VAKSIN VIRUS CORONA (03 DISEMBER 2020)


BismillahirRahmanirRahim. Assalamualaikum wbt.

 

Aku (Muhammad Qasim) telah melihat banyak syarikat sedang membuat vaksin virus corona melalui pelbagai kaedah yang berbeza-beza.

 

Vaksin-vaksin tersebut juga sedang disalurkan kepada masyarakat.

 

Terdapat sebuah syarikat kecil yang membuat vaksin sebagaimana yang diceritakan di dalam mimpiku yang sebelum ini pada March 2020 yang lalu, yang telah aku kongsikan di youtube dan di rangkaian media sosial yang lain.

 

Syarikat tersebut berasal dari satu negara asing yang tidak diketahui oleh institusi saintifik. Aku telah menyaksikan bahawa syarikat itu hanya mampu membuat kira-kira 40,000 vaksin.

 

Kemudian seseorang mengatakan kepadaku bahawa “Vaksin ini adalah rawatan paling kuat untuk virus corona”.

 

“Vaksin ini tidak dibatasi dengan pengawalan suhu, serta lebih baik untuk digunakan jika dibandingkan dengan vaksin-vaksin yang lain”.

 

“Selama ini, syarikat yang lain sedang melanjutkan untuk menyalurkan vaksin-vaksin dan ramai orang telah memperoleh vaksinasi.”

 

Lalu di dalam mimpi itu, aku berbual-bual dengan seorang sahabatku dari England.

 

Aku mengatakan kepadanya bahawa, "Syarikat-syarikat vaksin ini telah membangunkan vaksin dengan terburu-buru, sama seperti ketika vaksin AIDS dibangunkan”.

 

“Pada mulanya, mereka mengumumkan penemuan vaksin (bahawa vaksin telah dijumpai), kemudian selepas itu, mereka mengumumkan bahawa virus telah bermutasi, dan vaksin yang telah dijumpai tersebut sekarang sudah tidak mujarab”.

 

“Aku berharap syarikat-syarikat ini belum membuat kesalahan yang sama dengan vaksin virus corona."

 

Kemudian orang tersebut menjawab; "Ya, syarikat-syarikat ini terdorong dengan keuntungan (kewangan) yang besar, dan bersaing antara satu sama  lain untuk menjadi yang pertama dalam menemukan penawar untuk virus corona.”

 

Hal ini nampaknya bahawa mereka belum menyampaikan seluruh maklumat kepada orang ramai, sebagai contoh, berapa lama vaksin akan efektif (melindungi)."

 

Kemudian aku membalas dengan berkata; "Jika vaksin ini hanya melindungi untuk satu hingga dua bulan, maka vaksin ini tidak berguna. Tetapi jika daya cegahnya berlangsung untuk dua hingga lima bulan, ini lebih baik”.

 

“Tapi bagaimana orang akan bertahan dari dos-dos vaksin yang sebegitu banyaknya dalam satu tahun? Tapi jika efek dari vaksin-vaksin ini berlangsung untuk setahun, maka melegakan bahawa setidak-tidaknya orang hanya memerlukan vaksin setahun sekali."

 

Kemudian aku berkata kepadanya bahawa, "Aku telah menemukan sebuah syarikat yang telah membuat vaksin virus corona sebagaimana dalam mimpiku pada March 2020, dan vaksin ini lebih kuat berbanding vaksin-vaksin yang lain”.

 

“Tapi permasalahannya adalah perusahaan ini kecil dan tidak dikenali, dan mereka hanya membuat varian terbatas dari vaksin ini."

 

Mimpi berakhir.

 

Waalaikumussalam wbt.

 

 

 #MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)