NAWAZ SYARIF KEMBALI KE PAKISTAN (7 MEI 2021)

 


BismillahirRahmanirRahim. Assalamualaikum wbt.


Di dalam mimpi ini, aku melihat bahawa selepas satu peristiwa besar berlaku, semua parti politik, kecuali 1 parti, gembira dan bersuka ria.


Selepas itu, aku melihat Nawaz Syarif balik ke Pakistan di bawah protokol yang berat. Kali ini Nawaz Sharif juga kelihatan lebih kuat dan gagah dan semua pengikutnya mengiringinya, dan Maryam Nawaz juga berada di hadapan mereka.


Semua orang kelihatan sangat gembira kerana penyataan mereka hari ini menjadi benar. Dan sebab kenapa mereka begitu gembira adalah kerana Kerajaan telah mencuba semua helah terhadap mereka, tetapi akhirnya hanya Nawaz Sharif yang telah berjaya.


Aku juga mendapati diriku berjalan berhampiran Maryam Nawaz dan aku juga gembira kerana mimpiku telah menjadi kenyataan.


Kemudian aku mendekati Maryam Nawaz, dan aku berkata kepadanya, Apa sahaja peristiwa yang telah aku kongsikan tentang mimpi-mimpiku, realitinya berlaku sama seperti itu.


Jadi dia memberiku tindak balas yang positif dengan berkata, “Ya, kamu bercakap benar.


Apa yang aku maksudkan dalam mimpiku ini ialah jika mimpi-mimpiku tentang Imran Khan dan situasi masa lalu Pakistan telah menjadi kenyataan, maka mimpi-mimpiku yang lain tentang masa depan juga akan menjadi kenyataan. 


Mimpi berakhir. Wassalamualaikum wbt.

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)