NASIHAT KEPADA IMRAN KHAN (29 JULAI 2020)


BismillahirRahmanirRahim. Assalamualaikum wbt.

 

Di dalam mimpi ini aku melihat diriku duduk di depan pejabat Perdana Menteri, menunggu giliranku untuk masuk ke dalam, untuk bertemu dengan Imran Khan.

 

Ketika giliranku tiba, aku masuk ke dalam. Aku melihat Imran Khan duduk di ruangan.

 

Beberapa menteri dan orang yang bermesyuarat juga duduk di sekelilingnya dan dia berbicara dengan mereka dan bertanya tentang pekerjaan yang dia berikan kepada mereka.

 

Salah satu menteri mengatakan bahwa pekerjaan tidak dapat dilakukan sesuai keinginannya dan juga menyebabkan kerugian jutaan rupees.

 

Kemudian dia berkata, "Jangan risau, ini hanya percubaan, dan aku telah dapat pelajaran untuk aku akan buat lebih baik akan datang."

 

Bila aku mendengar ini, aku masuk ke dalam perbualan dan berkata, "Pakistan ini bukan makmal tempat kamu membuat ujikaji pada strategi kamu.”

 

“Tidak ada apa-apa yang akan berlaku pada kamu, tetapi nyawa dan kehidupan rakyat Pakistan berada dalam risiko."

 

Ketika mendengarkan dariku, Imran Khan melihatku dengan senyuman, perkara tersebut terjadi mungkin kerana aku telah mengatakan apa yang ingin dia sampaikan kepada menteri itu.

 

Kemudian aku berfikir bahwa aku harus mengatakan sesuatu yang akan menarik perhatian Imran Khan kepadaku.

 

Aku berkata, "Wahai PM Imran Khan, terkawalnya virus corona di Pakistan, bukan kerana lockdown kamu yang bijak atau berjayanya polisi kamu dalam mengendali epidemik ini”.

 

“Ini terjadi hanya dengan rahmat Allah dan alasan sebenarnya adalah di Pakistan sedang berada di tengah musim panas dan mengalami suhu yang sangat panas”.

 

“Pertamanya, rakyat Pakistan tidak mampu untuk menggunakan penghawa dingin sepanjang hari kerana tumpahan beban tenaga yang berterusan pada musim panas sepanjang 6 ke 8 jam sehari. Oleh itu, virus ini tidak berada di dalam persekitaran yang sesuai untuk membiak dan tersebar sebagaimana ia tersebar di negara lain.”

 

“Jika kamu bandingkan dengan India, jumlah rakyat yang mempunyai kewangan yang baik melebihi jumlah keseluruhan penduduk Pakistan. Lihat bandar-bandar besar di sana, juga infrastruktur, pasaraya, dan pejabat-pejabat mereka”.

 

“Mereka tidak mempunyai kekerapan tumpahan beban tenaga elektrik seperti kita. Jadi virus ini ada suasana yang lebih sejuk dan sesuai untuk membiak dan menyebar.”

 

“Jika kamu melakukan survey di India, kamu akan dapati coronavirus tidak terlalu membiak di kawasan rakyat miskin atau di mana penggunaan penghawa dingin adalah sedikit dibandingkan dengan bandar-bandar besar”.

 

“Inilah sebabnya kenapa India mempunyai lebih banyak kes coronavirus. Dan Pakistan telah terlindung dari perkara ini kerana cuaca yang sangat panas, tumpahan beban tenaga elektrik, dan banyak hujan, semua ini dengan rahmat Allah. Kamu tidak patut mengambil kredit dari pencapaian ini.”

 

Dan apabila tibanya September, dan bermulanya musim sejuk, risiko coronavirus tersebar di Pakistan akan sangat meningkat. Seperti mana kamu dapat melihat negara-negara miskin yang kurang infrastruktur dan fasiliti tidak ada berlaku peningkatan kes coronavirus secara drastik.”

 

“Lihatlah Afrika, negara-negara miskin di sana tidak ada kes penyebaran yang ketara, tetapi Afrika Selatan, ada jumlah kes penyebaran yang tinggi”.

 

Mendengarkan semua ini Imran Khan melihatku, dia teruja kerana aku telah membentangkan hujah yang masuk akal. Kemudiam aku keluar dari pejabat dan pergi ke tempat lain, dan PM Imran Khan mengikutiku.

 

Aku memberitahu Imran Khan bahawa, "Kamu tidak menjalankan pemerintahan di Pakistan dengan benar”.

 

“Fokus awal kamu untuk menyelesaikan jumlah defisit menyebabkan peningkatan pada cukai sehingga menyebabkan kenaikan inflasi yang sangat tinggi pada harga barang”.

 

“Ramai rakyat kehilangan kerja disebabkan ini, orang miskin menjadi lebih miskin sehingga tidak mampu untuk mendapatkan keperluan asasi mereka”. 

 

“Kamu sepatutnya fokus kepada memberikan bantuan kepada orang-orang miskin, walaupun kamu terpaksa mengambil hutang untuk ini.”

 

“Kamu sepatutnya memperkenalkan subsidi untuk orang-orang miskin, dan membuka peluang peluang pekerjaan dan pendidikan untuk mereka”.

 

“Juga kamu sepatutnya mereformasi institusi kerajaan untuk membanteras korupsi dalaman yang masih wujud sehingga hari ini,  kamu akan melihat mereka akan berkerja dengan lebih baik.”

 

“Pakistan akan berkembang maju dengan cara ini dan jumlah defisit akan dapat diselesaikan dengan sendirinya. Kamu telah kehilangan semua peluang ini."

 

Pada ketika ini, aku mula mendengar buah fikiran dan perasaan Imran Khan, dan aku mendengar bahawa beliau mengiktiraf bahawa aku telah memberikan hujah yang cerdas dan masuk akal.”

 

Beliau berkata, “Walaupun menteri-menterinya, tidak ada yang mampu berfikir seperti ini”. Kemudian aku melihat Imran Khan melihat ke arah lain dengan penyesalan dan berfikir, Mengapa dia tidak bertemu denganku lebih awal.

 

Waalaikumussalam wbt.

 

 #MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

 

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)