TORA BORA | TANDA PERTAMA MIMPI QASIM (6 JUN 2017)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wbt.
Dalam mimpi Qasim pada 6 Jun 2017, dia (Qasim) berkata, “aku melihat
diriku berada di dalam sebuah dewan di satu bangunan yang sangat besar. Aku
sedang menyampaikan mimpi-mimpiku ke beberapa orang bahawa di masa depan,
kejadian ini dan kejadian itu akan terjadi dan saat-saat yang sangat buruk akan
menimpa umat Islam.
Bahkan akan ada usaha-usaha untuk menghapuskan Islam secara
keseluruhan, tetapi Allah ﷻ akan
menolong umat Islam dan Islam akan tersebar ke seluruh dunia.”
Kemudian seorang bertanya kepadaku, “Qasim, bilakah mimpi-mimpimu ini
akan menjadi kenyataan?” Aku terdiam dan berfikir hanya Allah ﷻ sahaja yang mengetahui bila mimpi-mimpi ini akan menjadi
kenyataan.
Pada masa ini, aku hanya dapat membuat anggaran-anggaran yang tidak
tepat. Kemudian orang lain pula bertanya, “Apa tanda-tanda bahawa mimpi-mimpimu
itu adalah mimpi yang benar? Bagaimana kami boleh mempercayaimu? Beritahukan
kepada kami kejadian apa yang akan terjadi yang dapat membuktikan bahawa
mimpi-mimpimu akan menjadi kenyataan?”
Mereka bertanyakan pelbagai macam soalan, dan kerana aku tidak tahu
apa jawapannya, maka aku pun berjalan keluar dari ruangan tersebut. Kemudian
seorang lelaki yang mempercayai mimpi-mimpiku berkata, “Mimpi-mimpinya adalah
mimpi yang benar, aku akan melakukan penyelidikan tentang ini.
Aku akan berusaha untuk mengkaji bilakah mimpi-mimpi ini akan menjadi
kenyataan, dan kejadian-kejadian apa yang akan datang sebelumnya.” Kemudian dia
pergi dan masuk ke sebuah ruangan seperti perpustakaan, dan di sana ada sebuah
buku yang ada sehelai kertas di dalamnya. Ia membuka kertas tersebut, dan ada
tulisan:
"TANDA PERTAMA DARI MIMPI QASIM: MEREKA AKAN BERUSAHA MEMBUAT
PAKISTAN SEPERTI “TORA BORA”.
Qasim berdoa, “Semoga Allah ﷻ
melindungi orang-orang yang tidak bersalah dari umat muslim dan non-muslim, dan
semoga Allah ﷻ menghapuskan semua bentuk
kejahatan dan kezaliman dari umat muslim dan non-muslim.”
#MimpiBenar
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
1 Januari 2018: Trump Menuduh Pakistan Melindungi Teroris di Twitter
ReplyDeletehttps://thehill.com/policy/international/366965-trump-rips-pakistan-in-first-tweet-of-2018
1 Oktober 2020: Kawasan Suku Kaum Pakistan Menjadi Tempat Persembunyian yang Selamat untuk Pengganas.
https://thesecuritydistillery.org/all-articles/tribal-districts-of-pakistan-a-safe-haven-for-terrorists-or-misused-piece-of-land
1 Oktober 2021: US Mempunyai Keprihatinan yang Tulus tentang Pakistan Menjadi Tempat Persembunyian yang Selamat untuk Pengganas.
https://www.hindustantimes.com/world-news/us-has-honest-concerns-about-pakistan-being-a-safe-haven-for-terrorists-101633051342709.html