PENGKHIANATAN IMRAN KHAN (06 JUN 2021)


BismillahirRahmanirRahim. Assalamualaikum wbt.

 

Di awal mimpi ini aku melihat Imran Khan sedang menghebahkan dan berbicara tentang prestasi & kejayaan beliau. 

 

Beliau mengatakan, bahawa kepimpinan beliau adalah lebih baik jika dibandingkan dengan era kepemimpinan sebelumnya dan Pakistan kini telah pesat berkembang. Disana terdapat orang-orang yang bertepuk tangan kepada Imran Khan. 

 

Setelah menyaksikan peristiwa ini aku berkata, “Tetapi kenyataannya tidaklah sama sebagaimana apa yang Imran Khan katakan, bilangan-bilangan ini adalah mengelirukan dan palsu. Oleh karena keadaan sebenar di lapangan adalah berbeza bagi rakyat pada umumnya.” 

 

Dan aku pula berkata bahawa, “Imran Khan mesti menumpukan perhatiannya kepada Afghanistan sekarang juga.” 

 

Kemudian aku melihat bahawa mimpi-mimpiku sedang tersebar di negara lain. Pada masa yang sama, satu golongan dari sekelompok orang di Afghanistan telah menjadi semakin kuat. 

 

Orang-orang tersebut mengetahui bahawa dalam diam Pakistan telah memberikan pangkalan-pangkalannya kepada Amerika Syarikat, justeru membuka ruang kepada pemerintah Amerika untuk memantau pergerakan mereka. 

 

Setelah mengetahui rahsia tersebut, golongan-golongan dari sekumpulan orang Afghanistan ini mula mengancam Pakistan. Lantas, mereka meningkatkan aktiviti teroris mereka di Pakistan.

 

 Aku teringat bahawa di dalam mimpiku, telah terjadi satu letupan dan golongan-golongan dari sekumpulan orang tadi menjadi semakin agresif. 

 

Seluruh Pakistan bertindakbalas terhadap kejadian ini dan orang-orang mula mengkritik pemerintah kerana secara diam-diam telah membukakan pangkalan-pangkalannya kepada Amerika.

 

Imran Khan menjadi bimbang terhadap reaksi dari orang awam/rakyat. Kemudian dia berkata, “Peristiwa teroris-teroris ini telah dibanteras dengan baik di Pakistan, dan sekarang orang-orang akan menyalahkanku atas apa yang sedang terjadi hari ini. 

 

Dan rahsia perjanjian sulit Pakistan dengan Amerika juga telah terdedah kepada rakyat. Dan semua ini akan menjadi tanggung jawab aku sekarang.”

 

 #MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

 

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)