk balik ketika aku penat.

 

Lalu tiba-tiba, aku mendapat perasaan bahawa tangga ini akan menuju terus kepada Allah, Tuhan Semesta Alam.

 

Aku merasakan gelombang perasaan kebahagiaan yang luar biasa mengalir di dalam diriku. Aku berlari menaiki tangga dengan kelajuan penuh dan berharap agar boleh berjumpa Allah .

 

Dan mimpi itu tamat di situ. Jazakallahukhaira.


#MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)