RACUN DALAM MAKANAN TENTERA PAKISTAN (20 MAC 2017)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wbt.
Di dalam mimpi ini aku melihat satu kawasan di seberang sempadan
Pakistan yang terlihat seperti sempadan Afghanistan dan musuh menghantar
pengganas ke Pakistan dari sana.
Tentera Pakistan menghadapi kumpulan pengganas ini dengan sangat bagus
dan mengalahkan mereka. Oleh sebab itu, musuh menjadi sangat marah kerana
tentera Pakistan selalu menghalang jalan mereka.
Kemudian musuh menghantar pengganas terlatih mereka ke Pakistan dengan
memberikan mereka alat penglihatan malam dan senjata moden. Tetapi apabila
sahaja mereka memasuki kawasan Pakistan, tentera pakistan dapat mengesan
gerakan mereka melalui sistem dan menangkap setiap pengganas.
Oleh sebab itu, musuh menjadi sangat geram kerana tidak ada satu pun
rancangan mereka yang berhasil. Kemudian mereka merancang dan memutuskan untuk
melakukan serangan dalaman untuk melemahkan Pakistan dari dalam dan kemudian
membuat serangan dari sempadan.
Mereka mencampurkan beberapa jenis virus atau kimia di dalam makanan
Tentera Pakistan dan selepas memakan makanan itu tentera menjadi lumpuh dan
mereka tidak dapat bergerak. Kemudian musuh berkata bahawa sekarang kita akan
menyerang Pakistan dan India menyerang Pakistan di sempadan sebelah timur dan
Afghanistan menyerang di sebelah barat.
Kemudian India menghantar serangan ofensif besar-besaran di Lahore dan
tentera Pakistan tidak mampu menangani serangan ini. Kemudian rakyat Pakistan
mengambil senjata dan peluru dan berperang dengan India.
Aku juga menuju ke sempadan untuk berperang dengan tentara India. Aku
mendapat machine-gun besar dan mula menembak pihak musuh. Ada tentera lain
bersamaku juga. Ketika Tentera Pakistan dan rakyat awam berganding bahu,
Tentera India berhenti menyerang.
Sepanjang tempoh itu, aku memberitahu orang ramai bahawa kita harus
patah balik dan memindahkan orang awam kita ke tempat yang lebih selamat kerana
kita tidak boleh membuatkan Tentera India berhenti lama-lama.
Beberapa orang berkata bahawa kami di sini adalah untuk melawan
Tentera India dan kami bersedia untuk mati tetapi kami tidak akan patah balik.
Kemudian selepas itu ketika kami balik ke bandar, beberapa orang
berkata, "Jika Ketua Tentera percaya pada mimpi Qasim dan merancang sesuai
dengannya, mungkin keadaan akan berbeza.”
Dan selama tempoh huru hara ini, sebahagian besar Lahore dihancurkan.
Kemudian aku pergi ke satu tempat seperti basement bawah tanah sebuah bangunan.
Kemudian selepas itu rasanya seperti aku ingin mencari tempat tertentu.
Pada ketika ini, sebuah negara yang memiliki bendera berwarna merah,
memberikan amaran yang sangat kuat kepada India, “Hentikan tentera kalian! Atau
kami akan hancurkan kalian!” Kemudian negara ini menolong dan membantu
Pakistan.
Mereka juga menghantar doktor mereka untuk merawat tentera Pakistan.
Ketua negara mereka juga datang melawat Pakistan sendiri untuk menunjukkan
bantuan moral. Semasa membantu Pakistan, mereka juga menanggung kerugian,
walaupun begitu mereka tidak mengeluh tentang itu.
India terus menggunakan taktik picisan dan menghantar virus dan
bakteria ke Pakistan melalui drone. Oleh sebab itu, sejumlah besar anak-anak
Pakistan terjangkit dan jatuh sakit.
Selepas melihat situasi yang menyedihkan ini, aku berdoa kepada Allah ﷻ dan meminta pertolongan-Nya. Allah ﷻ menghantar hujan dengan rahmatNya dan semua virus lenyap.
Kemudian aku menuju ke beberapa tempat dan di dalam perjalanan aku
melihat kawasan yang seperti padang rumput. Ketua negara bendera merah, yang
membantu Pakistan, juga ada di sana. Dia duduk bersama orang ramai dan
berbicara dengan mereka.
Setelah melihatku, dia mengenalku dan berkata, “Kamu Qasim kan? Aku
telah mendengar tentang mimpi kamu dan ia telah banyak menjadi kenyataan.”
Setelah menyapanya aku pergi mencari satu tempat dan aku merasakan,
jika tempat itu tidak ditemukan, maka kita tidak akan dapat keluar dari
kesulitan ini.
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment