ROTI NIPIS KERING DAN DEDAUN YANG MANIS (24 NOVEMBER 2021)
BismillahirRahmanirRahim.
Assalamualaikum wbt.
Dalam
mimpi ini aku melihat diriku berada di satu kawasan pembinaan bangunan yang
besar, seperti satu lembaga pemerintahan dengan beberapa blok-blok
bangunan.
Terdapat
juga tanah-tanah kosong berdekatannya dan terdapat beberapa kawasan dalam
proses pembinaan.
Semua
kawasan ini kelihatan gelap. Terdapat juga pegawai-pegawai keselamatan berada
di kawasan tersebut.
Pada masa
kegelapan tersebut, aku sedang berjalan-jalan di antara orang ramai yang tidak
dikenali.
Kemudian
aku mengirim mesej melalui telefon bimbitku bahawa kita harus menyebarkan Islam
sejati yang berasal dari Nabi Muhammad ﷺ.
Aku tidak
sedar kepada siapa aku mengirimnya, aku hanya mengirim sahaja. Aku merasakan
pesanku telah sampai kepada beberapa orang misteri, dan mereka mula mengejarku.
Aku terus
berlari untuk menghindari orang-orang ini, sehingga aku sampai di satu tempat.
Bila aku sampai di tempat itu, aku terus berdoa pada Allah ﷻ bahawa “ Wahai Allah, untuk
berapa lamakah kami akan terus menerus berlari, tolong tunjukkan kami jalan
keluar dari permasalahan ini.”
Kemudian
aku terjumpa sebuah kolam dengan air berwarna biru. Pada masa itu, beberapa
orang dalam 3-4 orang telah bergabung denganku tetapi kami tidak berbual
tentang Islam secara terbuka kerana orang-orang misteri masih berada di sekitar
kami.
Aku
melihat beberapa orang keturunan Indonesia, Malaysia dan Bangladesh timbul dari
dasar kolam. Kemudian mereka keluar dari air biru itu.
Aku
merasakan Allah ﷻ
telah mengirimkan orang-orang ini kepadaku. Orang-orang itu menunjukkan
kepadaku untuk mengikuti mereka ke arah mana mereka berasal.
Maka aku
memberitahu orang-orang yang bersamaku bahawa “ Kita juga harus pergi ke arah
itu, lalu kita pergi ke arah sana.”
Apabila
kami memasuki kolam, kami mulai turun ke bawah seperti menggunakan lift atau
elevator. Kami turun dan berakhir dengan satu ruangan seperti bilik hotel.
Hotel itu mempunyai tingkap di mana dari situ aku dapat melihat keluar.
Aku
mendapati tempat itu seperti sebuah kawasan pergunungan. Aku berkata “Allah
telah menolong kita mencapai lokasi ini dengan rahmat- Nya, dan sekarang kita
boleh mula bekerja dengan bebas.”
Rombongan
orang-orang dari Indonesia, Malaysia dan Bangladesh tidak hadir dalam ruangan
ini tapi aku merasakan mereka dapat melihat kami dari jauh.
Semasa aku
berada dalam ruangan tersebut aku merasakan lebih ramai orang orang yang
bergabung dengan kami.
Kemudian
aku merasakan aku berada di ruangan lain yang terpisah, dan aku mula merasa
kelaparan. Aku melihat di sekeliling dan tidak menemui apa-apa yang boleh di
makan kecuali roti nipis yang kering dan beberapa helaian dedaunan.
Aku
berkata,” Dalam situasi sulit seperti ini, makanan ini merupakan suatu berkah
bagi kita.”
Aku mula
memakan roti dengan dedaun itu. Daun-daun itu itu memiliki suatu perpaduan dari
rasa manis dan masam dan rasanya sangat sedap.
Terlintas
dalam fikiranku bahawa semasa Nabi Muhamad ﷺ mengalami masa-masa sulit, beliau juga pernah merasa pola
pemakanan dan kesulitan-kesulitan yang sama, jadi kita harus bersyukur kepada
Allah.
Kemudian
aku merasakan sekelompok orang Indonesia, Malaysia dan Bangladesh sedang
mengawasi kami dari jauh dan mereka mengatakan bahawa,”orang-orang ini sedang
hidup dalam keadaan serba kekurangan, kita perlu mempercepatkan penghantaran
makanan dan keperluan asas yang lain untuk mereka supaya lebih selesa dan
bekerja dengan lebih mudah.”
Maka aku
berkata, “Allah sentiasa menolong kita dan terus mengawasi kita. Kita harus
memulakan yayasan kita dan memperkembangkan sehingga orang-orang dari
Indonesia, Malaysia dan Bangladesh dapat berhubung dengan kita dengan mudah dan
kita dapat bekerjasama menyebarkan Islam yang tulen seperti ajaran Nabi
Muhammad ﷺ.
Mimpi
berakhir di situ.
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment