RUMAH MIMPI (FEBRUARI 2018)


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim. Assalamualaikum wbt.

 

Kami tinggal di sebuah rumah, dan rumah ini aku telah lihat berkali-kali di dalam mimpi-mimpiku.

 

Ia telah banyak rosak dan ramai orang sedang membaikinya.

 

Aku berada di dalam rumah melakukan beberapa kerja. Selepas menyelesaikan kerja, aku berkata, "Aku perlu melihat orang lain, dan kerja yang telah mereka lakukan."

 

Mereka bekerja tetapi aku tidak dapat berjumpa dengan mereka kerana kerja mereka sendiri.

 

Kemudian aku pergi ke luar dan aku melihat orang-orang ini sedang mengecat rumah, selepas mereka membaiki dinding dan beberapa perkara lain di luar. Mereka belum masuk ke dalam kerana sibuk di luar.

 

Aku pergi ke pintu dan aku melihat orang-orang dari pintu, dan mereka sibuk dengan kerja mereka.

 

Aku melihat kerja mereka melalui ruang pintu, dan berkata, ''Masih banyak kerja lagi, mereka akan selesaikan di luar dahulu kemudian mereka akan masuk ke dalam dan mungkin mengambil sedikit masa.''

 

Ketika aku keluar, mereka melihatku dan menjadi gembira melihatku.

 

Aku mula berjabat tangan dengan mereka dan aku memberitahu mereka aku sibuk dengan kerja penting aku sendiri dan aku baru sempat berjumpa kamu semua.

 

Mereka berkata, ‘’Jangan risau, kami juga bekerja di sini.’’ Kemudian kami mula bercakap tentang kerja-kerja kami. (Mimpi berakhir)


 #MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

 

 

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)