ORANG-ORANG PILIHAN ALLAH ﷻ
Bismillahirrahmanirrahim Assalamu’alaikum wrt.
Aku berjalan di satu tempat dan aku mengetahui
bahawa tujuanku adalah zaman kedamaian.
Seseorang bertemu denganku dan kami menuju ke
arah yang sama walaupun dia mengikuti jalan yang salah.
Aku tidak berkata apa-apa pun kepadanya atau
memaksanya tetapi aku mengisyaratkan bahawa dia pergi ke arah yang salah.
Dia menyedari itu tepat pada waktunya dan kembali
menuju ke arah yang benar.
Dia bekerja dengan penuh semangat. Dia
mengumpulkan beberapa orang pada
satu tempat, mereka menungguku.
Mereka mengetahui namaku dan ke mana aku akan
pergi, perkara ini membuat aku terkejut, “adakah aku telah bertemu dengan
mereka sebelum ini?”
Allah ﷻ
memberitahuku, “ini semua adalah kerana kamu menyebarkan semua mimpi asasmu.
Itu sebabnya mereka mengenalimu.”
Mereka adalah orang-orang yang mengkagumkan,
sangat peramah dan baik hati.
Mereka bertanya kepadaku, “Qasim, engkau ingin
menuju ke mana?”
Ketika mereka mengetahui aku mengarah ke jalan
menuju Negeri Kedamaian, mereka mula mengikutku dan bahkan berjalan lebih
cepat.
Kemudian Allah memberi kami kereta-kereta dan
kami bergerak lebih cepat lagi.
Pada satu masa, lelaki itu mengumpulkan lebih ramai
orang sehingga seluruh dunia melihat usaha kami. Mimpi itu berakhir di sini.
#MimpiBenar
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment