PERINGATAN GEMPA BUMI (9 OKTOBER 2017)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum.
Aku melihat mimpi ini pada 9 Oktober 2017. Dalam mimpi ini aku sedang
menyebarkan mimpiku kepada orang-orang bahawa ada gempa bumi akan berlaku dan
bangunan-bangunan kita yang rapuh akan hancur dan perkara ini akan
mengakibatkan masalah yang sangat besar untuk kita. Tetapi orang-orang berkata,
"Itu hanyalah mimpi".
Aku berkata kepada mereka bahawa bangunan-bangunan perniagaan kita
rosak teruk dan di dalamnya ada retakan yang sangat besar. Tetapi mereka
berkata, “kita telah mampu bertahan dari banyak gempa bumi, dan sampai sekarang
kita masih ada di sini dan tidak banyak perkara yang telah berlaku.”
Aku berkata, “Ya, tapi bangunan-bangunan kita tidak akan mampu
bertahan untuk gempa-gempa yang seterusnya dan bangunan-bangunan kita akan
runtuh.”
Kemudian aku melihat diriku masuk ke dalam sebuah bangunan yang
benar-benar rosak teruk dengan retakan yang sangat besar. Dalam bangunan ini,
aku dan keluargaku melakukan perniagaan.
Aku berkata kepada keluargaku bahawa jika ada gempa bumi, kita mesti
keluar cepat dari bangunan ini kerana ia akan runtuh. tetapi mereka tetap
melakukan pekerjaan mereka dan untuk beberapa ketika, tidak ada apa-apa
yang berlaku. Aku pun berfikir mungkin
gempa itu tidak akan datang, maka aku mula melakukan pekerjaanku.
Tetapi tiba-tiba aku merasakan bumi bergetar sedikit kemudian aku
melihat sekeliling, dan aku nampak kipas dan benda-benda lain pun bergetar. Aku
berkata kepada diriku"Gempa itu telah datang dan kita mesti cepat keluar
dari bangunan ini.
Aku menjerit sekuat-kuatnya, “Ada gempa! Tinggalkan bangunan ini
cepat!” Kemudian aku mula berlari turun tangga dengan sangat cepat. Pada waktu
itu, gempa bumi kuat berlaku dan bangunan mula bergegar dengan kuat.
Aku keluar dari bangunan. Di
sebelah kiriku aku melihat bangunan rosak yang lain mula runtuh. Aku berkata,
“Oh tidak, ini akan menjadi kerugian yang sangat besar untuk kita, kerana
bangunan itu sangat besar!”
Beberapa anggota keluargaku juga telah keluar dan aku katakan kepada
mereka untuk berlari kerana apabila bangunan ini runtuh, sebahagiannya akan
hancur dan ia akan menyebabkan debu yang sangat banyak. Aku mula berlari ke
arah yang berlawanan, dan aku melihat bangunan-bangunan lain mula jatuh, dan
aku melihat semua orang bertempiaran kesana-kemari dengan panik.
Aku terus berlari sehingga sampai ke rumahku, dan aku melihat hampir
semua bangunan perniagaan runtuh. Aku berkata, “kerosakan ini sangat berat dan
ia tidak dapat diperbaiki lagi.”
Aku melihat rumahku tidak ada rosak sedikit pun kerana rumah-rumah
kami sangat kuat, mereka dapat bertahan dari gempa-gempa yang berat, tidak
seperti bangunan-bangunan perniagaan kami yang lemah.
Ketika aku sampai di rumah, anggota keluarga yang sama memasuki rumah
dan seseorang bertanya kepadaku, “apa yang berlaku?” Aku berkata bahawa semua
rumah dan bangunan perniagaan telah hancur.
Orang ramai berlari dalam ketakutan dan debu tersebar dimana-mana
kerana bangunan-bangunan tersebut runtuh. Yang lain berkata, “apa yang boleh
kita buat sekarang? Bagaimana kita boleh memperbaikinya?”
Aku berkata, “bukankah aku sudah ingatkan kepada kamu sebelum ini,
bahawa ini akan berlaku tapi tidak ada satu pun yang mendengar. Untuk sekarang,
aku tidak tahu apa yang boleh kita buat untuk memperbaikinya.
Sekurang-kurangnya, banyak rumah-rumah kita tetap selamat.”
Kemudian kami pergi ke tempat yang lebih selamat, semua orang merasa
sangat bimbang dan sedih. Ketika orang-orang melihat bangunan-bangunan yang
hancur, mereka berkata antara satu sama lain, “kemana perginya waktu ketika
bangunan-bangunan ini masih berdiri dan kita semua bahagia? Sekarang semuanya
telah hancur.”
Salah satu dari mereka bertanya kepadaku, “Qasim, apa yang akan
berlaku pada kita? Tolong lakukan sesuatu untuk memperbaiki ini semua.”
Aku menjadi sedih memikirkan bahawa aku tidak dapat melakukan apa-apa
pun dalam keadaan ini. “Tidak ada seorang pun yang boleh. Hanya Allah ﷻ satu-satunya yang dapat menolong kita.”
(Muhammad Qasim telah mentafsir mimpi ini sendiri sebagai bencana
wabak Coronavirus, setelah berlakunya bencana ini -penterjemah)
#MimpiBenar
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment