PENJELASAN TENTANG MIMPI QASIM


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum.

 

Qasim berkata: “Semua mimpiku sangat jelas. Seolah-olah ia benar-benar berlaku di dalam kehidupan sebenar. Tapi kemudian aku terbangun dan menyedari bahawa itu semua hanyalah mimpi indah.

 

Bila saja aku mendapat mimpi bersama Allah dan Nabi Muhammad , maka aku berharap dapat melihat mimpi seperti itu sepanjang waktu.”

 

“Warna-warna yang pernah aku lihat di dalam mimpi belum pernah aku lihat dalam kehidupan nyata. Aku memberi markah 10/10 (kerana cantiknya).

 

Dan syaitan tidak akan dapat meniru Keagungan dan Kebesaran Allah dan juga rupa bentuk Nabi Muhammad .”

"Allah Yang Maha Berkuasa selalu muncul di dalam mimpiku. Aku tidak pernah melihat Allah dengan mataku di dalam mimpiku. Aku hanya merasakan bahawa Allah ada di Arsyil Adzim (Singgahsana Tertinggi).

 

Dan aku mendengar suara-Nya dari balik tabir. Suara itu kadang turun dari langit atau aku akan melihat cahaya yang luar biasa terang.”

 

“Dan terkadang suara yang luar biasa akan datang dari cahaya yang luar biasa. Setiap kali aku melihat cahaya Allah, mata aku menjadi terpaku. Tidak mungkin untuk menggambarkannya.

 

Aku tidak bermaksud mengatakan bahawa cahaya ini adalah Allah, tetapi cahaya Allah itu adalah versi cahaya megah yang diciptakan Allah .”

 

“Allah jauh mengatasi segala-galanya untuk digambarkan sebagai cahaya. Dan Dia adalah pencipta cahaya.

 

Bahkan suara Allah juga sangat luar biasa. Suara Allah penuh dengan begitu banyak kasih akung dan kemurnian yang jauh mengatasi ungkapan kata-kata.

 

Dan suara Allah di dalam mimpiku jauh mengatasi kejadian manusia. Dan suaraNya tidak memiliki sebarang kelemahan atau pun kehabisan nafas ketika berbicara.”

 

 

“Di dalam setiap mimpi, aku merasa bahawa Allah lebih dekat dengan aku daripada bahagian depan otak aku dan pembuluh darah leherku. Allah tidak pernah berbicara kepadaku dengan keras.

 

Dia juga tidak pernah meninggikan suara-Nya dengan kemarahan atau berbicara kepada aku dengan cara yang kasar. Allah selalu berbicara kepadaku dengan sangat lembut dan damai. Walaupun aku banyak membuat dosa setiap hari...”

 

“Allah dan Muhammad tidak pernah memaksaku untuk mengikuti ajaran mereka. Dan itulah sebab aku mencintai Allah dan Muhammad lebih dari segala-galanya.

 

Allah dan Muhammad berbicara dengan aku dalam bahasa Urdu. Dan itu adalah bahasa utamaku.”

 

“Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah nabi dan utusan terakhir-Nya. Dan bahawa aku hanyalah umatnya Nabi Muhammad . Dan aku bersaksi bahawa laknat Allah atas para pembohong.”


 #MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)