UMUR EMPAT PULUH TAHUN (25 OKTOBER 2021)
BismillahirRahmanirRahim.
Assalamualaikum wbt.
Di dalam mimpi ini, aku melihat diriku di sebuah
gurun yang luas. Kemudian aku melihat Arsy Allah muncul dan Allah memanggilku
kepadaNya.
Lalu aku menjawab, “Wahai Allah, sudah lama Engkau
tidak datang. Mengapa Engkau tidak datang akhir-akhir ini, wahai Tuhanku?”
Kemudian Allah ﷻ berfirman, “ Qasim, waktu-Ku telah tiba untuk memanggilmu, dan
Aku tidak akan melakukan sesuatu yang belum waktunya.
Aku seharusnya memanggil kamu semasa kamu berusia
40 tahun. Sekarang engkau sudah berusia 40 tahun dan telah tiba waktunya Aku
memanggil kamu.”
Dalam fikiranku, aku berfikir bahawa, “Aku sekarang
sudah berusia lebih 40 tahun, tetapi Allah ﷻ
berfirman bahawa aku berusia 40 (tahun)”.
Selepas itu aku pergi menuju Allah ﷻ dan ketika aku di pertengahan atau lebih, Allah ﷻ berfirman dengan suara lembut dan menenangkan hati, “Jadi
katakan kepada-Ku Qasim, apa khabar kalian?”
Dan mimpi berakhir disini.
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment