SIHIR DAJJAL (7 JUN 2017)

 

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wbt.

 

Di dalam mimpi ini, aku mendapatkan sesuatu daripada Allah dan aku perlu menyebarkan beberapa pesanan kepada orang ramai maka aku pun mula berjumpa dengan orang ramai.

 

Tetapi dajjal mengetahui bahawa aku berusaha untuk membantu umat Islam dalam mendapatkan kembali takdir mereka yang hilang dan menyatukan mereka. Maka dajjal mula menggunakan kekuatannya.

 

Aku bertemu umat Islam dan menyampaikan kepada mereka pesanan itu. Tetapi dajjal telah terlebih dulu membuatkan mereka hilang kesedaran dan mereka bukan hanya tidak mendengarkan pesananku ini tapi mereka juga tidak mendengar apa sahaja yang aku katakan.

 

Tetapi ada beberapa orang yang diberi rahmat khusus dari Allah yang dajjal tidak berkuasa ke atas mereka.

 

Mereka mendengarkan apa yang aku sampaikan dan mereka mengenaliku bahawa "nama kamu adalah Qasim!". Aku menjadi gembira ketika berjumpa dengan orang-orang ini.

 

Kemudian orang-orang ini menyebarkan pesananku bersamaku namun tidak ada yang mendengarkan kami kecuali sedikit sahaja.

 

Kemudian ada satu atau dua orang yang dulu percaya kepadaku pergi meninggalkan aku dan aku menjadi terkejut, “apa yang terjadi pada mereka?”

 

Kemudian aku merasa sukar untuk bernafas dan seorang rakan yang bersamaku berkata bahawa wajahku terlihat berubah. Aku terkejut dan melihat ke dalam cermin dan melihat ada sebuah topeng di wajahku.

 

Dan aku pun berkata, "Inilah yang menyebabkan aku jadi sukar bernafas dan menyebabkan beberapa orang pergi meninggalkanku. Pasti mereka pergi kerana mereka tidak dapat mengenaliku. Dan itu kerana topeng ini.”

 

Rakanku berkata, “Ini pasti perbuatan dajjal supaya orang-orang yang percaya kepadamu meninggalkanmu”.

 

Aku mencabut topeng itu dan berkata bahawa dajjal belum mempunyai kekuatan penuh ketika ini, tetapi dia sudah sekuat ini. Betapa bahayanya dia nanti selepas memperoleh kekuatan penuhnya?

 

Kemudian kami memutuskan untuk pergi berjumpa beberapa tokoh berpengaruh, tetapi sebelum kami sampai kepada mereka, dajjal telah membuatkan mereka pekak, bisu dan buta dan mereka tidak mampu untuk berfikir atau memahami apa-apa, seolah-olah mereka dalam keadaan koma.

 

Aku menjadi sangat terkejut, kenapa dajjal sebegitu kuat? Bagaimana dia boleh tahu kami akan pergi ke tempat-tempat ini sehingga dia dapat menyihir mereka terlebih dahulu?

 

Aku memberitahu orang-orang yang sedang duduk bersamaku, “dajjal mengejar kita, aku memiliki sesuatu yang telah diberikan oleh Allah kepadaku dan dajjal belum mendapat kekuatan penuh sekarang, jadi dia tidak akan menyerang kita dari depan tetapi dia akan menyerang kita dengan sihirnya dari belakang.

 

Oleh sebab itu, kamu semua berhati-hatilah dan lakukan semua yang dinasihatkan oleh Nabi Muhammad untuk melindungi diri kita dari dajjal!”

 

Kemudian kami pergi ke pelbagai tempat untuk berhubung dengan orang ramai. Ada dua atau tiga orang bersamaku dan kami sampai di sebuah sungai atau pantai di sepanjang laut dan ada sebuah bot di sana.

 

Ketika melihat ini, aku berkata, bahawa kita akan duduk di bot ini dan pergi ke tempat yang berbeza, tetapi sudah ada beberapa orang yang pergi ke beberapa tempat yang berbeza untuk menyampaikan pesanan, maka kami tinggalkan satu orang bersama perahu tadi dan pergi untuk memanggil kembali orang-orang lain yang telah pergi untuk menyampaikan pesanan.

 

Kami membawa balik orang-orang itu dan ada satu orang yang duduk dengan satu kakinya masuk ke dalam air berlumpur, dan tiba-tiba dia menjerit dan menarik kakinya keluar.

 

Kakinya itu terbakar sehingga ke lutut seperti ada yang menyiramnya dengan asid.

 

Kami menjadi risau dan berkata, “apa yang telah terjadi?” Aku berkata kepadanya, “kenapa kamu duduk dengan kaki masuk ke air berlumpur?

 

Sudah aku katakan bahawa dajjal mengejar kita dan dia tidak akan melepaskan satu peluang pun.”

 

Orang itu tidak boleh berjalan dan orang-orang lain mendukungnya dan meletakkannya di atas bot. Kemudian aku pergi sekali lagi dan melihat ke arah tokoh-tokoh berpengaruh dan berkata, bilakah orang-orang ini akan terbangun? Untuk berapa lama mereka akan berada di dalam keadaan yang sama?

 

Orang-orang ini hanya akan percaya kepadaku ketika mereka bangun dan itu adalah ketika pengikut-pengikut mereka percaya kepadaku. Bilakah ini akan terjadi?

 

Kemudian aku berkata, aku perlu meninggalkan mereka dan pergi ke sebelah sana, mungkin di sana aku dapat menemui sedikit harapan.

 

Dan di dalam perjalanan pulang, aku membawa sejumlah ubat-ubatan bersamaku dan kami membalut kaki orang tadi dengan balutan supaya dapat segera sembuh.

 

Kemudian seseorang bertanya, “ke mana kita akan pergi dengan bot ini?” Aku berkata, “mungkin kita boleh menemui satu harapan kerana kita sudah berusaha namun tidak ada apa-apa yang berlaku.”

 

Ketika kami duduk di bot dan siap untuk pergi, kemudian kami lihat beberapa orang yang terlihat seperti baru lari dari medan perang. Kami bertanya kepada mereka, “siapa kamu semua?” Mereka berkata, "Perang tiba-tiba berlaku di tempat kami tinggal dan rumah-rumah kami hancur lebur, dan kami hampir tidak berjaya lari ke sini."

 

Aku berkata, “apa yang telah terjadi di sana sehingga rumah-rumah mereka hancur dan mereka terpaksa berhijrah?” Aku berkata kepada rakan-rakanku, "mari kita bawa dulu mereka ke tempat yang selamat baru kemudian kita teruskan perjalanan kita.

 

Setelah membawa mereka ke tempat yang selamat, kami melanjutkan perjalanan. Kami tiba di sebuah tempat di mana ada sebuah rumah berbentuk istana besar dengan dinding-dinding yang tinggi, setelah melihat ini, aku berkata "inilah tempat yang aku ingin pergi".

 

Aku berkata kepada orang-orang bahawa ada pintu besar di sini yang akan kita buka untuk memasuki istana ini, maka kami pun mencari pintu itu tetapi tidak menjumpainya. Aku terkejut, inilah istananya, tetapi kenapa kami tidak dapat menjumpai pintunya?

 

Kemudian aku melihat ada sebuah tiang dan berkata bahawa pintu itu sepatutnya ada berhampiran ini, tetapi kenapa aku tidak dapat melihatnya?

 

 

Kemudian kami bergerak ke depan jauh sedikit dari tiang tadi maka kami melihat ada pintunya, tetapi bila kami mundur sedikit, pintu besar itu menghilang.

 

Seseorang berkata, “dajjal mungkin sudah tahu tentang pintu itu dan dia menyembunyikannya dengan sihir sehingga tidak ada yang dapat melihat pintu itu dari jauh”.

 

Aku berkata, “ya, boleh jadi itulah alasannya. Ada dinding sihir di tengah yang menyembunyikan pintunya.”

 

Dan bila aku melihat dari jauh, aku hanya dapat melihat dinding, tapi bila aku mendekat, aku mula nampak pintunya.

 

Seseorang berkata, “bagaimana caranya agar pintu ini terbuka?”. Aku mendekati pintunya tapi ia tidak terbuka.

 

Aku melihat pintu itu dan berkata, “mungkin dajjal sudah mengambil alih kawalan pintu ini. Sepatutnya, pintu ini pasti sudah terbuka dengan kedatanganku."

 

Kemudian aku mengambil sesuatu yang diberikan oleh Allah kepadaku iaitu air yang murni. Kemudian aku menuangkannya ke satu tempat di atas pintu itu dan pintu itu mula melakukan peningkatan.

 

Aku katakan kepada orang-orang yang bersamaku bahawa pintu ini adalah pintu level 6 tapi dengan dituangkannya air murni ini, ia mula melakukan peningkatan sehingga level 10 dan selepas itu ia akan terlepas dari kawalan dajjal dan ia akan terbuka.

 

Seseorang bertanya "berapa lama pintu ini mengambil masa untuk peningkatannya?" Aku menjawab, “Allah lebih tahu. Sekarang ikutlah aku, ada jalan rahsia dekat pintu ini di mana kita akan dapat melihat bahagian dalam istana.

 

Kita tak boleh masuk dari sana tapi jika kita nampak seseorang di dalamnya, kita boleh meyakinkannya untuk membantu kita."

 

Ketika kami melihat dari jalan rahsia, istana itu dipenuhi kegelapan dan ia seperti ditinggalkan dan kelihatan seperti tidak ada orang yang datang ke sana selama berabad-abad.

 

Melihatnya terbengkalai seperti itu aku jadi sedih. Aku melihat pintu gerbang dan ia masih sedang melakukan peningkatan level dan kami hanya boleh masuk ke dalam ketika ia terbuka.

 

Kami tak dapat menjumpai apa apa pun di dalamnya kecuali pintunya dan kemudian kami putuskan untuk kembali ke pintu kerana kami hanya dapat melakukan sesuatu jika pintunya telah terbuka.

 

Tiba-tiba sebuah tong cat berwarna hijau melompat ke arahku sambil menyebut namaku dan berkata, “Qasim, engkau telah datang! Aku telah menunggu kamu begitu lama sekali sambil bersembunyi di dalam sini.

 

Dajjal telah mengambil alih semua kawalan dan dia telah mengubah segalanya menjadi seperti hantu kerana mereka tak dapat memahami apa yang terjadi pada mereka. Dan hanya orang-orang yang diberi rahmat khusus dari Allah yang selamat.”

 

Aku berkata, “Yang membuat aku hairan adalah semua orang di istana mengenal aku baik ia makhluk hidup ataupun tidak tetapi pintu gerbangnya malah tidak mahu terbuka.

 

Kemudian aku percikkan air murni itu pada tong cat dan tiba-tiba seekor merak terbang datang sambil menyebut namaku, “Qasim, kamu telah datang!.”

 

Merak itu sangat cantik dan aku percikkan juga air murni ke atasnya dan ia mula bersinar dan kemudian ada seekor merak lain datang.

 

Kami menjadi gembira melihat semua ini. Sekurang-kurangnya kami mendapat sejumlah harapan.

 

Walaupun mereka adalah burung-burung dan juga makhluk tidak bernyawa (tong cat hijau), tetapi mereka adalah tanda yang sangat besar untuk kami.

 

Kemudian aku melihat di sudut istana dan aku melihat seekor lembu hitam yang lemah dan lapar sedang dirantai.

 

Wajahnya sangat ganjil dan menakutkan dan aku merasa seolah-olah dajjal yang telah membuatnya berkeadaan begini.

 

Ketika aku melihat ke dalam matanya yang mengerikan, aku merasakan dajjal berada di dalam istana ini dan melihat aku dari mata lembu ini.

 

Dan mimpi itu berakhir di sana.

 

#MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)