PESAN DARI NABI MUHAMMAD ﷺ UNTUK UMATNYA (2 APRIL 2016)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wrt.
Pada bulan April 2016, Muhammad Qasim melihat
sebuah mimpi. Dalam mimpi ini Nabi Muhammad ﷺ
berbicara denganku melalui sebuah alat yang serupa dengan telefon. Dari
suaranya terdengar beliau sudah sangat penat dan letih.
Beliau berkata, “Qasim, aku telah membuat
panggilan kepada banyak orang tapi tidak ada yang mempeduliku. Sekarang aku
sangat letih dan aku tidak ada kekuatan lagi.”
Aku berkata, “katakan apa yang patut aku lakukan,
aku bersedia untuk apa sahaja”. Beliau
berkata, “Qasim, aku mahu berjumpa denganmu. Ada satu pekerjaan yang sangat
penting. Bolehkah kamu datang ke tempatku?”
Aku berkata, “Aku perlu membuat pasport dan
mendapatkan visa terlebih dahulu.” Dia berkata, “Baik, tapi tolong siapkan itu
dengan cepat.”
Aku pun pergi ke satu ejen perlancongan dan
mereka berkata bahawa itu akan mengambil masa sehingga tiga ke empat bulan.
Aku membuat panggilan semula kepada Nabi Muhammad
ﷺ dan berkata kepadanya tentang waktunya.
Beliau menjadi sedih dan berkata, “Kamu tunggulah
di sana.Biar aku yang pergi kepadamu.”
Aku berkata dengan tegas “Kalau tuan boleh
tunggu, biarlah aku datang sendiri. Tuan sudah sangat tua dan penat.
Dan tuan tidak sepatutnya buat perjalanan sejauh
ini.” Beliau berkata, “Tidak anakku, pekerjaan ini sangat penting dan tidak
boleh ditunda.”
Aku pun berkata, “Semoga Allah ﷻ memudahkan (perjalanan) tuan.”
Kemudian aku berdoa kepada Allah ﷻ untuk memudahkan perjalanan orang yang aku cintai ﷺ itu. Lalu aku pergi ke lapangan terbang dan menunggunya.
Apabila beliau ﷺ sampai
aku menjadi sangat bahagia dan berlari ke arahnya. Beliau juga menjadi bahagia.
Dan aku berkata, “Allah ﷻ telah membawa tuan ke sini dengan selamat” Beliau setuju dan
berkata, “Allah ﷻ sangat penyayang.”
Aku membawanya pulang dengan keretaku. Rumahku
disewa dan letriknya hampir dipotong. Beliau masuk, duduk dan berkata, “tidak
ada yang mempedulikan aku.
Jika Islamku tetap berada dalam keadaan yang
sama, aku takut ia akan musnah. Semua orang sibuk dengan pekerjaan mereka
sendiri dan tidak ada yang mengkhawatirkanku atau Islamku.”
“Aku mahu kamu berkongsi mimpi yang telah Allah ﷻ tunjukkan kepadamu.
Dan menyebarkan pesananku kepada orang ramai. Aku
membawa sebuah alat supaya kamu boleh berkongsi mimpi dan pesananku.
Dan juga beritahu kepada orang islam bahawa aku
berkata ini,
"Jangan pedulikan bagaimana pun Qasim ini,
dia adalah sebahagian dari umatku dan aku tidak membezakan sesiapa pun dari
umatku. Dan janganlah (kalian) masuk ke dalam kumpulan yang berkata bahawa
Islam tidak akan bangkit dari Pakistan. Sebelum hari kiamat, Islam pasti akan
bangkit dari satu tempat terlebih dahulu. Tidak pedulilah dari mana.’”
“Yang penting adalah umat Islam akan bersatu
lagi. Mereka akan mendapatkan kembali kedudukan mereka yang telah hilang dan
Islam akan dipandang di dunia dengan terhormat. Bukankah itu sepatutnya yang
lebih kita pedulikan? Jadi apa yang masalahnya dengan itu?”
Aku menjawab bahawa tidak peduli betapa susahnya
atau bahayanya pekerjaan ini aku akan melakukannya dengan rahmat Allah ﷻ.
Mendengarkan ini, Terpancar kegembiraan yang amat
sangat dari mata Muhammad ﷺ yang
basah. Beliau memelukku dan berkata, “Aku percaya kepada Allah ﷻ bahawa kamu tidak akan menolaknya.”
Beliau menarik nafas panjang dan bersyukur kepada
Allah. Lalu beliau berkata, “Qasim, ada peta di dalam kotak ini. Di tanah
itulah kamu akan membangun kota Islam yang sebenarnya dengan rahmat Allah.
Setelah itu aku akan memanggil kamu untuk datang
kepadaku dan kemudian memberitahumu apa yang mesti dilakukan seterusnya.”
Aku berkata kepadanya, “Jangan bimbang! Sekarang tuan berehatlah.
Pekerjaan ini milikku sekarang dan aku akan melakukannya
dengan rahmat Allah. InsyaAllah.”
Kemudian dia mula berdoa kepada Allah ﷻ meminta kejayaan dan pertolongan untukku. Dan aku fikir hanya
Allah ﷻ sahaja yang dapat menolongku sekarang.
Tidak mungkin ini dilakukan tanpa pertolongan
Allah. Jadi, aku berkata Bismillah dan mulai melakukan pekerjaanku.
Aku membuka kotak itu. Dan (di dalamnya) ada
sebuah alat sejenis tablet, peta, dan sebuah pesanan dari Muhammad ﷺ dan ada juga mimpiku untuk dikongsi kepada orang ramai.
Aku pergi menemui orang-orang besar muslim dengan
pesanan ini dan mereka mentertawakan aku.
Mereka berkata, “Qasim, pergilah! Lakukan benda
yang lain dan jangan buang masa kami!”
Ini membuatkan aku tertekan tapi aku berkata,
"Tidak, aku sudah berjanji kepada Muhammad ﷺ bahawa aku akan melakukan pekerjaan ini.”
Lalu aku buka peta untuk melihat Khurasan dan
gambar tanah di sebelah timur Khurasan yang mirip dengan Pakistan.
Lalu ada sebuah catatan yang bertulis “Sebelum
hari kiamat kamu akan melihat Islam yang sebenarnya tersebar dari satu tempat
di dekat Khurasan.
Maka bergabunglah dengannya walaupun kamu
terpaksa merangkak dengan kaki ayam di atas gunung untuk sampai ke sana.”
Kemudian aku mendapat pesanan dari seseorang yang
berkata kepadaku secara terperinci tapi dia tidak dapat memahamiku dengan
jelas.
Aku katakan kepadanya untuk datang ke rumahku,
aku akan menunjukkan sebuah peta.
Dia datang dan dia berkata, “Ya, aku telah
membaca hadits Muhammad ﷺ bahawa itu bukan tanah
Khurasan tapi itu tanah sebelum Khurasan.
Dan jika itu benar maka pasukan panji hitam
adalah pasukan tentera Pakistan.”
Kemudian aku berkata, “Ya, tentera Pakistan
adalah tentera terbaik di dunia kerana mereka membunuh teroris satu per satu.”
Kemudian dia berkata, “kita harus sampaikan pesan
ini kepada tentera Pakistan. Kita mesti menyelamatkan benteng terakhir Islam.”
Aku bersetuju, “kita mesti melakukannya dengan
cepat.” Muhammad ﷺ juga berkata, “Orang yang
membaca pesananku mesti memberitahu pesanan itu kepada yang lain.”
Kemudian ada orang lain bergabung dengan kami dan
kami mula berkerja secara berkumpulan.
Dan ada orang lain menyebarkan mimpi dan pesannya
dengan sangat cepat. Dan kemudian mereka menyebarkannya ke seluruh dunia dengan
rahmat Allah.
Dan kemudian orang-orang besar berkata, “kita
seharusnya percaya kepadanya sebelum ini.”
Aku berkata kepada mereka bahawa, “Jika Allah ﷻ tidak pernah bermurah hati dan tidak membantu kita, kita tidak
akan dapat menyelesaikannya”.
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment