WARNA CANTIK DI EMPANGAN AIR (4 JULAI 2022)

Di dalam mimpi ini, aku melihat bahawa aku berada berhampiran empangan, dan empangan ini mempunyai banyak saluran limpahan air, aku berdiri di tepi tasik empangan dan aku dapat melihat air mengalir melalui saluran limpahan itu dan melimpah ke seberangnya.


Aku juga bersama beberapa orang lain di tepi tasik ini. Aku melihat bahawa beberapa orang lain meletakkan warna ke dalam air dan apabila air mengalir melalui saluran limpahan, maka ia keluar dengan warna yang cantik dan kelihatan menakjubkan.


Nampaknya mereka sedang melakukan kerja yang indah. Kemudian aku melihat bahawa secara tiba-tiba, orang-orang ini meninggalkan kerja dan mula pergi. Aku bertanya kepada mereka mengapa kalian meninggalkan kerja ini? Siapa yang akan melakukannya sekarang? Tetapi mereka tidak mendengarku dan mereka pergi.


Selepas melihat ini, aku menjadi sedih dan berfikir sendiri apa yang akan berlaku sekarang? Kerja ini telah terhenti dan bagaimana ia akan diteruskan? Kemudian aku melihat bahawa Allah datang ke singgahsanaNya dan Allah memberitahuku, “Qasim, pekerjaan ini berlaku dengan cara yang sama selama bertahun-tahun. Dan kerja ini tidak berhenti. Dan pekerjaan kamu ini tidak akan berhenti, dan Allah sentiasa berkuasa atas pekerjaan-Nya”.


Apa yang aku faham daripada ini ialah kerja ini telah berlaku selama bertahun-tahun, dan apabila Allah menghendaki seseorang melakukan kerja yang baik, orang yang berada di sekelilingnya sering pergi (meninggalkannya).


Kemudian aku melihat warna itu muncul di atas tasik, dan melalui limpahan dengan cara yang sama, dan ia terus kelihatan cantik. Kemudian aku gembira kerana Allah telah membantu dan warna-warna muncul dari tanah itu dengan sendiri, dan kerja itu berterusan.
 

Mimpi berakhir.

 

#MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

 

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)