PERJALANAN DEMI PERJALANAN (07 APRIL 2021)
BismillahirRahmanirRahim.
Assalamualaikum wbt.
Di dalam
mimpi ini aku melihat diriku berada di satu kawasan yang sangat gersang,
seperti gurun, di mana jarang adanya apa-apa tumbuh-tumbuhan.
Tempat
tersebut nampaknya bukan seperti tempat di Pakistan, tetapi lebih kelihatan
seperti di Timur Tengah.
Aku
mengingatnya kerana telah melihat keadaan yang serupa pada mimpi yang lain di
mana aku telah bertemu Khatamun Nabiyyin Nabi Muhammad ﷺ.
Melalui
mimpi ini, aku melihat taman-taman kecil di suatu tanah yang kering di mana di
dalamnya ada pepohonan yang tinggi seperti pohon-pohon kurma.
Taman-taman
kecil ini dipisahkan oleh dataran. Aku berada di salah satu taman dari
taman-taman tersebut bersama dengan para pembantuku.
Kami
sedang menuju ke satu tempat, tapi tidak ada seorang pun di antara kami yang
yakin ke manakah arah tuju kami, atau seberapa jauhkah kami perlu berjalan,
atau seberapa lama perjalanan ini akan memakan masa.
Aku
mendapat satu perasaan bahawa kami harus melakukan tugas ini dan kami melakukannya
demi Allah ﷻ dan Nabi Muhammad ﷺ.
Lantas
kami segera tiba di hujung taman tersebut, di mana kami berjalan di dalamnya.
Aku melihat bahawa di sana ada taman lain di hadapan, selepas dipisahkan oleh
sebahagian kecil tanah kering.
Ketika
kami mendekati pinggiran taman pertama, aku melihat Nabi Muhammad ﷺ datang menuju kami dari taman yang lain.
Setelah
aku melihat Nabi Muhammad ﷺ,
aku terkejut dan berkata kepada diriku sendiri bahawa aku berfikir kami masih
mempunyai banyak masa, dan masih jauh perjalanan yang harus ditempuh, tetapi
nampaknya kami semakin dekat!
Aku juga
menyedari bahawa Nabi Muhammad ﷺ
dan para sahabatnya sedang menunggu kami di hujung taman berikutnya.
Aku
melihat Nabi Muhammad ﷺ
begitu khuatir terhadap kami dan berjalan ke arahku dengan cemas. Nabi Muhammad
ﷺ bertanya kepadaku bahawa, "Qasim! Aku tidak sabar menanti
kehadiranmu. Bilakah kau akan sampai kepada kami?"
Aku
berkata kepada baginda ﷺ
bahawa “Tugasan seterusnya yang kami lakukan, kami akan sampai selepas tugasan
ini selesai. Jika tidak, selepas tugasan berikutnya ini, maka pasti selepas
tugasan kedua yang kami lakukan (setelah tugasan berikutnya ini) kami akan
sampai kepada kamu."
Nabi
Muhammad ﷺ berkata kepadaku bahawa,
“Selepas kamu bertemu dengan kami (di taman berikutnya), hanya engkau seorang
sahaja yang dapat melepasi titik itu dengan rahmat Allah ﷻ."
Kemudian
aku menyaksikan sebuah gambaran dari pergunungan selepas taman berikutnya, di
mana orang-orang kafir telah mengerahkan bala tentera mereka.
Aku merasa
bahawa kami harus meninggalkan kawasan itu, dan kami mesti mencari jalan
keluar. Tetapi orang-orang kafir itu memantau kawasan itu untuk memastikan
tidak ada sesiapa yang melepasinya. Nabi Muhammad ﷺ berkata kepadaku bahawa, "Kamu mesti maju ke depan dan
dengan rahmat dan pertolongan Allah ﷻ,
kamu akan bertemu jalannya."
Kemudian
aku melihat adegan-adegan dimana diriku berjalan menuju pegunungan, dan dengan
rahmat Allah ﷻ,
sebuah jalan seperti sebuah terowong terbuka melalui pergunungan.
Aku
merasa jalan ini diciptakan oleh Allah ﷻ,
ianya seperti satu mukjizat.
Selepas
melihat semua ini, aku menyebutkan lagi kepada Nabi Muhammad ﷺ, bahawa, "Tugasan seterusnya yang kami lakukan, atau
tugasan kedua selepas itu, engkau ﷺ
akan dapat melihat kami mendatangimu."
Kemudian
aku melihat wajah Nabi Muhammad ﷺ
menjadi cerah kerana bahagia dan baginda ﷺ
menjadi sangat gembira mengetahui perkara ini.
Kemudian
Nabi Muhammad ﷺ
menjawabku dengan bersabda: "In Sya Allah! Allah akan membantumu! (Qasim
& para pendukungnya)."
Mimpi
berakhir disana.
#MimpiBenar
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment