RAHMAT ALLAH DI TANAH TANDUS (10 DISEMBER 2018)
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wrt.
Dalam
mimpi ini, aku sedang menuju ke sebuah tanah yang luas namun tandus.
Beberapa
orang bertanya kepadaku ke mana aku akan pergi?
Aku
memberitahu mereka bahawa aku akan pergi ke tanah yang luas tersebut dan
beberapa orang daripada mereka turut ikut bersamaku untuk meninjau tanah
tersebut.
Aku
berkata kepada mereka bahawa “Satu hari nanti dengan rahmat Allah, tanah
(tandus) ini akan menghasilkan bijirin dan buah-buahan”.
Beberapa
daripada mereka mempercayaiku.
Kemudian
aku menunggu di sana tetapi tidak terjadi apa-apa dan tanah itu tetap tandus.
Aku
berkata kepada diriku dengan nada yang kecewa bahawa “Tanah ini tidak akan
pernah menghasilkan apa-apa”, lalu aku memalingkan wajahku.
Lalu
Allah berfirman dari langit, “Apabila Aku berkehendak untuk melakukan sesuatu,
maka hal itu pasti akan terjadi”. Kemudian awan muncul di langit dan sesuatu
berlaku.
Lalu
hujan pun turun. Dengan rahmat Allah, tumbuh-tumbuhan kecil pun tumbuh di tanah
yang tandus itu yang serupa dengan tanaman segar yang tumbuh dari bumi.
Kemudian
sebuah gelombang datang dan tumbuh-tumbuhan tersebut tumbuh lebih besar.
Semasa
hal ini berlaku, orang ramai yang berdiri di sana juga turut menyaksikan
kejadian ini di hadapan mata mereka.
Selepas
itu, lebih banyak gelombang datang dan tumbuh-tumbuhan tersebut tumbuh dengan
lebih besar lagi.
Setelah
kira-kira empat hingga lima gelombang datang, pokok-pokok itu menjadi agak
besar dan terdapat bijirin dan buah-buahan padanya.
Semasa
kejadian ini berlaku, beberapa orang yang menyaksikan semua ini juga percaya
padaku bahawa apapun yang dituturkan oleh Qasim akan menjadi kenyataan dengan
bantuan Allah.
Kemudian,
gelombang lain tiba dan tumbuh-tumbuhan tersebut telah sedia mengeluarkan
buah-buahan dan tumbuh tegak berdiri di atas tanah.
Orang
ramai menjadi sangat terkejut, bahawa ia benar-benar berlaku seperti apa yang
aku katakan sebelum ini dan sekarang tanah tandus tersebut telah mula
menghasilkan bijirin dan buah-buahan.
Sebaik
sahaja gelombang terakhir tiba, orang ramai membuka pintu kereta mereka
masing-masing dan bersedia untuk keluar dari kereta mereka kerana merasakan
bahawa tumbuh-tumbuhan tersebut akan sedia (untuk dituai) sekarang.
Kemudian
orang ramai keluar dari kereta mereka dan mereka yang berdiri di situ pun
berlari ke arah tanah tersebut serta mula memetik buah-buahan.
Kesemua
mereka menjadi sangat gembira. Apabila aku menyaksikan semua ini, aku juga
menjadi terkejut bagaimana semua ini boleh terjadi?
Tetapi
selama ini semua tumbuhan itu terbaring di atas tanah dan ia seolah-olah
menghalang orang ramai daripada memasuki kawasan itu sebelum tanaman tersebut
sedia dan seolah-olah menyelamatkannya daripada rosak.
Dan
selepas gelombang terakhir, tanaman atau tumbuhan tersebut sudah sedia
sepenuhnya.
Di
antara orang-orang itu juga ada yang pada mulanya mempercayaiku tetapi kemudian
berubah fikiran dan mereka juga berlari ke arah padang itu untuk memetik
buah-buahan dan mereka sangat menyesal.
#MimpiBenar
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment