RUMAH NABI IBRAHIM A.S (24 MAC 2017)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wbt.
Pada tarikh 24 Mac 2017, Muhammad Qasim melihat satu mimpi. Aku
bermusafir di sebuah bandar, untuk mencari rumah Muhammad ﷺ. Semua kawasan berada di dalam kegelapan. Kaum muslimin
memiliki rumah-rumah yang rosak dan kecil yang hampir tidak ada cahaya dan
cahaya datang dari bangunan besar milik orang bukan islam.
Aku berjalan dengan lebih jauh sehingga aku melihat ada satu tempat
yang sangat jauh. Aku tidak ada kendaraan untuk pergi ke sana. Jadi aku merasa
sebaiknya aku mencari rumah Nabi Muhammad ﷺ di
sini.
Kemudian aku melihat ada orang-orang yang mengenaliku dan mereka
bertanya kepadaku, “Qasim, kamu ingin
pergi kemana?” Aku berkata kepada mereka, “Aku ingin pergi ke satu
tempat di mana kita akan mendapatkan semuanya dan tidak ada lagi kegelapan dan
tempat itu adalah Rumah Nabi Muhammad ﷺ yang
hilang.”
Mereka bertanya kepadaku, “Dapatkah kita menjumpainya?” Aku berkata
“Ya, dari mimpiku, aku dapat menjumpainya.” Kemudian mereka mula berjalan
bersamaku dan aku bertanya kepada mereka, “kenapa kalian mengikuti aku?” Mereka
berkata, “kami percaya kepadamu dan kami juga ingin keluar dari kegelapan ini.”
Kemudian aku berkata, “perjalanan ini akan sangat berat untuk kalian
dan kalian akan penat dan meninggalkanku.” Mereka berkata, “kami tidak akan
penat dan kami tidak akan meninggalkanmu.” Aku berkata, “Baiklah, tapi jika
kalian penat, janganlah menyalahkanku.”
Kemudian kami berjalan sangat jauh dan mula merasa hilang harapan.
Seseorang menunjuk ke satu tempat dan berkata kita mesti pergi ke arah sana.
Kami mula berjalan ke sana sehingga kami sampai di hujung bandar, lampu-lampu
bangunan juga telah hilang dan kami berada di dalam kegelapan. Apa-apa jenis
binatang berbahaya boleh menyerang kami dalam keadaan ini, maka aku pun
berkata, “Jom lah kita balik.”
Kemudian aku melihat ke arah bandar tadi dan melihat ada cahaya indah
yang bersinar tajam dari sana dan berkata, “Susah kita hendak cari rumah
Muhammad ﷺ tanpa sebuah kenderaan.”
Dalam perjalanan balik, kami melihat seorang penjaga yang misteri. Aku
berkata kepadanya bahawa aku pernah melihatnya sebelum ini dan bertanya
kepadanya, “Apa yang dia buat disini?” Dia tidak berkata apa-apa. Kemudian aku
berkata, “sekurang-kurangnya kita tidak bersendirian.”
Tiba-tiba, aku melihat sebuah cahaya yang tajam dari tempat penjaga
itu tadi. Kami berjalan melepasi satu atau dua blok sehingga kami sampai di
satu taman, taman itu diisi dengan cahaya-cahaya yang menakjubkan dan indah.
Semua cahaya tersebut datang dari sebuah rumah kecil yang berada di
tengah-tengah taman.
Pada pintunya tertulis Rumah Ibrahim a.s. Aku merasa gembira
sekurang-kurangnya kami menjumpai rumah milik Nabi Ibrahim a.s. Ketika aku
membuka pintunya, sebuah cahaya yang mengkagumkan terpancar dari dalam. Ada
ruangan-ruangan kecil tetapi hanya cukup untuk kami duduk.
Aku berkata rumah milik Nabi Muhammad ﷺ lebih
besar dari ini dan kita harus mencarinya. Seorang wanita berkata, “Walau apa
pun, Ibrahim a.s adalah teman baik Allah.” Aku berkata, “Ya, itu benar, tapi
kita perlu keluar dari kegelapan ini.”
Kemudian di dalam sebuah ruangan kecil, aku menjumpai satu ruang
kawalan dan di depannya ada sebuah tingkap. Aku menyedari bahawa rumah ini
boleh terbang dan aku berkata kepada yang lain bagaimana kita boleh menggunakan
rumah ini untuk mencari rumah Nabi Muhammad ﷺ.
Kemudian aku menerbangkan rumah itu, tinggi di udara, dan aku pergi
mengarah ke sebuah bandar yang jauh dan aku berkata kepada diriku sendiri,
“Jika Allah berkehendak, dengan pertolongan Allah, kita akan sampai di sana tak
lama lagi.” Kami pun terbang beberapa jauh dan mimpi itu berakhir di situ.
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment