PELETAKAN JAWATAN IMRAN KHAN (7 NOVEMBER 2019)
BismillahirRahmanirRahim. Assalamualaikum wbt.
Muhammad
Qasim berkata bahawa di dalam mimpi ini, aku berada di atas bumbung rumahku dan
sudah waktu petang. Pesawat terbang di langit.
Tiba-tiba
aku melihat sebuah kapal terbang besar melalui bumi Pakistan. Dan sebuah
pesawat kecil sedang terbang di bawahnya.
Kemudian
aku menyedari bahawa ada beberapa penggodam yang cuba memusnahkan sistem pesawat
ini dan mereka meletupkan pesawat itu.
Terdapat
letupan kuat di dalam pesawat itu dan pesawat kecil di bawahnya cuba
menyelamatkan dirinya dan aku berkata "bagaimana pesawat kecil ini boleh
terlepas, tetapi ia dapat menyelamatkan dirinya sendiri."
Dan
sebaik sahaja pesawat besar itu terhempas di atas tanah, orang ramai mula
menjerit bahawa "ia telah terhempas di bumi Pakistan, jadi tanggungjawab
itu diserahkan kepada kerajaan Imran Khan kerana ia berlaku di hadapan Imran
Khan."
Kemudian,
aku melihat bahawa Imran Khan muncul di TV dan bersetuju dengan ini dan berkata
"kerana letupan ini berlaku semasa aku berada di sana jadi aku meletakkan
jawatan" dan kemudian penyokong Imran Khan kecewa dan berlaku keadaan
huru-hara di dalam negara.
Waalaikumussalam wbt.
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment