TIGA ISTANA ISLAM (2014-2015)

 

Bismillahirrahmanirrahim Assalamu’alaikum.

 

Dalam tulisan ini aku hendak mengungkapkan beberapa kebenaran yang mengejutkan dengan mimpi ilahiku.

 

Tidak ada keraguan bahawa semua kejadian ini akan segera berlaku satu demi satu, dengan izin Allah ta'ala.

 

Dalam banyak mimpiku, aku melihat Islam seperti tiga bangunan utama yang kuat dan terlihat seperti benteng. Benteng-benteng inilah yang melindungi Islam.

 

Baru-baru ini Allah mendefinisikan dengan jelas kepadaku tentang ketiga benteng ini melalui beberapa mimpi ilahi.

 

Berdasarkan mimpi benarku, benteng pertama adalah Turki, benteng kedua adalah Arab Saudi, dan benteng ketiga adalah Pakistan.

 

Dalam semua mimpiku aku telah melihat bahwa dua dari tiga benteng ini dihancurkan oleh orang-orang yang tidak beriman.

 

Dalam salah satu mimpiku, Muhammad mengatakan kepadaku bahawa benteng terakhir Islam adalah Pakistan. 

 

Pada tarikh 4 Disember 2014, aku melihat bahawa dua dari tiga benteng-benteng ini telah dihancurkan oleh pasukan syaitan dan mereka menghadapi pertentangan yang sedikit.

 

Kaum muslimin menjadi sangat gelisah ketika benteng pertama telah hancur akan tetapi mereka tidak dapat melakukan apapun.

 

Kaum muslimin tergoncang hebat ketika pasukan jahat menghancurkan benteng kedua. Mereka berteriak, “ini adalah kehilangan yang (besar), Islam boleh hancur kerananya.”

 

Kemudian pasukan-pasukan jahat tersebut bergerak menuju Pakistan, benteng ketiga Islam sekaligus yang terakhir.

 

Lalu mimpi itu beralih ke sudut pandangku. Aku melihat diriku berada di sebuah benteng dan ia adalah benteng terakhir Islam. Aku melihat (dari tempatku berdiri) tiga benteng Islam terletak dalam satu garis lurus dan dua di antaranya diserang oleh musuh dengan senjata.

 

Aku sangat bimbang dan ingin memperingatkan orang-orang tetapi tidak ada satu pun yang memperhatikan hingga mereka kehilangan dua benteng Islam.

 

Kemudian aku melihat musuh bergerak menuju benteng Islam ketiga dan yang terakhir. Kerana ketakutan, orang-orang muslim berlari bertempiaran dan mencuba untuk bersembunyi.

 

Aku berkata kepada mereka bahawa walaupun kalian bersembunyi atau melawan, kalian tetap akan terbunuh.

 

Maka aku memutuskan untuk berperang dan menyelamatkan Islam kerana Allah, walaupun jika itu berakhir dengan kematian.

 

Kemudian Allah menganugerahkan orang-orang muslim di benteng yang ketiga dengan 3000 jet tempur yang kuat dan canggih.

 

Jet-jet tempur ini ditakuti oleh dunia dan juga sebagai harapan yang sangat kuat bagi orang-orang muslim yang ada.

 

Kemudian orang-orang muslim berjaya mempertahankan benteng Islam yang terakhir dengan pertolongan Allah.

 

Maka orang-orang muslim terutama dari Timur mula menyebarkan Islam yang sesungguhnya di seluruh dunia dengan rahmat Allah.

 

Maka seluruh dunia diisi dengan kedamaian dan keadilan hingga datangnya dajjal. 

 

 #MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)