NEGERI KEDAMAIAN (2015)
Bismillahirrahmanirrahim Assalamu’alaikum.
Pada tahun 2015 Muhammad Qasim melihat sebuah
mimpi. Dalam mimpi ini ada kegelapan dan kehancuran di mana-mana. Seolah-olah
sebuah negara jahat telah menjatuhkan bom nuklear.
Aku (Qasim) dan beberapa orang lain ingin lari
dari sana. Aku ada beberapa jenis jentera terbang. Dan ada bahan bakar di
dalamnya, semua orang masuk tapi aku masih di luar, kerana bahan bakarnya tidak
mahu terpicu. Aku fikir mungkin jenteranya tidak berfungsi.
Aku melakukan sesuatu dan percikan api muncul
tapi sangat kecil. Selepas sekitar 5 atau 6 percikan api, jentera itu akhirnya
menyala. Aku merasa tidak sihat kerana kesan radiasi bom nuklear. Aku hampir
tidak boleh bernafas dan sangat susah untuk aku berada di luar.
Kemudian aku bergabung dengan yang lain dan
jentera mula terbang. Tapi ia tidak terbang dengan betul, dan pada satu ketika
jentera itu hampir saja jatuh.
Tapi Allah ﷻ
menyelamatkannya di saat-saat terakhir. Kemudian jentera itu mula terbang
dengan betul dan terbang dengan kelajuan penuh. Dan kemudian kami keluar dari
kegelapan itu. Sehingga kami akhirnya melihat matahari terbit.
Beberapa orang di permukaan bumi melihat jentera
terbang kami dan berkata: “Lihat, kemana
orang-orang itu pergi?!” Salah satu dari mereka berkata bahwa mereka pasti akan
menuju ke tempat yang damai.
Kemudian mereka semua memanggil dengan berkata,
“Bawalah kami bersamamu! Kami juga ingin keluar dari kegelapan ini dan pergi ke
tanah yang penuh kedamaian!”
Tapi jentera kami terbang dengan kelajuan penuh
dan ia tidak berhenti untuk siapa pun. Yang ada hanya orang-orang yang telah
duduk di dalam ketika jentera itu hendak terbang. Selebihnya perlu berjalan
atau berlari mengejar kami dengan cara apapun untuk sampai ke tanah yang penuh
kedamaian itu.
Kemudian aku merasa perasaan yg kuat bahawa
rahmat Allah ﷻ turun ke bumi dan meliputi
jentera kami. Ini membuatkan jentera kami terbang jauh lebih tinggi dan lebih
cepat. Allah ﷻ melindungi jentera kami
sehingga kami terbang maju dengan kelajuan penuh. Dan orang-orang mengejar kami
dan mimpi itu berakhir di sana.
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment