RANGKAIAN PERISTIWA DARI MIMPI-MIMPI
BismillahirRahmanirRahim
Aku telah
melihat di dalam banyak mimpi betapa Islam dan umat Islam akan bangkit semula
ke seluruh dunia.
Jika aku
menggabungkan beberapa bahagian dari mimpi-mimpi yang baru dan mimpi-mimpi yang
lama, maka sebuah adegan seperti yang berikut ini terbentuk, dan juga menjadi
jelas bahawa banyak perkara akan berlaku.
Ketika
Allah menolongku dan ketika berita mimpi-mimpiku tersebar ke seluruh dunia, aku
mendapatkan sangat banyak kekayaan, aku tidak ingat berapa jumlahnya yang
tepat, dan perlahan-lahan jumlahnya menjadi billion dollar.
Maka aku
pun berfikir, “Apa guna semua kekayaan yang aku miliki ini?” Dan kemudian aku
menyalurkan harta kekayaan ini kepada rakyat.
Nabi
Muhammad ﷺ
melihat semua ini dan menyukai kebiasaanku, iaitu Qasim sedang membelanjakan
kekayaan ini di jalan Allah daripada
menggunakan
kekayaan ini untuk menjalani kehidupan yang mewah.
Maka Nabi
Muhammad ﷺ
meminta Allah untuk menjadikan Qasim sebagai pemimpin Pakistan dan Allah ﷻ berfirman bahawa memang
itulah yang akan terjadi.
Dan
serentak dengan itu, Nabi Muhammad ﷺ juga telah memberikan kesaksian kepada ketua tentera bahawa
Qasim tidak berbohong pada sesiapa pun, dan mimpi-mimpinya adalah benar dan
semua itu datang dari Allah.
Kemudian
seluruh rakyat Pakistan mula berkata bahawa, “Pemimpin negara ini sepatutnya
adalah Qasim yang tidak mencintai harta benda tetapi malah menyalurkannya
kepada orang ramai.” Dan ramai umat Islam di seluruh dunia dan tentera Pakistan
juga menginginkan agar dia menjadi pemimpin.
Nabi
Muhammad ﷺ
juga telah mengatakan hal ini bahawa, “Qasim, aku menginginkan kamu untuk
menjadi pemimpin di Pakistan.” Dan aku pun berkata, “Bagaimana caranya aku
boleh melakukan itu semua? Aku hanyalah orang biasa.”
Kemudian
Nabi Muhammad ﷺ
bersabda, “Qasim, jadilah seorang
pemimpin.
Apa pun yang engkau katakan, Allah akan membuatnya menjadi kenyataan dan Dia
akan mengabulkan doa-mu.”
Aku pun
berkata, “Apapun yang anda perintahkan.” Rakyat Pakistan dan tentera
menjadikanku pemimpin mereka.
Perkara
yang pertama-tama telah aku lakukan adalah membersihkan Pakistan dari segala
bentuk kesyirikan pada seluruh tingkatan pemerintahan, dan serentak dengan itu
orang-orang mula memintaku untuk memperbaiki semua masalah sebagaimana yang
telah aku lakukan dalam mimpi.
Kemudian
aku mendapat kerisauan bahawa, “Apa yang patut aku lakukan? Itu semua hanyalah
mimpi- mimpi dan tidak lebih dari itu.”
Aku hanya
berkata kepada orang-orang bahawa “Awan-awan akan datang sekarang dan awan-awan
tersebut akan mencurahkan hujan yang sangat lebat dan bumi akan mengeluarkan
kekayaan-kekayaannya.”
Maka aku
melihat bahwa awan-awan mula berkumpul dan mencurahkan hujan yang amat lebat
dan bumi mula mengeluarkan khazanahnya.
Semua
orang kagum kerana melihat ini dan aku lebih kagum lagi, bahawa aku hanya
sekadar berkata itu supaya orang-orang meninggalkanku sendirian, tetapi Allah
telah mengubahnya menjadi satu kenyataan.
Maka Allah
berfirman dari langit: “Qasim, apa pun yang engkau katakan, Aku akan
menyelesaikannya walaupun itu adalah sesuatu yang mustahil, Aku akan membuat
rencana seperti itu dengan rahmat-Ku, Aku akan mengubah itu menjadi kenyataan”.
“Dan Qasim
Aku tidak akan pernah membuatmu merasa malu di depan sesiapa pun. Dan apa pun
yang engkau katakan itu, Aku-lah yang akan menyelesaikannya dan itu mudah
bagi-Ku.”
Dan aku
berkata kepada orang ramai bahawa, “Allah ﷻ bersama kita dan Dia akan menolong kita dari tempat yang tidak
terlihat, maka mari kita atasi orang-orang barat di setiap bidang dengan rahmat
dan pertolongan dari Allah dan membuat kita sangat cerdas dan membebaskan
fikiran kita dari kekejian-kekejian dan keburukan keburukan.”
Kemudian
aku membersihkan seluruh Pakistan dari segala bentuk kekufuran, dan kemudian
aku memberitahu orang ramai bahawa “Allah dan Nabi Muhammad ﷺ telah menunjukkan kepadaku
jalan yang benar melalui mimpi-mimpi sehingga kamu semua sepatutnya mengikuti
jalan tersebut.”
Kemudian
aku menghapuskan semua aliran dan menyatukan mereka menjadi satu umat
Islam. Aidil Fitri berlaku pada satu hari (yang sama) dan azan juga mula
dikumandangkan pada satu waktu yang tetap, kami menghapuskan sistem bunga dan
membentuk sistem perbankan yang bebas dari bunga, dan segala bentuk penindasan
dan terorisme telah ditumbangkan.
Keadilan
dan kesetaraan telah menang dan satu sistem keadilan terbentuk maka seluruh
dunia menjadi terkejut, dan satu sistem pemerintahan telah terbentuk sehingga
setiap rakyat jelata boleh mempersoalkan tindakan-tindakan perdana menteri,
ketua tentera, dan ketua-ketua dari kementerian yang lain dan mereka semua
terikat untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan dari setiap rakyat biasa.
Pakistan
mula berkembang dengan pesat dan cepat. Kedamaian dan ketenangan telah mula
tersebar dengan sangat cepat di Pakistan.
Setelah
melihat semua ini, India mencuba untuk menghentikan Pakistan dari tumbuh makmur
dan mula membuat persiapan-persiapan untuk menyerang Pakistan.
Tentera
dan rakyat Pakistan juga mula mempersiapkan diri, tetapi aku tidak ingin
mewujudkan peperangan kerana aku tahu perang ini akan menakutkan. Di samping
itu, ada ramai orang Islam yang tinggal di India.
Jadi aku
meminta Allah untuk melakukan sesuatu dan meminta-Nya untuk mencegah perang
ini. Kemudian Allah mengirim jet-jet tempur hitam hebat dalam jumlah
ratusan dengan pertolongan-Nya.
India
menjadi ketakutan setelah melihat jet-jet tempur hitam ini (dan mereka
berkata), “Bagaimana Pakistan boleh mendapatkan jet-jet tempur ini?”
Orang-orang
di seluruh dunia dan bahkan jurutera-jurutera ketenteraan dari Amerika Syarikat
menjadi kehairanan dan cemas. Dan kemudian aku berkata kepada India, “Adakah
kalian sedia bertempur dengan jet-jet tempur yang tak terkalahkan ini?”
Pemerintah
India pun berkata, “Kami tidak ingin menyerang kalian” dan India melangkah
mundur dan menarik kembali bala tenteranya dari sempadan, tetapi aku mengambil
keuntungan dari jet-jet tempur ini dan menyerang satu tempat terkenal di timur
tengah dan membebaskannya.
Dan inilah
yang sebagaimana Allah telah rencanakan dan telah memberikan masa kedamaian
bagi Pakistan untuk berkembang.
Selepas
menyaksikan jet-jet tempur hitam ini, ramai umat Islam dari seluruh dunia
meninggalkan negara tercinta mereka untuk selama-lamanya dan datang ke Pakistan
dan mula memainkan peranan mereka dalam membangunkan kembali Islam.
Dan kaum
muslimin pun mula berkata bahawa, “Betapa Allah telah menolong Qasim dan telah
mengubah mimpi-mimpinya menjadi kenyataan. Dan sungguh Allah telah menunjukkan
kurniaan yang besar kepada mereka.”
Tetapi
ketika kuasa-kuasa yang tidak suka terhadap Pakistan melihat perkara tersebut,
bahawa Pakistan tidak dapat dihentikan dari bertambah kuat, mereka mula mencuba
untuk menghancurkan Pakistan secara kewangan dan meminta Pakistan untuk
mengembalikan pinjamannya kembali, dan kerana kebencian tersebut mereka
berkata, “Jika Pakistan tidak dapat mengembalikan hutang tersebut, maka kami
akan membebankan dengan tindakan-tindakan kami ke atas Pakistan dan membuatnya
sebagai hamba kami sekali lagi.”
Tetapi
Allah menolong kita dalam perkara ini dan dengan keghaiban-Nya telah memberikan
kepada kita khazanah kekayaan dan dengan harta kekayaan dari khazanah tersebut
kita dapat membayar kembali seluruh hutang yang dikenakan ke atas Pakistan. Dan
Pakistan pun berdiri secara merdeka dengan rahmat Allah.
Di
Pakistan ada kedamaian dan ketenangan di setiap penjuru, di sini terdapat
keberkatan-keberkatan dan kurniaan-kurniaan Allah, dan Allah telah membersihkan
Pakistan dari kotoran dan kemaksiatan.
Ramai
non-muslim juga mula datang dan tinggal di Pakistan, dan kami telah memberikan
kesetaraan hak bagi seluruhnya dan kami tidak membeza-bezakan sesiapa
pun.
Dan
Pakistan telah menjadi negara yang paling damai dan negara yang indah di dunia
dan kami unggul di dunia pada setiap bidang.
Orang-orang
dari seluruh dunia telah mengatakan bahwa tidak hanya sukar untuk menghentikan
Qasim, tetapi juga mustahil kerana Allah sendirilah yang membimbing dan
melindunginya dan Allah-nya telah menolongnya dan telah mengubah mimpi-mimpinya
menjadi kenyataan.
Aku tidak
ingat dengan pasti, tetapi Nabi Muhammad ﷺ telah bersabda kepadaku untuk datang ke Madinah sepanjang
peristiwa ini, maksudku adalah mana yang lebih dulu akan berlaku, antara kita
akan membuat pesawat luar angkasa kita sendiri terlebih dahulu atau Nabi
Muhammad ﷺ
memerintahkanku untuk datang ke Madinah.
Dan dalam
masa yang singkat, kita mengungguli dunia barat dalam setiap bidang. Kita telah
membuat pesawat-pesawat kita sendiri, kapal-kapal, teknologi bangunan tertinggi
dan bahkan kita telah membuat pesawat ruang angkasa kita sendiri.
Kita
menjadi berdikari di setiap bidang dan mengatasi dunia ini dengan pertolongan
Allah. Dan orang-orang dari seluruh dunia menjadi hairan bahawa,
“Bagaimana caranya orang-orang boleh ini mencapai semua ini dalam satu tempoh
yang sangat singkat?”
“Orang-orang
ini sangat lemah sebelum ini dan apabila mereka terus berkembang seperti ini
maka satu hari nanti orang-orang ini akan menguasai dunia.”
Kemudian
Allah ﷻ berfirman kepada Nabi
Muhammad ﷺ
bahawa “Qasim telah membangunkan Islam-mu yang sebenarnya di Pakistan,”
Sehingga
Nabi Muhammad ﷺ
menjadi bahagia setelah mengetahui semua ini dan bersabda kepadaku melalui satu
mimpi untuk datang ke Madinah dan bersabda bahawa, “Aku ingin bertemu denganmu.
Engkau telah membuatku sangat bahagia setelah melakukan semua itu.”
Maka aku
pergi ke Madinah untuk bertemu Nabi Muhammad ﷺ. Nabi Muhammad ﷺ bersabda, “Bukankah aku telah memberitahu kamu bahawa Allah ﷻ akan menolong kamu dalam
segala keadaan?”
Dan aku
berkata bahwa, “Ya, Allah telah mengubah mimpi-mimpiku menjadi kenyataan dan
Dia juga telah memberkatiku dalam banyak perkara yang lain.”
Kemudian
Nabi Muhammad ﷺ
bersabda, “Qasim, pergilah ke Mekah untuk mengucapkan syukur kepada Allah atas
segala keberkatan ini bahawa Dia telah sangat bermurah hati kepadamu, dan
setelah ini kamu perlu membantu umatku yang sempurna dan kamu mesti
mengembalikan Islamku yang sebenar-benarnya di seluruh negara.”
“Dan
engkau akan menunjukkan ke seluruh dunia seperti apakah Islamku yang
sebenar-benarnya yang mana telah aku terapkan 1400 tahun yang silam dengan
pertolongan Allah.”
Aku pun
berkata, “Ya, in sya Allah apapun yang kamu perintahkan.” Aku pergi dari
Madinah ke Mekah, dan di Masjidil Haram beberapa orang telah berkata kepadaku
bahwa, “Qasim, sebagaimana engkau membawa Pakistan dan rakyatnya keluar dari
kegelapan menuju cahaya dan sebagaimana engkau menerangi setiap rumah di
Pakistan, tolong bawalah kami keluar dari kegelapan-kegelapan ini juga dan
terangi rumah-rumah kami juga.”
Aku
berkata bahwa “Apa yang aku miliki hanyalah cahaya dari Allah dan aku dapat
menerangi dunia dengan cahaya dari Allah ini.” Kemudian orang-orang itu
berkata “Ya, tolonglah lakukan itu untuk kami.”
Setelah
itu, banyak perang mengerikan terjadi yang mana aku rasa tidak patut untuk
disebutkan.
Allah ﷻ telah menolong kita dan kita
telah memperoleh kemenangan dalam semua peperangan ini atas pertolongan Allah,
dan segala bentuk terorisme dan penindasan telah dihancurkan.
Kita
pulihkan Islam Nabi Muhammad ﷺ yang sebenar-benarnya ke seluruh negara negara Islam. Di
seluruh dunia (hanya) ada satu Aidul Fitri dan Ramadhan. Dan sekali lagi Islam
tersebar ke seluruh bumi. Islam berdiri di atas kejayaan dan semua orang
menjadi bahagia.
Di seluruh
dunia, taman-taman sedang dibangunkan di mana sahaja di banyak tempat dan
taman-taman seperti itu tidak pernah terlihat sebelum ini.
Aku juga
telah membuat sebuah taman di satu tempat di mana Nabi Isa a.s akan turun,
sehingga Nabi Isa a.s tidak akan menghadapi masalah apa-apa pun ketika beliau
tiba. Di seluruh dunia hanya ada satu kad pengenalan dan satu matawang bagi
negara Islam.
Dan kaum
muslimin tidak memerlukan visa apa pun untuk pergi dari satu negara muslim ke
negara muslim yang lain.
Ada
kendaraan model terbaru yang anti-kemalangan dan sebahagian besar kaum muslimin
telah keluar sepanjang waktu menikmati keberkatan dan rahmat dari Allah.
Dan
kemudian selepas itu, kita hapuskan kemiskinan dan penindasan dari seluruh
dunia. Dan kita menyebarkan kedamaian ke seluruh dunia dan menerapkan keadilan
ke seluruh muka bumi.
Semua
ketenangan dan kedamaian itu tetap bertahan selama bertahun-tahun di seluruh
bumi. Bertahun-tahun kemudian, tiba-tiba dajjal muncul.
#MimpiBenar
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment