PERINTAH UNTUK MEMBAHAGIKAN MAKANAN
Bismillahirrahmanirrahim Assalamu’alaikum.
Ini adalah salah satu mimpi ringkas Qasim. Aku
(Qasim) melihat (di dalam mimpi ilahiku) bagaimana kelak aku akan
membahagi-bahagikan makanan kepada orang lain.
Kemudian aku selesai membahagi-bahagikan makanan
kepada semua orang dan mereka memiliki makanan yang cukup untuk mengisi perut
mereka.
Ketika aku memeriksa berapa banyak lagi makanan
yang tinggal, ternyata jumlahnya masih banyak.
Kemudian Muhammad ﷺ mengatakan kepadaku, “Qasim, bahagikanlah lebih banyak
makanan.”
Aku melihat ke sekeliling dan semua orang
nampaknya telah puas dan kenyang.
Lalu aku mula membahagikan lebih banyak makanan
dan orang-orang melihatku dalam keadaan terkejut.
Mereka berkata padaku, “Qasim, kami sudah kenyang
dan perut kami sudah penuh.”
Aku terus membahagikan makanan dan melihat masih
banyak lagi makanan yang tinggal.
Kemudian aku berfikir, “Adakah aku patut
menyimpannya untuk diriku sendiri atau tidak?”
Kemudian aku memikirkan perkara yang membuatku
merasa tidak sedap.
Aku berfikir, bagaimana jika Muhammad ﷺ muncul di dalam mimpi orang lain dan berkata padanya, “Pergilah
kamu berjumpa Qasim dan katakan padanya bahawa Muhammad ﷺ berkata agar dia membahagikan lebih banyak makanan”?
Aku tidak pernah menginginkan perkara itu
terjadi. Aku tidak ingin Muhammad ﷺ mula menyampaikan pesanan kepada orang lain (melalui mimpi) hanya
kerana untuk meyakinkanku.
Itu akan membuatku merasa sangat teruk, jadi aku
mula membahagi-bahagikan lebih banyak makanan sampai akhirnya orang-orang
menolak.
Dan mimpi itu berakhir di sana.
#MimpiBenar
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment