TERBANG KE NEGERI KEDAMAIAN (30 NOVEMBER 2017)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wbt.
Dalam mimpi 30 November 2017, aku melihat bahawa aku sedang berada di
bandarku. Dan keadaan bandar itu sedang bermasalah. Ada kekacauan dan
kegelisahan di kalangan orang ramai.
Semua orang terperangkap di dalam beberapa masalah. Dan para pemimpin
hanya peduli pada diri mereka sendiri.
Aku melihat semua itu dari bumbung rumahku dan berkata, “Adakah ini
negara tempat kita tinggal?” Aku masih memerhatikan keadaan ketika Allah ﷻ berfirman dari langit, “Qasim, keluarlah. Ada tempat yang
damai, di mana ada keberkatan dan rahmat-Ku di sana. Carilah, ada semua jenis
kedamaian di sana.”
Aku menjadi sangat gembira kerana Allah ﷻ telah menunjukkan jalan-Nya kepadaku. Aku keluar dari rumah,
dan aku mula mencari tempat itu, tapi aku tidak dapat menjumpainya.
Aku berjumpa dengan beberapa orang dan aku berkata kepada mereka
bahawa ada tempat yang damai dan kita mesti mencarinya.
(Tetapi) aku tidak dapat berjumpa jalan keluar dari bandar ini supaya
aku menjumpai tempat itu.
Aku pergi ke beberapa orang berpengaruh dan memberitahu mereka tetapi
mereka tidak mempercayaiku dan mereka berkata, “Tidak ada tempat seperti itu,
jadi jangan kau buang masa mencarinya.”
Tetapi aku akhirnya sampai di tempat di mana ada sebuah bangunan
besar. Dan aku berkata bahawa aku mesti naik ke atap bangunan ini dan cuba
mencari tempat itu dari atas.
Aku naik ke bumbungnya dan melihat ke sekeliling, tapi aku hanya
melihat bandarku sendiri dan tidak nampak tempat lain.
Kemudian aku berkata, “Qasim, ini adalah bangunan yang sama yang selalu
aku gunakan untuk melihat dalam mimpiku.
Iaitu, bangunan besar yang dalam banyak mimpi aku pergi ke sana dan
aku melompat dari atapnya, kemudian Allah ﷻ akan
menahanku dengan rahmat-Nya dan kemudian aku mula berlari di udara.”
Aku berkata bahawa, “Jika aku ingin menjumpai tempat itu maka aku
mesti melompat.” Aku mempersiapkan diri untuk melakukan lompatan dan berlari
dari belakang lalu melompat dari atap bangunan.
Dan, aku tidak terjatuh, malah mula berlari di udara. Dan aku berkata
bahawa, “Allah telah benar-benar menahanku.”
Aku berlari cepat dan jauh di udara. Aku bahkan keluar dari bandarku
tapi aku hanya melihat kawasan yang terbengkalai di luar bandar.
Aku terus berlari tapi aku tidak menjumpai tempat yang damai dan
memiliki rahmat Allah. Aku menjadi penat dan kecewa.
Kemudian aku balik ke rumahku dan terus berfikir bahawa aku telah
berjuang sangat kuat tetapi tetap tidak dapat bertemu apa-apa pun. Juga tidak
ada satu pun orang berpengaruh yang yakin aku boleh menjumpainya.
Kemudian aku berkata, "Mungkin orang-orang itu benar, tidak ada
tempat seperti itu dan mungkin aku tidak sepatutnya membuang masa”
Kemudian, aku sedang sibuk dalam pekerjaanku, dan Allah ﷻ sekali lagi berkata kepadaku bahawa, “Qasim, pergilah dan cari
tempat itu, dan teruslah berlari sampai kamu jumpa tempat itu. Dan janganlah
berputus asa dari rahmat Allah.”
Selepas mendengar dari Allah, aku berkata, aku telah cuba. Aku tak
menjumpainya. Juga orang-orang berpengaruh pun tidak mempercayaiku. Aku
berfikir, kenapa aku perlu mencarinya lagi.
Kemudian aku berkata, “Daripada tinggal di dalam kegelapan ini lebih
baik aku mencari tempat itu. Mungkin aku dapat menjumpainya.”
Kemudian aku keluar dan sampai di bangunan besar itu semula dan
melihat sekeliling, sambil berfikir, ke mana aku patut pergi kali ini? Kemudian
aku berkata, "aku mesti naik setinggi mungkin dan dari situ aku patut cari
tempat itu.
Aku membuat lompatan itu lagi dan naik setinggi mungkin di udara
semampu aku.
Aku melihat ke semua arah tapi tidak dapat melihat tempat itu. Aku
berkata bahawa, “aku tidak dapat melihat tempat itu walaupun pada ketinggian
ini, tapi aku mesti cuba lagi.”
Kemudian aku berkata, “Sebelum ini aku pergi ke Utara, kali ini aku
mesti pergi ke Timur.” Aku turun sedikit dan menghadap ke Timur dan mula
berlari ke arah itu.
Orang-orang berpengaruh yang tidak mempercayaiku juga melihat aku
berlari.
Ketika aku hendak keluar dari bandar, ada gangguan angin di udara, dan
aku menjadi sedikit perlahan di sana tetapi Allah ﷻ membawaku keluar dari itu tanpa ada masalah.
Kawasan terbengkalai yang sebelum ini aku lihat mula nampak tetapi aku
terus berlari sangat cepat.
Aku tidak berhenti tetapi selepas pergi sangat jauh aku menjadi kesal
dan berkata, “aku tidak akan dapat menjumpai tempat itu, tapi Allah telah
berkata (sebelum ini), “Teruskan berlari sampai kamu jumpa tempat itu.”
Aku terus berlari dan tiba-tiba aku mula melihat ada kehijauan. Dan
ketika aku mendekatinya, aku berkata, “Inilah tempat yang aku cari itu.
Akhirnya aku berjaya menjumpai tempat itu.
Allah ﷻ berkata benar, tempat itu
sangat damai, tempat itu penuh dengan kehijauan alam.”
Aku menjadi sangat gembira menjumpai tempat itu. Kemudian aku berkata,
"aku mesti datang ke sini dengan penuh persiapan.
Ini tempat baru dan ia damai dan mungkin aku tidak akan balik ke rumah
lamaku lagi. Aku meninggalkan beberapa tanda supaya aku tidak akan susah
menjumpainya lagi. Aku pun berpatah balik ke rumah.
Selepas sampai ke rumah, aku mengemas beg barang dan keluar semula
untuk pergi ke tempat damai itu.
Tapi dalam perjalanan aku bertemu dengan dua orang yang pernah aku jumpa
sebelum ini dan mereka percaya kepada mimpiku.
Mereka juga ingin mencari tempat itu. Aku menceritakan semuanya dan
berkata bahawa aku telah menjumpai tempat itu dan mereka menjadi sangat gembira
dan berkata, “Bawalah kami bersama.”
Aku berkata, “Ok. Kamu berdua peganglah aku supaya bila aku berlari ke
udara dengan rahmat Allah, kamu juga dapat berlari bersamaku dan tidak akan
jatuh.” Kemudian kami berangkat ke tempat kedamaian itu.
Kami belum pergi jauh, tiba-tiba tangan salah seorang tergelincir dan
mula terjatuh.
Tapi aku menggenggamnya. Aku berkata, “Ini bahaya. Kita mesti membuat
jentera terbang supaya tidak ada yang terjatuh.”
Kemudian aku membuat jentera terbang dengan rahmat Allah ﷻ dan kami bergerak dengan mudah di dalamnya. Ketika kami mula
terbang, beberapa orang lain memanggilku. Mereka berkata, “bawalah kami juga.”
Ketika aku turun, aku melihat mereka ini orang-orang yang pernah
bertemu denganku untuk pertama kali.
Aku juga menceritakan semuanya kepada mereka, dan mereka menjadi sangat
gembira, dan mereka pun berkata, “ajaklah
kami juga.” Aku berkata, “Ok”.
Aku memperbesar ukuran jentera terbang itu dan ia menjadi seperti
jentera terbang jenis kereta yang sangat besar.
Dan kami semua duduk di dalamnya, aku melihat mereka dan berkata,
"Ada lagi tak sesiapa yang belum ada, dari mereka yang pernah bertemu
denganku pada kali pertama dan mereka yang membantuku?
Untuk beberapa ketika, aku merasa sedikit penat untuk bertolak, kerana
memikirkan jauhnya.
Kemudian aku berkata bahawa Allah ﷻ telah
menyediakan segalanya, dan apa yang aku perlu buat hanya menerbangkan jentera
ini.
Allah ﷻ akan membuka jalannya, dan
lagi pun apa yang boleh kita buat kalau kita tersangkut dalam kegelapan ini?
Aku menoleh sekejap ke rumahku dan kemudian aku mula menerbangkannya
menuju ke tempat baru yang damai itu. Dan mimpi itu berakhir di sana.
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment