KEHANCURAN POLITIK IMRAN KHAN DAN PTI (11 OGOS 2022)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wrt.
Muhammad Qasim melihat mimpi ini pada 11 Ogos 2022.
Dia berkata: Dalam mimpi ini aku melihat bahawa sebuah kapal terbang sedang terbang dan kapal terbang ini berjenama dengan nama PTI (Pakistan Tehreek-e-Insaaf). Sama seperti biasanya syarikat kapal terbang mempunyai jenama mereka sendiri, contohnya, Qatar airways, PIA atau Emirates yang mempunyai jenama mereka. Dengan cara yang sama, kapal terbang ini mempunyai jenama PTI (Pakistan Tehreek-e-Insaaf).
Di belakang kapal terbang ini, berhampiran ekornya, aku melihat enjin disambungkan ke kapal terbang, dan enjin ini menjalankan keseluruhan kapal terbang ini. Dalam mimpi itu, aku melihat hanya ada satu enjin dalam pesawat ini. Malah enjin ini dijenamakan dengan nama Imran Khan (Imran Khan Presiden PTI).
Aku juga melihat bahawa enjin ini dipasang pada pesawat dengan nat dan bolt. Tetapi nat dan bolt ini telah menjadi lemah dari semasa ke semasa, dan ada yang sudah tertanggal. Dan ia kelihatan seperti enjin hampir-hampir tidak bergantung pada kapal terbang.
Ketika sahaja kapal terbang mula terbang, enjin bekerja keras, tetapi disebabkan kelonggaran nat-dan-bolt, ia bergerak dan bergegar dengan kuat seolah-olah ia akan rosak dan jatuh.
Kemudian tiba-tiba, aku melihat bahawa enjin rosak dan tercabut dari kapal terbang dan jatuh ke tanah. Apabila menyaksikan perkara ini, aku melihat barisan kepimpinan tertinggi PTI kelihatan patah hati dan bimbang.
Mereka berkata, "Sekarang siapa yang akan mengendalikan kapal terbang ini? Hanya ada satu enjin, yang kini telah rosak dan jatuh". "Siapa sekarang yang akan menjadi enjin baru untuk kapal terbang ini?" Kemudian aku melihat bahawa mereka mula mencari enjin lain untuk kapal terbang ini.
Apabila melihat semua ini aku berkata bahawa, "bagaimana kapal terbang ini akan berfungsi tanpa enjin? Terdapat hanya satu enjin berkeupayaan yang telah jatuh. Aku tidak tahu sama ada enjin lain akan cukup berkuasa untuk menjalankan keseluruhan kapal terbang ini.".
Mimpi berakhir. Walaikum Assalam wa Rahmatullahe wa Barakatuhu
#MimpiBenar
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment