SERANGAN BERSENJATA DAN KEKACAUAN (8 OKTOBER 2017)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wbt.
Aku tak tahu dari mana ia bermula tapi aku melihat ada sedikit
kekacauan.
Dan beberapa orang cuba mencari senjata untuk melawan yang lain. Aku
bertanya kepada satu orang, “mengapa kamu mencari senjata?”
Dia berkata, “ada orang jahat akan datang dan mereka hendak
menghancurkan rumah kita dan membunuh kita.”
Ketika aku melihat sekeliling, aku tahu apa yang dia kata adalah
benar.
Kemudian aku melihat di satu tempat di mana ada beberapa orang yang
membawa senjata dan mereka pergi ke arah lain.
Aku pergi ke sana dan aku melihat beberapa persenjataan kemudian aku
melihat seseorang dan dia mula mengumpulkannya.
Dia berkata, “kita memerlukannya untuk mempertahankan diri.” Selepas
dia selesai mengumpulkan persenjataan itu, dia berlari pulang.
Aku mengikutinya dari belakang untuk melihat apa yang akan dia
lakukan.
Ketika aku sampai ke rumahnya, beberapa orang datang dan mula
menyerang rumahnya. Tetapi dia mempertahankannya dan mereka melarikan diri.
Kemudian aku pergi ke arah lain dan aku melihat kekacauan telah
tersebar bahkan lebih teruk.
Orang-orang dengan senjata berlari ke sana ke mari. Kemudian aku
melihat orang besar dan terkenal juga mengumpulkan senjata.
Aku bertanya kepada orang terkenal ini, “Kenapa kamu melakukan ini?”
Dia berkata, “Semakin ramai musuh yang akan datang ke sini, keadaan
ini akan menjadi lebih huru hara, kita mesti mempertahankan diri kita sendiri.”
Kemudian aku pergi ke sebelah lain dan di sana aku melihat orang
terkenal yang lain dan dia juga mengumpulkan senjata.
Aku bertanya kepadanya, “Kenapa kamu mengumpulkan senjata?”
Dia juga berkata perkara yang sama, aku menjadi sangat kesal sehingga
aku berkata, “apa yang berlaku di sini?” dan “dari mana senjata-senjata ini
datang?”
Aku melihat bahawa persenjataan terus datang dan orang-orang terus
mengumpulkannya untuk bertarung.
Semua orang sibuk mengumpulkan senjata tapi siapa musuh kita?
Kemudian aku mendengar berita di TV bahawa beberapa tokoh penting
telah terbunuh. Dan selepas itu lebih banyak kekacauan berlaku.
Kemudian aku berkata, “Sekarang, kekacauan ini akan tersebar ke
seluruh negara.”
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment