RUPA NABI MUHAMMAD ﷺ


 

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum.

 

(Ramai yang meminta Muhammad Qasim untuk menggambarkan rupa Nabi Muhammad jika dia orang yang benar. Baiklah kalau begitu, ini adalah deskripsi tentang Nabi tercinta kita Muhammad di dalam mimpi Muhammad Qasim)

 

Dalam mimpinya, Qasim telah bertemu dengan Nabi Muhammad yang sebenarnya lebih dari 300 kali.

 

Aku (Qasim) tidak boleh menceritakan bagaimana wajah Nabi Muhammad kerana ketika aku mendekatinya kepalaku merendah kerana rasa hormat.

 

Begitu juga pandangan mataku tertunduk seperti yang kita lakukan dalam solat.

 

Sebab lain juga adalah wajah baginda selalu terpancar dengan cahaya yang membuatku sukar untuk memahami ciri wajahnya. Tinggi Muhammad sekitar 5 kaki dan 11 inci.

 

Beliau memiliki tubuh yang sangat indah. Nabi Muhammad berjalan di atas bumi dengan sangat baik dan lancar.

 

Baginda menutup kepalanya dengan kain. Dan cahaya putih keluar dari tubuh Muhammad .

 

Seluruh badanku bersaksi bahawa ini adalah Nabi . Dan ketika aku menyapa beliau dan berjabat tangan, tanganku bersaksi bahwa ini adalah tangannya Rasulullah .

 

Dan ketika aku memeluknya, badanku bersaksi bahawa ini adalah badan hangatnya Rasulullah .

 

Dan aku merasakan perasaan yang sangat bahagia dan gembira.

 

Baginda berbicara dengan sangat lembut dan sopan. Baginda menunjukkan kasih sayang yang paling dalam dan memiliki cinta yang paling tidak dapat dijelaskan, seolah-olah baru saja dia bertemu dengan anak lelakinya yang sudah lama hilang.

 

Baginda berdoa untuk umatnya dan menangis untuk mereka seperti tidak ada bandingan sebelumnya. Baginda akan terus berkata, “umatku,” iaitu kita!

 

Baginda sangat bersedih atas umatnya dan terus berdoa untuk orang-orang yang tersesat.

 

Aku tidak dapat menggunakan kata-kata untuk mengungkap kesedihan seperti itu.

 

Jika kalian tahu kalian tidak akan berhenti menangis kerana memikirkannya.

 

Salah satu contohnya adalah baginda berjalan berkeliling, mundar-mandir dengan cemas.

 

Dan baginda memiliki begitu banyak harapan, tenaga dan semangat ketika baginda memberi sesuatu cadangan kepadaku.

 

Ada satu contoh lain dalam mimpiku yang aku kongsikan di tulisan lain, iaitu ketika aku melihat ke dalam mata Rasulullah yang dipenuhi air mata ketika itu.

 

Dan aku terpesona sehingga tidak dapat berpaling, seolah-olah Allah telah memenuhi mata baginda dengan cahaya-Nya.

 

Jazakumullahu khair untuk waktu kalian.


#MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS


https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)