SYARIKAT LUAR ANGKASA (05 APRIL 2021)


BismillahirRahmanirRahim. Assalamualaikum wbt.

 

Menerusi mimpi ini, aku melihat bahawa Imran Khan sedang berterusan menghindari kegagalan-kegagalannya dan menyembunyikan kepincangan tampuk pemerintahannya.

 

Beliau bertekad untuk tetap berkuasa dan tidak akan sesekali meletakkan jawatan. Selepas itu, aku melihat seseorang mengatakan kepadaku bahawa aku mesti bekerja dan fokus untuk membina sebuah syarikat di luar angkasa.

 

Aku memerintahkan orang-orang di sekelilingku untuk membentangkan gambaran tentang galaksi-galaksi bintang dan peta dari ruang angkasa dan memberi penerangan bintang mana yang lebih besar dan jauh dari yang lain, persis penjelasan yang dibuat oleh NASA dan golongan ilmuan angkasawan yang lain.

 

Ketika kami sedang melaksanakan tugasan tersebut, orang-orang dari negara luar berasa kagum dan tertarik dan mereka memberikan tumpuan kepada projek tersebut.

 

Mereka memuji pekerjaan yang jitu ini dan ianya disusun rapi serta mengandungi lebih banyak maklumat. Di samping itu, aku juga melihat bahawa orang-orang dari luar Pakistan mengunjungi dan mempelajari maklumat-maklumat lanjut tentang perkara ini dan mereka menyebarkannya.

 

Lantas,  perkara ini mula menjadi popular di seluruh pelusuk dunia. Kemasyhuran berita ini sampai ke pengetahuan Presiden Amerika Syarikat dan kemudian Imran Khan juga turut tertarik.

 

Tugas-tugas untuk membina Syarikat Luar Angkasa ini telah diusahakan oleh orang-orang di sekelilingku itu tadi (para helper) dan mereka membuat  pelbagai penjelasan, gambar, video dan sambungan rangkaian dengan garis-garis.

 

Muhammad Qasim menjelaskan tugasan tersebut kepada para helper dengan memberi tahu mereka bahawa bintang mana yang harus dihubungkan ke garis mana dan seberapa jauh dan seberapa besar setiap bintang itu.

 

Mimpi berakhir di sana.

 

 #MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)