TENTERA ALLAH (13 MEI 2018)


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wrt.

 

Di dalam mimpi ini, aku melihat huru-hara telah tersebar di Pakistan dan terdapat begitu banyak ketakutan di dalam kalangan rakyat.

 

Sumber & dana Pakistan juga telah kehabisan, tentera-tentera tidak boleh berjuang dan terdapat spekulasi adakah negara ini akan bertahan atau tidak.

 

Dalam keadaan huru-hara ini, India mengambil kesempatan dengan membuka pelbagai barisan penentangan ke atas Pakistan dan mula membunuh orang ramai di pelbagai kawasan secara besar-besaran.

 

Bilangan tentera Pakistan sangat kecil dan mereka sentiasa bergerak di sepanjang sempadan, tetapi mereka tidak dapat mempertahankan seluruh sempadan dengan efisien.

 

Semua rakyat Pakistan berasa sedih dengan keadaan Pakistan yang teruk ini.

 

Kemudian India membuka satu lagi barisan serangan di satu tempat dan tentera Pakistan dikerah untuk menangani keadaan tersebut. 

 

Aku hanya melihat ada dua helikopter di seluruh gudang tentera Pakistan.

 

Ketika melihatnya, aku berkata pada diri sendiri, "situasi ini adalah tafsiran mimpiku yang sebelum ini; di mana aku melihat bahawa aset-aset tentera Pakistan telah kehabisan dan mereka hanya mempunyai dua helikopter sahaja dan terdapat beberapa persenjataan yang dimiliki oleh Ketua Tentera, dan terdapat sebuah enjin jenis kereta kebal besar yang tidak rosak di sebelah sana."

 

Dalam keadaan ini, orang ramai mula mengadu kepada Ketua Tentera itu, "Jika Ketua Tentera sebelum ini percaya dengan mimpi Qasim, maka kita tidak akan menghadapi masalah seperti ini". 

 

Kemudian orang ramai mula memberitahu kepadaku "Qasim, tolong lakukan sesuatu dan keluarkan kami dari kesengsaraan ini."

 

Apabila aku melihat keadaan yang teruk sebegini, aku berkata, "Sekarang sudah terlambat, bagaimana aku boleh membetulkan semua kekacauan ini".

 

Aku kemudian mengabaikan apa yang dikatakan oleh orang ramai kepadaku dan orang ramai menjadi putus asa sehingga tidak ada harapan untuk keluar dari keadaan yang menyedihkan ini.

 

Kemudian India memulakan operasi besar di beberapa tempat dan mula membunuh rakyat-rakyat Pakistan.

 

Disebabkan kejadian itu, Presiden Amerika Syarikat memberitahu India bahawa, "Hentikan pembunuhan ini! Anda hanya diperintahkan untuk mengawal Pakistan dan bukan pembunuhan".

 

Selepas itu India membatalkan operasi besar-besaran tersebut. Aku sangat sedih melihat semua ini, bahawa kita perlu menghadapi masa yang memalukan dan rakyat Pakistan juga amat sedih. 

 

Kemudian sekali lagi orang ramai mula berpaling kepadaku dan cuba mendorong aku untuk melakukan sesuatu.

 

Ketua tentera juga berkata kepadaku, "Qasim! Kami bersalah, kami sepatutnya mendengar anda dalam apa jua keadaan dan kami sepatutnya membuat rancangan untuk menyelamatkan Pakistan.

 

Kami telah melakukan kesilapan dan kami sangat menyesalinya, lakukan sesuatu dan bantu kami."

 

Aku berkata, "Tanpa pertolongan dan rahmat Allah, aku tidak mampu melakukan apa-apa."

 

Pada saat ini, aku mempunyai perasaan yang kuat bahawa apa sahaja yang aku akan katakan, Allah akan mewujudkannya dengan rahmatNya.

 

Kemudian aku menyebut nama Allah dan berkata kepada diriku sendiri, "Mereka tidak pernah melihat tentera Allah."

 

Kemudian aku menyeru, dan dari bumi datang begitu banyak jet-jet pejuang, mesin perang dan kereta kebal lainnya, sehingga India benar-benar terkejut melihat persediaan senjata-senjata tersebut.

 

Kemudian aku berkata, "Dengan pertolongan Allah, sekarang kita akan menamatkan semua jenis kegelapan ini dan tidak ada yang dapat menghalang kita lagi."

 

Mimpi berakhir disitu.

 


#MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)